Tuesday, February 12, 2008

Entry yang tak de motif

Hari ni naik pening kepala aku nengok all the big boss ada dalam bilik bos aku. Dah beberapa malam boss aku balik sampai dinihari. Tapi aku tak tunggu pun. muaahahahahah. Gelak yang sungguh jahat ek?

So pagi ni, aku jadi tak ketentuan dek arah. Kejap boss suh aku call consultant, kejap call petronas...kejap call MMC... breakfast pun tak sempat. Bukan senang ek nak review benefits sesuatu organazation kan, hanya mereka yang terlibat je yang tau macam mana seksanya. Aku tengok muka boss aku tu tak de seri langsung...hehhehehe

Tengah2 aku dok clear incoming documents, tipon bunyik. Rupanya En. suami yang dok jauh kat tengah laut tu. Cam tau aje aku tenga dok teringat kat dia..kihkihkih... ye aaa, check in box sekarang ni memang payah nak dapat email dari dia..ada masa tu sebulan sekali..itu pun email dari maybank2u bagi tau elaun dah masuk. Zaman muda2 dolu, dapat email selang dua tiga jam. Bila dah bertunang, at least dua kali sehari...baru2 kawin, sehari sekali... ada anak....dua tiga kali sehari...sekarang? jarang-jarang..kadang-kadang. Tak kisahlah, janji ingatan dan kasih sayang itu tetap di'situ' dulu..kini dan selamanya. Betul tak yang?
"Maka atas KehendakNYa kalian dipersatukan, Atas NamaNya kalian menjadi Suami Istri dengan kasih sayang, Berjanji saling menjaga dan mengingatkan tentang kebaikan, Saling melindungi dan mendukung dalam kehidupan, Dan hidup menjadi lebih nyata dan membahagiakan"
Jalan Cinta, Khalil Gibran.

Petang ni gempar bila kak shilla terima call dari maid dia, bgtau aiesha tersepit kat celah grill. Adoilah iesha...terkezut auntie azila dia nih ha...call hubby bagitau nak pi visit aiesha, then aku fetch hadif kat umah opah dia, terus ke Putra Perdana. Hadif apa lagi..excited la jumpa abang danial and kakak nabila dia tu.. aku pun apa lagi..gomol aa aiesha tu sampai dia menangis. hehhehe serius, geram! cam peha ayam daging je aku pandang dia.

Lepas maghrib aku ngan hadif bertolak balik umah. On the way balik ni hadif tanya aku, boleh tak bawak baby ica balik mama...heheheh sabarlah hadif oii...kalau pun mama tak dapat kasi hadif adik buat masa ni...insyaallah tahun ni hadif akan dapat 2 orang lagi adik...from ibu dan ummi...yieeehaaa... tumpang seronok! Opss...jangan salah paham, ibu dgn ummi tu bukanlah madu2 aku...mereka adalah isteri2 kepada BIL ku...kalau aku...anak2 buah panggil mama.. mesra gitu kan..
setakat ni dulu, jumpa lagi nanti.

soksek:
Hati libang libu...huhuhu....

3 comments:

viruspadu said...

terselit bawah gril ke, adoh, abis tu skrg dia mcm mana skg

adoi laaa... mcm2 kan

erm... wendu sama en.suami ek

kalu nak tunggu dia emel lambat, awak anto la emel kat dia dulu, pastu tulis kat situ, pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas... ewahhhh

Intanaziela said...

VP: ahah la zaimah, rasanya lepas ni nak kena tulis..pecah kata pecah gelas, sudah baca harap balas...kuikuikui..

nanonano said...

cam peha ayam daging?
huhuhu bes tu wat bbq,
:p

kalu kat sni, budak2 berisi sket,
siap panggil ayam israil,
huhu

ayam israil=ayam gergasi
:D

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!