Tuesday, December 18, 2007

I miss him badly...

When I wake-up this morning, rasa mcm missing something. Perasaan yang sangat dalam. Rindu giler. Pada sang suami yang berada nun jauh di tengah lautan. Tambahan tengah musim tengkujuh. Tambahan dekat2 nak raya qurban ni..adoi..rindunya yang! sangat2. Semalam layan astro cerita dgn hadif, tengok Adi dan Ayah, saje aku ckp dekat hadif "hadif tak de ayah" pas tu dia jawab balik " ye la mama..hadif tak de ayah..hadif ada babah je" tergelak aku lepas tu. Ha amik. Malam tadi ke Tesco Extra, amik spec mata baru ku..huhuhu..pergi berdua aje dgn hadif, lepas tu mamat tu ajak masuk tempat mainan..adoi la..tak layan, kesian pulak. Tapi dek kerana layan..kopak RM20 beli token. aci dak? anak..anak... after all, proceed to Kluang Station, my fav. place to go, bukan makan apa pun, just bought a slice toast dgn champ (kopi campur teh) wallah..rasanya dari hari jumaat, sabtu, ahad and hari semalam, tiap2 hari aku gi situ, sampai mamat casher tu cakap " I can recognize your face already mam, " hahahahhaha ni semua salah hubby. Dia yang memperkenalkan Kluang Station pada isterinya ini..psst: yang..awaklah lah ni...dari Kluang Station yang jauh di Ikano tu sampai dah dekat kat shah alam..lepas ni I will pray yang Kluang Station bukak cawangan kat Kota Kemuning la pulak..hihihi..

One the way balik tu, hadif tanya "mama..ni nak balik umah hadif ke?" sedih hati aku...ye la cuti sekolah ni while hubby di offshore, kenalah kami anak beranak nomad kat umah opah hadif..hadif pun dah rindu nak balik umah dia, mama ni..lagilah..harap2 hubby dapat balik this thursday. Harap sangat. Walaupun aku tahu "chances" nye amatlah tipis. Inilah perkara yang aku dah belajar terima sejak awal perkenalan kami dulu. Dah biasa cinta EPJJ. Tapinya bila banyak benda yang berlaku pada diri aku ni time2 hubby jauh dari aku, tetiba rasa emosional. Harap2 perasaan ni kejap je la..sebabnya aku dah ajar diri aku untuk hadapi semua yang datang dgn tenang. Insyaallah.

Ni la tempat babah hadif cari rezeki

Inilah wajah yang kami rindui...

soksek: speechless! sob...sob...

1 comment:

shilla72ibrahim said...

Zila....biar benor....cam x caye jea...bagus...bagus teruskan....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!