Korea musim sejuk pokok-pokok semua togel. Muka merah je macam comel je macam cantik je. Terasa macam artis korea pulak hahahah. Pengalaman masa ke Pulau Nami, air sungai pun beku. Subhanallah. Kalau diberi pilihan, saya suka lagi pergi musim autumn, pokok-pokok berdaun merah, cuaca pun nyaman sahaja, tak la terlalu dingin beku. Tunggulah 3K besar sikit, insyaallah nak bawa anak-anak main ski. Barulah abang Hadif boleh jerit "ambil salji balinggggg" macam yang selalu dia bayangkan. Masa kami ke Beijing hujung tahun lepas, walaupun musim sejuk tapi tak jumpa salji pun. Kasihan anak mama yang berangan tu.
Bila berceerita tentang berjalan ni, mula la rasa lama betul masa berlalu. Tak sabar nak cuti panjang, Abang Hadif dah tanya, tempat yang bakal kami kunjungi ni sejuk tak? ada salji tak? hahahah. Tak dapat ye anak, minta maaflah, kali ni kena pakai baju nipis-nipis je supaya tak "heat stroke" agagaga.
Nami Island, 2013. |
Kena pula hari berkunjung ke Pulau Nami ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10. Romantik sungguh rasanya. |
1 comment:
Subhanallah... ada laut beku ye kak..cantik gambar tu... tak pernah dengar hihihi... tulah kat sini kan tak de winter... alahai kalau dapat baling2 salji tu pasti best guling2 kat atas salji tu.. pasni jgn lupa amik gambar daun sakura plak kak ila... tak dpt pergi tapi dpt tengok gambar negara orang pun jadilah hehe...ani tunggu next n3 winter dan sakura...
Post a Comment