Baru berkesempatan nak up date blog nih... mana taknya, hari ni cuti sampai hari Isnin, so semalam merupakan hari paling busy..Kul 7 mlm baru balik dari opis..singgah pasaraya MaxValue beli barang2 sikit, balik lipat kain pas tu baru la boleh packing barang... hari ni kami bercuti ke Sarawak. Sementara menunggu teksi sampai, amik la sikit masa up date blog.
Teruja sungguh nak bercuti. Maklumlah, dah lama tak bercuti. Last sekali percutian kami sekeluarga bulan 8 tahun lepas ke Langkawi. Memang selalunya hubby akan bawak kami pi bercuti 2 kali setahun..kira ni pembuka tirailah. Harap2 percutian ke Sarawak ni mengembirakan kami sekeluarga... yang penting cuti yek...boring dah keje... jenuh hitung hari nak cuti panjang.. (panjang kah? baru 2 hari cuti...kekekeke)
Oklah, jumpa lagi nanti... babai..
1 comment:
Hi, best nya pi cuti2 mesia kat swak.
My son pun pi AG gak, same with Hadif tapi dia kat USJ branch. Ada parents yg ada gambar masa their trip to MIAT ke? Nak gak tgk..
Post a Comment