Lamanya tak menulis. Balik dari bercuti diikuti dengan cuti sakit pula. Tak pe...tak pe..tu semua tanda Allah sayang. hiks.
siap dah beg untuk kami 5 beranak. Tugas packing baju ni tugas hubby sebab dia teror bab tu. Saya just keluarkan segala barang yang nak dimasukkan, nanti hubby akan uruskan.
Raisa dan Trunki. Ok juga, dapat la melekakan dia. Kira ni salam perkenalan la, sebab trunki ni akan digunakan lagi untuk September Trip nanti. :)
Percutian 4 hari 3 Malam ke Langkawi ini sebenarnya tradisi balik kampung setiap tahun yang selalu kami buat, cumanya sejak ada Raisa dan Kauthar aktiviti tu tak dapat dibuat. Seronok tak terhingga kalau dapat ke Langkawi. Setiap tahun pun tak pe, sebab agendanya sentiasa berbeza selain dari aktiviti shopping. Kali ni kami memilih nak menginap di area Pantai Chenang. Buka aje pintu bilik nampak ombak dan lautan. Anak-anak semuanya teruja nak mandi laut, sayangnya cuaca tak berapa mesra waktu itu. Tapi memang seronok sangat sebab bila anak-anak dah tidur saya dapat duduk berdua dengan hubby mengadap laut. hish..rasa tak nak balik. hahahha
Suasana selepas subuh. Saya bangun pagi, selak langsir nampak laut. Sangat-sangat mendamaikan.
Nyawa saya...hubby dan anak-anak. Tak de rumah besar, tak de kereta besar, tak de harta benda tak apa. Jangan tak ada mereka.
pasangan penganti lama. Harap-harap sampai bila-bila boleh manja-manja gini. Abang Hadif kata "amboiiiii" hahahhaha
Abang Hadif yang happy sangat dapat main pasir dan dapat mandi laut. Cuak juga nak lepaskan dia sebab ombak tengah kuat. Boring aje dia bila baru nak pi jauh ke tengah babah dah jerit..hahahah
anak dara yang perasan diva macam mak dia. hahahhaha. kecik-kecik seksi tak pe, tak besar kalau pakai gini memang la nak kena ligan.
anak bongsu saya yang sangat outdoor orangnya. dapat lepas memang berpeluhlah mama dan babah mengejar hahaha
Tak sabar nak lepas. Itu Si Kauthar. geli nak pijak pasir. Itu si Raisa. hahahaha
Hari pertama kami ke Mangrove Tour, ambil pakej 4 jam. Untuk kami sekeluarga bayarannya cuma RM260. Raisa dan Kauthar percuma. Pengalaman yang pada saya sangat-sangat menyeronokkan. Aktiviti untuk 4 jam termasuklah dibawa ke Laut Andaman (Open Sea), Singgah ke Gua Kelawar (Bat Cave), menyusuri paya bakau (mangrove Sightseeing), Singgah ke Crocodile Cave, Eagle Feeding, Fish Farm visit, singgah di Icon Kilim Geoforest Park, dan bergambar di Pantai Tanjung Rhu (Tanjung Rhu view). Pakej ini termasuk makan tengahari di Restoren Terapung Tanjung Rhu. Memang superb. Saya bagitahu hubby, kalau next year kita balik kampung Langkawi tercinta ini...saya akan pergi lagi Mangrove Tour. Memang terbaik. Anak-anak pun teruja dan seronok. Alhamdulillah, anak-anak memang dah dilatih lasak, walaupun cuaca panas, hujan dan ribut tapi diorang tetap cool. hihihi.
Sementara menunggu semua penumpang ada, saya sempat menikmati pemandangan di belakang jeti. Nampak tak kat belakang tu macam gorilla. Sebab tu agaknya nama bukit tu Bukit Gorilla.
Dari laut lepas dibawa menyusuri paya bakau
Kauthar the happy baby. Kalau lapar makan, dahaga minum, kalau penat tidur. Alhamdulillah. Senang kembara kami anak beranak.
kakak Raisa dan babah. Ni muka kepenatan lepas mangrove tour sebenarnya..hihihi
monyet yang jinak. Sebenarnya ada gambar monyet berenang sambil makan muffin yang kami beri tapi saya tak jumpa. Raisa sampai hari ni dok terkenang-kenang monyet yang makan muffin mama dia buat hahahah
Laut andaman. Dapat beri ikan makan di sini. Seronoknya lah abang hadif dan kakak Raisa.
Trip Langkawi ini sebenarnya khas untuk abang Hadif yang gemarkan sesuatu yang baru. Dan, dia sangat-sangat enjoy. Jenuh jegil biji mata bila mulut dia tak berhenti dok bersoal jawab dengan tourist guard. hahahah
Selesai mangrove tour, kami makan tengahari di restoran terapung. Tengah makan ribut datang. takut, tapi hubby kata itu perkara biasa bila di laut. rasa nak terbang saya. hahahha.
Habis selesai mangrove tour, kami dihantar balik ke hotel. Mandikan anak-anak, terus tidurkan mereka.
Hari kedua kononnya nak bagi peluang anak-anak main pasir dan mandi laut, tetapi cuaca yang tak menyebelahi kami membuatkan kami tukar rancangan melawat BuffaloFarm, tempat Italian Mozzarella Cheese dihasilkan. Sempat sarapan di situ dan beramah tamah dengan kerbau-kerbau yang baru lepas mandi. Abang Hadif punya la seronok dapat pegang dan bergambar dengan kerbau. Adik Kauthar pun sama, cuma kakak diva aje yang geli dan tak mahu pegang. Busuk dia kata. hahahaha.
Jauh juga nak mencari tempat ni. kena masuk jalan kampung yang sempit. Tapi bila sampai...terus senyum sampai ke telinga. Eh, tengok kerbau aje pun, tapi tetap best dan teruja. hahahah
abang hadif, teruja sunggguh berjumpa sapi yang hitam berkilat ni.
Manggo Lassi yang terbaik. Sedap sangat, RM5
Buffalo Steak. RM15.90
French loaf with mozarella cheese pilihan hubby
Dadih susu kerbau yang sedap. Kauthar makan 2. satu harganya RM1.50
Babah interview pakcik yang uruskan Buffalo Park ni. Dah macam pengacara majalah 3 babah. hahahah. Tengoklah Raisa yang mendivakan diri, siap tak mau jalan, nak berdukung.
apa ke hal nya lah abang Hadif ni yang tak abis-abis nak manja-manja dengan kerbau..dah bang...jom balik..kerbau pun dah mandi..abang belum lagi! hahahhaa
bersih dan wangi dah semua kerbau-kerbau kat sini. tak la geli kalau nak pegang pun kan.
Lepas acara melawat tempat-tempat menarik, mesti ada acara makan-makan sampai pengsan. Di Langkawi memang syurga makanan pada saya. Makanan semua sedap-sedap. Kali ni sempat singgah makan laksa berdekatan dengan airport. Sambil makan laksa, order rojak buah tapi tak ambil gambar. Memang superb. Tak kedekut kuah. Terbaik dari ladang lah. hahahaha. Kami sempat makan malam di Halim Gulai Panas. Ya Allah, bestnya. hahahah. kita pilih ikan, nanti dia masak kari. Hubby order ikan jenahak seekor, sotong goreng tepung, ulam-ulaman, ketam rebus, nasi dan air baru RM50. Memang lah murah kan.
Abang Hadif makan laksa ikan sekoq hahahah.
amboi..sedap makan...goyang dagu! hahahaha
Aktiviti shopping mestilah ada dalam itinerary kalau ke Langkawi walaupun tak la shooping banyak mana. Kalau ke Langkawi selalunya saya akan beli serba sedikit pinggan mangkuk corelle nak tambah koleksi yang ada. Di rumah saya tak ada pinggan mangkuk display. Apa yang kami pakai harian, itu jugalah kami pakai kalau terima tetamu. Saya pernah janji pada hubby, kalau beli pnggan mangku yang elok mesti pakai hari-hari, bukan buat display. itu sebab rumah saya tak ada almari display hihihihi.
Apa pun, percutian ke Langkawi memang best. Anak-anak pun seronok. Sampai terjuih mulut si Raisa tu bercerita kat Opah yang dia pergi tengok monyet makan muffin. hahahaha.
dari satu beg...tetiba beranak jadi dua..muahahahhaha
ada servis membalut beg di airport Langkawi, satu beg cuma RM10.
antara barang yang dibeli. Ada yang orang kirim. saya kurang sikit kalau coklat-coklat. anak-anak pun sama.
mak saya kirim sudu...beli untuk mak, saya beli juga untuk saya..hahahah.
sampai aje rumah, berkolibrasi dengan hubby, keluarkan barang-barang dari beg. Baju-baju kotor terus masuk mesin basuh. tu saya beli serba sedikit set correlle buat penguat semangat sebab hubby dok geleng aje bila tanya boleh tak beli..hahahah. tapi harga memang jauhlah berbeza kalau nak banding beli di Jusco kan.
tak dapat angkut segala periuk kuali tefal, saya angkut sudip sendup. Terus basuh dan pakai. yang lama-lama hubby suruh buat jualan gudang.
sampai kat kedai ni..mata dah juling-juling. Tapi hubby masih lagi geleng-gelang. Ala..bila nak angguk-angguk ni, asyik geleng-geleng je? Nak tau kenapa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dia kata...mana nak letak lagi yang oiii... hahahaha. ok..ok...paham..paham...