Masa nak bayar tu saya gelak tak ingat. Abang Hadif lagi la, sampai meleleh air mata suka sangat. Bikun Sup. Maki Kam. Walhal order magee goreng. Asal ada bunyi aje la kan. Meehoon sup kosong tak de sayur RM6.00 gulp! dasyat mamak ni sekarang kan.
you all ada tak tengok video suami marah isteri gemuk di pasaraya? siap maki hamun lagi. Masa saya tengok tu saya rasa nak simbah asid je kat muka suami yang terlampau melampau itu. sedih la juga hati almaklumlah saya kan bersaiz plus size hihihih. Mujur lah hubby yang very supportive akan buat saya rasa alaaa size doesn't matter. Asalkan saya sihat, mampu menguruskan anak-anak dan keluarga, suami sayang. Tak semestinya kurus tu cantik dan gemuk tu huduh. Betul tak? Sambil tepuk-tepuk bahu sendiri. Kalau terlalu memikirkan kata-kata orang, rasanya nak berjalan pun saya tak mampu. Jadinya, sebelum mata terpejam, saya tak menikmati hidup. Saya nak hidup tanpa rasa rendah diri dan rasa diri terlalu kekurangan.
ini pula small celebration untuk anak dara Nur Qistina Qhaleesya, anak adik saya. Sempat potong kek dan buat minum petang. Happy sangat bila sepupu sepupu ni berkumpul. Terbalik rumah jadinya hahahah. Selamat Hari Lahir Deq Na, maklong doakan yang baik-baik sahaja untuk deq na. Sayaaaaaang Dek Na ketat-ketat. Anak-anak buah ni manja maklong. Abang Jimmy siap cakap kat mama dia "kan best kalau maklong tu jadi mama jimmy" hahahahha. Maklong depa ni garang, tapi memang jenis tak sampai hati. Cair dengan depa hahahaha.
Sempat bawa anak-anak ke Pesta Buku di SACC Convention Centre tapi tak boleh nak berlama-lamaan sebab saya serabut di sapa dan dikejar salesman untuk product mereka. Nak memilih buku pun tak aman. Yang bestnya dapat jumpa Ustaz Don. Tak banyak barang rampasan sebab anak-anak pun mengantuk. Rugi aje bayar vallet parking hahahah.
buku ini sangat best. Resepinya simple dan rasa tak sabar nak memasak. Dalam mimpi hahaha |
Aktiviti rutin hujung minggu saya adalah ke Pasar Stadium mencari hasil laut sebab anak-anak saya peminat seafood. Harga tak la murah mana tetapi kesegaran ikan udang ketam sotong memang terbaik. ingat nak masuk parking ke pasar tu aje kena beratur, dah pilih nak bayar pun kena beratur hahahha.
kata kena turun harga...macam tak aje! |
Balik aje dia sibuk menyusun barang kat sudut. Tak kisah la kakak..asalkan jangan sepahkan rumah. Kalau sepahkan rumah alamatlah tak nampak dah mainan tu di mata mama buat hahahaha. |
Cerita terakhir untuk update satu entry kali ni adalah Information Meeting. Bukannya info tu yang best sangat, tapi sebab bila ada info meeting, makanya petang tu duit bonus pun dapat. Alhamdulillah, syukur sebab petangnya bonus pun masuk akaun. Syukur berganda-ganda...rezeki anak-anak dan rezeki suami yang izinkan saya bekerja. Sedar tak sedar dah 13 tahun saya di Gas Malaysia. Dari anak dara sampai dan beranak 3.
with kak shilla, orang kuat Long Service Award. Lagi 2 tahun Azila nak pentas make sure hadiah up lagi tau... hahahha |
2 comments:
salam kak ila,,
wah dah lama rupanya berblogging,, anyway selamat berblogging,,
ai follow ye,,tq
wsalam Ani...
lama la jugak..sampai dah bersawang hahahaha
Post a Comment