Sejak mula sesi persekolahan ni sebolehnya saya akan bekalkan Hadif dan Raisa makanan dari rumah. Baru ni semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Abang Hadif buka cerita yang dia beri RM1 duit belanja dia pada kawan sekelas dia Alfatah yang tinggal di Home of Hope, Yayasan Al-Khaadem. Abang Hadif kesiankan Alfatah yang hanya bawa 50 sen sehari untuk belanja katanya. Syukur, walaupun abang Hadif tak secemerlang orang lain, tetapi sifat empati dalam diri dia cukup tebal. Jadinya, setiap hari bila bekalkan Abang Hadif dan Raisa, mama bekalkan sekali untuk Alfatah. Balik dari sekolah, Abang Hadif sampaikan salam, "mama, Alfatah kirim salam" Alahai... sayu hati mama.
Jadinya bermulalah rutin mama buatkan bekal untuk Alfatah sekali.... Alhamdulillah, bak kata hubby, rezeki bergolek ke lutut hahahah. Orang lain sibuk nak kena mencari tempat nak bersedekah, ini Allah dah lorongkan untuk kami, Dalam rezeki kami, ada rezeki Alfatah, dan Hadif perantaraannya. Saya dah call Home of Hope bertanyakan kisah Alfatah, dan insyaallah kami boleh melawat dan makan-makan dengan Alfatah.
Semoga anakanda Hadif terus kekal bersifat empati, dan semoga segala amal yang dia lakukan menjadi asbab untuk dia cemerlang dalam kehidupan.
jom layan gambar-gambar masakan yang sementara teringat saya foto foto kan keh keh keh
sup ayam dan sayur dikawinkan |
kuah carbonara |
bekalan untuk 3K |
Abg Hadif tekak so mat saleh |
No comments:
Post a Comment