Thursday, January 22, 2015

Beijing 2014

Dah nak masuk bulan Februari, cerita bulan Disember pun tak tulis lagi.  Memang dasar lemau mama ni kan.  Sebenarnya trip ke Beijing ni bukanlah dalam agenda utama.  Kebetulan Gas Malaysia announce company trip tahun 2014 destinasinya Beijing, jadi babah dengan mama decided nak usung anak-anak sekali, kononnya nak merasakan depa musim winter, dan berdoa moga-moga ada snow sebab impian abang hadif nak "ambil salji....baling...".  Tahun lepas mama dan babah ke Korea tinggalkan depa semua sampai nipis cuping telinga dengar ungkitan kenapa tinggalkan dia...

Alhamdulillah, ada rezeki boleh bawa anak-anak ikut sekali dan tak payahlah mama nangis-nangis merindui anak-anak masa tengah bercuti..kah kah kah.

kita letak caption macam faizdickeivp cakap "village people" la katakan...
posing-posing dekat padlock

masani ni tengah menghiburkan hati yang kepenatan hahahhaha


muntah la tengok gambar kami ber selfie ngeeeee

moga-moga bila depa besar depa ingatlah yang depa pernah sampai sini hahahaha



Abang Hadif di depan Beijing Natioanal Stadium, Bird Nest. Masa ni angin kuat memang menyusuk ke tulang, tetapi kelebihan buat anak-anak sebab sebelum ke Beijing, kami dah buat sesi pengenalan ke Korea November lalu.  Memang selamba aje depa time orang lain gigil-gigil hahahah

Romancinta di depan forbidden City hahahah

Mama dan mini mama



foto foto dulu yaaa kata si Jenny Tour Guide.  Tengok Kauthar tu, memanjang aje tidur maklumlah cuaca sejuk sekali...


Mek Raisa possing sechawan!

Berpossing di Tembok Besar.  Raisa memang selamba, siap nyanyi lagu frozen kat sini


masa sampai sini, tak sempat nak melayan rasa tak percaya sebab dah sampai tembok besar China dek kena melayan kerenah si Kauthar yang mengamuk tak tau sebab.  Rasanya sebab terlampau sejuk kot. 

Babah & Kauthar

Biarpun stress dengan perangai dan kerenah anak-anak, mama dan babah tetap maintai kah kah kah

Masa kami dok posing-possing ramai pula orang cina yang dok pelik sebab kami dan anak-anak kecik berada di situ..hahahha sabar aje la...

gelandangan di Great Wall of China.  Sian kan?

Masa ni pasrah aje la tak dapat sampai ke atas hahahaha

Abang Hadif, Kakak Raisa dan Adik Kauthar. nampaknya misi nak bermain salji tidak berjaya...insyaallah kita plan lain ye anak-anak tapi tahun bila tak tau la...hahahaha

masa semua orang berpusu-pusu nak membeli belah di Silk Street, kami dok berjalan sampai ke hujung, kononnya nak cari kedai mainan...tapi tak jumpa hahahaha

Mama nak posing pun tak boleh...Raisa mesti nak menyelit hew hew hew

Masjid tertua di Beijing, Masjid Nuejie.  Masa di sini kami singgah untuk solat Zuhur.  Ramai atok-atok yang menunggu masuk waktu.  Masa ni Kauthar siap dapat hadiah lagi...


di dalam masjid Nueji.


besar sungguh kawasan masjid, dan pemandangan ni walaupun biasa tetap buat hati saya merindui tempat ni...





Kak tun tengah nak beli mee tarik dan kebab.  Kami malas nak berjalan jauh jadi lintas jalan terus beli makanan kat kedai di Nueji Street ni.  Sedap dan puas hati.  kenyang sampai ke petang.


Macam anak cina tak? hahaha sejuk sangat masa ni...Kauthar memang meragam.

Kalau di Korea asyik tengok daun merah kuning...kat Beijing ni tengok pokok togel tak de daun..pun asyik jugak hahahaha

ni nak juga selfie bersama...



Sebenarnya, rasa tak berbaloi bawa anak-nak join company trip ni, ye la, bayar mahal-mahal tapi anak-anak tak enjoy since trip ke Beijing ni kena ikut apa yang tour agent aturkan dan banyak sangat kena jelajah government shop.  Kena pergi kedai teh, kedai batu permata, kedai krim terbakar, kedai itu kedai ini, dan akhirnya anak-anak yang dah biasa ikut kami travel pun mengamuk. hahaha.  Shopping pun mama tak enjoy sebab baru nak mula menawar anak-anak dah merengek.  Tapi kalau tanya best ke tidak, jawapannya tetap best, dan kalau ada rezeki nak pergi lagi, tapi kali ni memang confirm pergi berdua aje...nak pi summer palace yang tak sempat nak pergi dan nak repeat shopping winter jacket yang hamat murah kat Yashow Market.

ni troli beg kami hahahah ni tara tak membeli belah okeh.  pergi musim sejuk beg baju sejuk aje dah sekian.  Cuma beranak satu beg aje itu pun dek barang anak-anak.  Nasib la sambar set cadar tu untuk diri sendiri.  Kalau tak menangis la mama tak de kenangan hahaha ceh..konon kan!

4 comments:

Weny Mitiska said...

kisah beijing pun tak update lagi ni. Nak update juga lah.ahahhahaha

Makcik Anak 3 said...

memang best..untung anak anak ye.r.rezeki tuk anak anak jugak ni kan..hehehee

alialisakreatif.blogspot said...

i miss beijing!!!
jom p lagi

Nas Lie Yan T said...

Pokok togel pun asyik ekkk
Kelakarlah intan
Hahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!