Semalam bila buka album lama, jumpa gambar masa saya baya-baya Raisa. Teringat Opah cakap saya berjalan umur 9 bulan siap dengan mulut sekali becok. Bila saya tengok rambut saya masa ni, saya gelak sorang-sorang, patutlah anak dara saya pun berambut begitu. Mama pun rambut blonde tau..hahahaha.
Raisa sekarang mulutnya aduhai la yang amboi. Macam bertih goreng. hujung bulan November nanti genaplah 2 tahun anak dara saya ini. Rasa sekejap sahaja dia dah anak dara. Pandai bergaya, pandai ambil hati. Bila nak pujuk mama mula la cakap "syaaayangggg mama" hahahhaha.
Tengoklah...fesyen terbaru dia kalau main blok
2 comments:
fesyen itu sangat menarik lah raisa sayang oi .. hehehe
yanti: hahahah menarik kan? macam2 si raisa ni tau...
Post a Comment