Thursday, August 29, 2013

Kek Mentega @ Butter Cake

Mak dan Mak Lang Hadif nak buat open house 24 Ogos lepas.  Saya pula dah ada rancangan nak ikut suami yang nak menonton konsert Metallica di Singapura.  Jadinya, mak minta saya buatkan kek mentega 2 butter cake.  Hajatnya nak la buat banyak sikit tetapi kekangan masa memang tak mengizinkan.  Jadinya dapatlah sebiji kek sebagai pengganti diri hiks.

Ramai nak nak resepi, ada yang saya dah email, jadi saya tepek resepi kek butter saya yang simple sahaja. Insyaallah sedap sebab bila tanya hubby...dia cakap sedap sangat hahahahha.

Masih Panas lagi..terbalikkan dulu...letak atas loyang...
potong kecik-kecik nak hantar rumah mak

makan panas-panas dengan hubby...heaven tau...
dah siap nak delivery to my mom's house...


Resepi Butter Cake.

Rujukan asal : Butter Cake MamaFami


Bahan-bahan :

5 biji telur saiz A
180 gram gula kastor - saya kurangkan jadi 150 gram.
200 gram tepung naik sendiri - saya gantikan dengan tepung gandum + 3/4 sudu makan rata baking powder. Ayak ya tepung dengan baking powder.
250 gram butter -
1/2 sudu teh esen vanilla.- boleh juga guna orange oil. macam yang Mama Fami guna.

Tambahan-

Chocolate rice untuk ditabur. Takde chocolate rice boleh ganti dengan kismis, badam, chocolate chip. Takde semua ni pun boleh. Tak yah letak apa. Sempoi kan. Yang penting rasa. Saya tak letak pun.


Cara-cara :

Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim....

Leserkan loyang dengan saki baki butter yang ada pada pembalut. Kemudian alaskan permukaan dasar loyang dengan kertas minyak.

Panaskan oven pada suhu 170' C selama 15 minit atau lebih. Oven yang cukup panas lagi memudahkan kek untuk naik semasa tempoh pembakaran.


Dalam satu bekas, satukan butter dengan gula. Putar dengan kelajuan perlahan selama 2 minit. Bila nampak dah sebati. Naikkan kelajuan mixer. Sampai habis tinggi. Putar sampai adunan bertukar warna krim dan sebati/ringan. Biasanya saya pukul dalam masa 4-5 minit. Bergantung pada mixer masing-masing.

Pastikan gula dah hancur baru masukkan telur ya. 

Bila butter dan gula dah hancur/sebati. Masukkan telur SATU PERSATU. Masa masukkan telur satu persatu saya perlahankan mixer pada kelajuan sederhana. Dah habis 5 biji saya masukkan satu persatu, baru saya naikkan kelajuan dan putar telur sampai sebati selama 2-3 minit.

Sambil putar, kaup bahagian tepi dinding supaya mereka jugak mendapat kasih sayang mixer yang cukup. :P

Kalau tak leh nak buat 2 kerja sekali gus. Berhentikan mixer. Kaup bahagian tepi. Sambung balik putar.

Masukkan esen vanilla atau jika suka gantikan esen vanilla dengan orange oil. Terpulang. Pilih salah satu. Putar lagi 1-2 minit.

Masukkan tepung yang telah diayak. Sikit demi sedikit. Guna kelajuan perlahan sehingga tepung habis. Kemudian naikkan kelajuan. Putar selama 2 minit. 

Masukkan adunan dalam bekas. Jika mahu taburkan chocolate rice (contoh). Tabur masa ni. Sebelum dimasukkan dalam oven untuk dibakar.

Masukkan adunan dalam oven. Bakar selama 45-50 minit bergantung pada oven masing-masing. Satu tips untuk tahu kek dah masak ialah bila adunan dah mula merenggang dari tepi loyang. Jika sudah, boleh keluarkan loyang dan tutup api oven. Jika belum renggang, tambah masa membakar 5-10 minit.

Sejukkan selama 30 minit. Kemudian boleh keluarkan kek dari loyang.

Butter Cake sedap dimakan sehari selepas dibakar. Masa ni kek akan menjadi lebih gebu dan lembab. 


4 comments:

dhr said...

Yeay! Tq kak...

Diana said...

Sedap eee..tengok je dah kecur la..... kalo rv lagi ler..
Kak intan mmg pandai masak kan.... best nyer lah..

Saya kek2 mmg x reti laaa...

Nieda Ramly said...

gebu sangat dah macam kek sponge

Azian Elias said...

cake baru bakar ni kan, makan dan dan tu mmg sedap sangat..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!