Tahun baru 2014 sudah 7 hari melebarkan sayapkan...saya masih terkial-kial nak menaip entry Tahun baru hahahah. Selamat Datang 2014, semoga segalahnya yang baik-baik sahaja untuk diri, keluarga dan rakan-rakan. Lama juga tak menulis dan blog walking. Masa begitu mencemburi kah kah kah. Tapi serius..bila buat kerja di pejabat tengok jam dah tengahari. Tengok lagi dah habis waktu pejabat. Kalau di rumah dengan tentera-tentera kecik memang tak sempat nak menulis blog.
Alhamdulillah, abang Hadif dah masuk darjah 4. Kejap aje dah bujang. Cuti sekolah yang lalu kami khatankan dia. Lepas berkhatan nampak makin berisi badan dia. hiks.
Kakak Raisa tahun ni dah mula bersekolah di Dzul Iman. Hari pertama berjalan dengan lancar. Hari kedua babah hantar dia melalak nak ikut babah balik. Hari ketiga mama pula hantar. Pun sama..dia menangis siap cakap "mamaaaa janganlah tinggalkan kakak...kakak sayang mama..mama tak sayang kakak ke?" hah, boleh gitu? mama pun tinggalkan jugak lah anak dara tu berdrama kat pintu pagar. Lepas setangah jam saya call sekolah cikgu dia kata dia ok dah...elok je main kat luar tu. Haish... drama queen sungguh ko kak...
Adik Kauthar pula dah semakin riuh mulutnya. Pandai cakap "mama nak nasi" hahahah. Adik ni cepat sikit bercakap kalau nak bandingkan dengan abang dan kakak dulu. Mungkin sebab dia ada abang dan kakak nak dijadikan contoh. Lagi 2 bulan dan cukup 2 tahun.
Tahun baru kami tak ke mana-mana pun, duduk rumah aje..siapkan persiapan nak kembali ke sekolah untuk abang Hadif dan persiapan nak ke sekolah untuk kakak Raisa. Bermula la kembali rutin mengosok baju sekolah, dan pelbagai rutin baru seperti memperkasakan diri untuk melepaskan dan memboloskan diri dari pelukan Raisa yang menangis setiap pagi di pagar sekolah.
Semoga anak-anak mama terus menjadi anak-anak yang menyenangkan...and 2014... please be kind to Mama :)
6 comments:
Sempat laaaa g negara matahari terbit sama2! Jom lahh!
selamat tahun baru intan..
gempak tengok wish list intan ngan shamsul..tumpang seronok sekaki..
kak zu ada fb baru ..yg lama dah hilang..hehe..tapi kak zu xleh add intan..kalau sudi boleh lah add k zu balik..zulaiha megat..
g matahari terbit nak ikut.. huhuhu
Nily: haahahah ingat duit boleh di cop? kah kah kah
kak zue: selamat tahun baru kak..lamanya tak berinteraksi dgn akak...rindu hihihi. Wish lis aje kak...mudah-mudahan Allah perkenankan..hihihi.
Weny Mitiska: jom..bila nak pergi? lepaskan satu-satu la..hahahah...ko lain la ada baby boo hahahaha
Post a Comment