Tuesday, February 17, 2015

Update Satu Entry



Masa nak bayar tu saya gelak tak ingat.  Abang Hadif lagi la, sampai meleleh air mata suka sangat.  Bikun Sup.  Maki Kam.  Walhal order magee goreng.  Asal ada bunyi aje la kan.  Meehoon sup kosong tak de sayur RM6.00 gulp! dasyat mamak ni sekarang kan.  

you all ada tak tengok video suami marah isteri gemuk di pasaraya? siap maki hamun lagi. Masa saya tengok tu saya rasa nak simbah asid je kat muka suami yang terlampau melampau itu.  sedih la juga hati almaklumlah saya kan bersaiz plus size hihihih. Mujur lah hubby yang very supportive akan buat saya rasa alaaa size doesn't matter.  Asalkan saya sihat, mampu menguruskan anak-anak dan keluarga, suami sayang.  Tak semestinya kurus tu cantik dan gemuk tu huduh. Betul tak? Sambil tepuk-tepuk bahu sendiri. Kalau terlalu memikirkan kata-kata orang, rasanya nak berjalan pun saya tak mampu.  Jadinya, sebelum mata terpejam, saya tak menikmati hidup.  Saya nak hidup tanpa rasa rendah diri dan rasa diri terlalu kekurangan. 





 ini pula small celebration untuk anak dara Nur Qistina Qhaleesya, anak adik saya.  Sempat potong kek dan buat minum petang.  Happy sangat bila sepupu sepupu ni berkumpul.  Terbalik rumah jadinya hahahah. Selamat Hari Lahir Deq Na, maklong doakan yang baik-baik sahaja untuk deq na.  Sayaaaaaang Dek Na ketat-ketat.  Anak-anak buah ni manja maklong.  Abang Jimmy siap cakap kat mama dia "kan best kalau maklong tu jadi mama jimmy" hahahahha.  Maklong depa ni garang, tapi memang jenis tak sampai hati.  Cair dengan depa hahahaha.

Sempat bawa anak-anak ke Pesta Buku di SACC Convention Centre tapi tak boleh nak berlama-lamaan sebab saya serabut di sapa dan dikejar salesman untuk product mereka.  Nak memilih buku pun tak aman.  Yang bestnya dapat jumpa Ustaz Don.  Tak banyak barang rampasan sebab anak-anak pun mengantuk.  Rugi aje bayar vallet parking hahahah.  



buku ini sangat best.  Resepinya simple dan rasa tak sabar nak memasak. Dalam mimpi hahaha









 Aktiviti rutin hujung minggu saya adalah ke Pasar Stadium mencari hasil laut sebab anak-anak saya peminat seafood.  Harga tak la murah mana tetapi kesegaran ikan udang ketam sotong memang terbaik.  ingat nak masuk parking ke pasar tu aje kena beratur, dah pilih nak bayar pun kena beratur hahahha.



kata kena turun harga...macam tak aje!



Minggu ni ke Pasar Stadium bawa mek Raisa.  Tengoklah hasil dia menuai.  Belum jauh jalan dah jumpa tempat jual barangan banjir hahahah.  Raisa memang jenis ingat kaum kerabat dia, habis untuk abang dan adik pun dia suh belikan. Baik hati sungguhlah anak dara mama ikut mama la tu.  Borong mainan ni semuanya RM120.  Sama harga dengan beli ikan ayam udang sotong ketam hahahaha.  Sabar aje la kan.

Balik aje dia sibuk menyusun barang kat sudut.  Tak kisah la kakak..asalkan jangan sepahkan rumah. Kalau sepahkan rumah alamatlah tak nampak dah mainan tu di mata mama buat hahahaha.



Cerita terakhir untuk update satu entry kali ni adalah Information Meeting.  Bukannya info tu yang best sangat, tapi sebab bila ada info meeting, makanya petang tu duit bonus pun dapat.  Alhamdulillah, syukur sebab petangnya bonus pun masuk akaun.  Syukur berganda-ganda...rezeki anak-anak dan rezeki suami yang izinkan saya bekerja.  Sedar tak sedar dah 13 tahun saya di Gas Malaysia.  Dari anak dara sampai dan beranak 3.






with kak shilla, orang kuat Long Service Award.  Lagi 2 tahun Azila nak pentas make sure hadiah up lagi tau... hahahha



Friday, February 6, 2015

Cerita yang tak berapa nak ada cerita



Baru 3 hari babah naik keje, anak-aank dah tanya babah.  Babah situ sana sini.  Tapinya...kalau nak tidur..semua nak berhimpit dengan mama.  Anak-anak memang selalunya akan buat mama dan babah tegang urat leher, tapi kalau tak ada memang tak senang hati.  Pakej.  Tapi yang confirm kalau ada company trip tahun ni depa akan ditinggalkan sebab performance kat Beijing kurang memuaskan.  Hiks. Mungkin depa tak sesuai travel dengan tour agent.  Sebab selalu bila travel sendiri ok je. 



Last week mama saje amik cuti, spent masa berdua-dua dengan babah.  Rancangan awal nak siapkan itinerary untuk next destination, tapinya dari Nandos bertukar ke Caffe Bene, itinerary tak juga siap.  Jadilah hari makan-makan je jawabnya.:) Sebab bawak anak-anak yang macam-macam ragam ni, memang nak kena rancang betul-betul perjalanan.  Tambahan tempat yang kami tak biasa nak pergi. 



Sejak Gamuda Walk buka di Kota Kemuning, rasanya kami memang suka pi minum kopi kat Caffe Bene ni.  Mengimbau macam berada di Korea bila casher tu cakap "kamsahamnidaaaa" rindu rasanya kat Korea. Rindu serindu-rindunya walaupun di hasut boleh cik bunga suh pi Jepun...tapi kami tetap suka Korea, Insyaallah lepas Abang Hadif UPSR nak repeat Korea tapi winter pulak...kan Babah? ekekkekee..

Nampak gayanya tahun depan memang akan berehat dari mengembara sebab nak beri laluan untuk abang Hadif yang bakal menduduki UPSR.  Eh? dan nak UPSR? kenapa mama rasa abang macam kecik lagi dan mama feeling macam remaja purba je nih? sambil kelip-kelip mata macam model.


Thursday, February 5, 2015

Cuti-Cuti Malaysia - Port Dickson

Lamanya tak cuti-cuti Malaysia.  Bukan berlagak atau riak, tapi memang susah sebenarnya nak dapat tarikh yang sesuai untuk bercuti di dalam negeri.  Selalu tak kena time.  Anak-anak bising nak tidur hotel, makanya gigih la cari tempat yang mana boleh di booking.  Babah tu bayar aje pakej dengan Orient Reward, dah 2 tahun tapi tak pernah guna.  Bayar percuma namanya!

Jadi setelah mama mengamuk dan laser2 sales person kat Orient Reward tu... dapatlah bilik kat AnCasa Port Dickson.  Jadi la...lepas gian anak-anak nak tidur hotel dan mandi kat swimming pool.  Cantik juga pantai kat sini.  Berbeza dengan pantai di area Tg. Tuan.  Macam menarik aje cuti-cuti Malaysia kali ni sebab semua rasa happy, dan bila sampai rumah tidak la penat sangat rasanya...hahaha.






Abang Hadif yang setia menemani Mama melawat kawasan sementara babah dan adik-adik sedap tido

anak dara saya ni tak minat mandi laut...suka swimming pool aje katanya.  ngade sangat

Bongsuan yang mengada....tengok muncung tu...boleh sangkut hanger hahahaha
ok kak ton nak balik dulu ye


On the way balik sempat singgah ke 3D Art Gallery di Lukut.  Bayaran masuk untuk dewasa RM20 dan kanak-kanak RM15.  Punyalah payah nak bergambar dengan anak-anak syurga mama hahahah


















Masa dengan Hati....masak with Iman...

Sejak mula sesi persekolahan ni sebolehnya saya akan bekalkan Hadif dan Raisa makanan dari rumah.  Baru ni semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Abang Hadif buka cerita yang dia beri RM1 duit belanja dia pada kawan sekelas dia Alfatah yang tinggal di Home of Hope, Yayasan Al-Khaadem.  Abang Hadif kesiankan Alfatah yang hanya bawa 50 sen sehari untuk belanja katanya.  Syukur, walaupun abang Hadif tak secemerlang orang lain, tetapi sifat empati dalam diri dia cukup tebal.  Jadinya, setiap hari bila bekalkan Abang Hadif dan Raisa, mama bekalkan sekali untuk Alfatah. Balik dari sekolah, Abang Hadif sampaikan salam, "mama, Alfatah kirim salam" Alahai... sayu hati mama.

Jadinya bermulalah rutin mama buatkan bekal untuk Alfatah sekali.... Alhamdulillah, bak kata hubby, rezeki bergolek ke lutut hahahah.  Orang lain sibuk nak kena mencari tempat nak bersedekah, ini Allah dah lorongkan untuk kami, Dalam rezeki kami, ada rezeki Alfatah, dan Hadif perantaraannya.  Saya dah call Home of Hope bertanyakan kisah Alfatah, dan insyaallah kami boleh melawat dan makan-makan dengan Alfatah. 

Semoga anakanda Hadif terus kekal bersifat empati, dan semoga segala amal yang dia lakukan menjadi asbab untuk dia cemerlang dalam kehidupan.


jom layan gambar-gambar masakan yang sementara teringat saya foto foto kan keh keh keh


sup ayam dan sayur dikawinkan

kuah carbonara

bekalan untuk 3K

Abg Hadif tekak so mat saleh





Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!