Monday, April 28, 2008

What we did last weekend?

Kami anak beranak balik kampung...nak legakan kepala otak kami yang memasing serabut memikir masalah duniawi....on the way balik singgah petrol station kat damansara,..macam biasa lah, hadif pau babah dia nak power ranger. Sabar aje la..


with nenek...


kena bebel dgn mama lah ni..toys..toys..toys..tapi dia buat muka 'derk' aje

On the way balik hubby tanya nak singgah ke Air terjun kat Lentang. Aku nak aje la..dah hausss sangat, nak minum..pekena sirap dulu!



Sampai kat kampung, Hadif apa lagi..main dgn cousin dia, 'adik alif'.. dan aku, mengisi masa lapang dgn menembak pelbagai jenis gambar...lepas gian..hahahhah



ni pulak aksi hadif baru bangun tido..mama suh dia posing ikut cara yg mama suka hihihi..nasib la dia ikut je..

Thursday, April 24, 2008

Congkak

Malam minggu yang lepas, aku, hubby dan adik2 aku pi tengok wayang kat Bukit Tinggi, Klang. Cerita Congkak. Konon2 aku cam berani. Sekali bila start movie, mulut bising ajak hubby balik. Sahih penakut bini dia nih! Ada satu part tu, aku sorang je jerit dalam panggung. Hubby dok pakat gelakkan aku. Citer congkak ni overallnya biasa je, tak la takut sangat (konon ler!) tapinya adegan terkejut tergempak tu yang buat orang jadi suspen. Kalau suh kasi bintang, aku kasi 3 bintang udah ler.

Time kami tengok wayang tu, hadif kat mana? hehehehe dia dah tido. so tinggalkan kejap dgn opah dan atuk dia. Lagi pun dia siang2 dah bagitau mama dia nih, dia tak mo tengok citer congkak...dia takut.

Wednesday, April 23, 2008

Thanks to Hubby



I'm so happy. Hubby bought me a new gadget. Best giler. Dah umo gini baru dapat pegang DSLR camera. Maunya tak sengih. Sampai hubby cakap "malam ni ada yang tido dgn camera" huhuhu. Masih banyakkkkk yang nak dipelajari. Nak kena masuk kelas ni, walaupun next semester ada masuk silibus pasal photography nih. Sementara tu, tahan je la telinga dengar komen hubby pasal gambar yang aku amik. Saya budak baru belajar, tuan guru...masterji..namaste..heheheheh

So, lepas ni..aku focus pada photography, dan hubby..surely dgn video editor dia. Manalah tau lepas ni boleh carik makan dgn bidang ni pulak..lalalalala. Buat masa ni, model tetap aku, dah tentu la hadif..nanti nak letak gambar hadif yang aku amik semalam. Tak sempat nak upload lagi. Hubby cakaplah gini "ha..sumer dah dapat apa yang diidamkan..mama dah dapat camera SLR, babah dah dapat LCD TV..." Pas tu aku cakap la "Hadif?" si hadif boleh jawab gini "Dah dapat donut dah..." kihkihkih.. ye la..before tu dia dah pau aku donut sebijik...suka benor dia makan donut... Hadif dah dapat baju, seluar..siap tali pinggang lagi tu. Untuk Gathering kat Lake Garden nanti..(oh no! I can see now a big "dent" in my wallet!)


So, ada lebih kurang sebulan lagi nak mahirkan diri dgn my newbie ni, sebelum gathering fotopages this coming May. Boleh la Hadif melaram dgn baju baru beli semalam. Beriya wey mak dia nih..kekekeke.

To viruspadu: Saya nampak anda hari Ahad yang lalu, masa balik amik Parents In-Law balik dari umrah. Siap amik gambar kete awak tu pakai tipon tau...nanti saya upload sebagai bukti..hiks.

soksek: Bersyukur...dan bersyukur... kita akan lebih bahagia jika tidak meminta2...

Thursday, April 17, 2008

What a day!

Am waiting my che abang balik today.. jeng..jeng..jeng..

Today is my boss birthday. Happy birthday to you boss...
Tadi ada buat small celebration, actually bukan la celebration pun, just potong kek, makan meehon dan kuih muih..more to department breakfast talk ler..huhuhu.. nampak muka boss happy.... boss ni baru je masuk department aku, bulan 8 tahun lepas, sebelum ni? Lady boss. Sabar aje la aku, okeh. Kira 3 tahun makan hati. So sekarang, nampak la cam bermaya sikit department ni. Boss aku ni dah bujang balik 10 tahun yang lalu. Ada 3 kids. Salute aku. Tak kawin2 pun.. so semoga Boss panjang umur, murah rezeki, cepat bertemu jodoh...dan happy dgn department kitorang ni.. walaupun baru, tapi memang happy dapat bekerja dgn boss yang baru ni..more understanding..more infomation..memang more la segala2nya..cuma bukan more jutaria jek..hiks

Hadif punya cerita pulak,
Tadi teacher dia call. Suh jangan bekalkan botol susu kat mamat tu. Huhuhu..anak ku itu dah la tak makan apa..susu tu merupakan makanan ruji dia..so how eh? May be ada betulnya cakap teacher, kawan2 dia yang lain pun request botol bila tengok hadif bawak botol.. so esok kenalah tukar method..bawak susu dalam bekal air...kalau kira dekat pat lima bijik botol air kami dok belikan dia, tapi satu pun dia tak minat nak guna..

Teringat cerita sahabat aku, Ayu pagi tadi. Dia jumpa abang angkat dia dulu masa melawat jiran Ayu meninggal dunia. Nama dia Abg Lie. Masa aku kat UiTM Arau dulu, Abg Lie ni memang syok kat Ayu. Tapinya ayu anggap dia cam abang je. Ayu citer, dia kena serang dgn wife abg lie tu sebab sms dia pada abang lie. Bukan sms apa pun, sms tanya khabar Ayu. Ayu ni sakit. Ada satu ketika sampai lumpuh tak boleh berjalan. Alhamdulillah, sekarang dalam proses nak sembuh. So, bila Abg Lie jumpa Ayu kat umah jiran Ayu tu, (time tu of course ler Ayu mai dgn Hubby dia) Abg Lie tu start hantar sms. Siap dok citer anak dia sakit Talasemia la...so as kawan lama, kita simpati la kan. Tapi kita tau la batasannya. Tak de la feeling kaa..apa ka.. tapi wife abang lie ni sudah fikir lain..apa lagi, siap dgn maki hamun la dia hadiahkan kat kawan aku si Ayu ni..dan yang bosannya, si abg lie ni langsung tak reti nak control situation. Tak kan la tak leh terangkan perkara yang betul. Takut bini mey?
Kalau aku, aku nak je cakap dgn bini abg lie tu, "kalau aku nak kat laki hang, tak de la hang kawin dgn dia!" Aku pun pernah deal dgn situasi cam gini. Ex-girlfriend hubby aku dok cari2 dia. Banyak jenis tau. Ada sorang tu, suka nak psycho aku. Mula2, aku berlembut lagi, aku layan je, sampai bising hubby aku. Last sekali, aku tak tahan, aku smash terus. Ha, amik..terus berhenti dari mengganggu idup aku. Tak denye aku nak serang2 ke..perang sms ke. Buang masa. Kasi satu das, ha terus tutup mulut.

Tu kes kalau Ex-girfriend hubby kita. Ni ada satu hamba Allah, dok jelous sangat kalau dengar nama aku. Walhal aku tak la pernah couple pun dgn husband dia. Time kat UiTM Perlis dulu, husband dia suka kat aku. Tapi aku anggap cam kawan je. So bila aku dah kat UiTM Perak, dgr dia dah kawan dgn mamat yang minat kat aku ni. Elok la tu kan? Who cares? kalau aku nak, dah tentu la dari dulu aku dah kawan dgn husband dia tu kan. Dah la pompuan tu dulu time dalam kelas selalu dok sebelah aku. Selalu tiru jawapan aku dalam english class. Tetiba dok buat sombong dgn aku bila terserempak. Jadi confuse aku. Aku ingat lagi ayat mamat tu time aku dtg UiTM Arau, bila aku komplen minah tu kerek dgn aku, " Dia tak sekuat intan. Minta maaflah ye, tak boleh join kawan2 makan...dia jelous sgt dgn intan" Aku rasa nak gelak besar pun ada. Lantak la, kalau takat diorang dua orang tak join makan2 dgn geng DBS tu, aku tak sedih pun. Cumanya fikirlah sikit, kalau aku ni nak kat pak we dia, tak kan la mamat tu couple dgn dia. Buat apa la sampai nak buang2 kawan dek kerana isu yang remeh tu kan. Sekarang ni, masing2 dah kawin. Masing2 dah ada anak. Tapi wife dia tetap tak leh dgr nama aku. Itu pun adik mamat tu yang citer. Kelakarkan. Kalau aku dgn hubby pulak, jadi mainan gurauan kami jek kalau menyebut nama2 insan dolu2 tu..Pada aku, cerita2 zaman muda dolu2 tak yah la kenang. Masing2 dah bahagia dgn keluarga masing2.

soksek: Buka hati, fikir luas2...jangan ikut perasaan.

Tuesday, April 15, 2008

Khabar dari kawan

Pagi ni tiba2 rasa nak hantar email pada Alia, kawan yang aku kena masa sama2 jenguk anak kat ICU 4 tahun yang lalu. Last jumpa Alia masa melawat Haiqal, anak Alia di ICU kat Peadatrik HKL. Lepas tu hanya bertanya kbar melalui email atau pun sms. Semenjak dua menjak mak busy terlampau ni, jarang la aku bertanya khabar. So pagi tadi dah mula nak menaip sebaris dua email, boss panggil. Terbantut pulak ilham nak menghantar email.

After lunch, tengok dalam inbox ada email dari Alia. Seronok sungguh, tambah seronok bila Alia attached gambar anak-anak dia. Berita dari Alia tentang Haiqal, anak dia yang kecik buat aku sedih. Kesian si kecik itu terpaksa bertarung dgn pelbagai penyakit, dan salah satu punca sakit tu dari dalam kandungan, banyak terhidu asap rokok dari abahnya. I cannot tolerate with this statement. Langsung tak boleh. Tapi susah dan payahnya nak cakapkan. Alia pun aku kira stress dgn statement yang doktor bagi. Tapi itulah hakikatnya, doktor sendiri yang cakap. Rasanya lepas ni husband Alia mesti beringat kot kalau nak hisap rokok. Ataupun, bila nak hisap rokok je pandang la muka anak-anak. Tak gitu Alia?

Haiqal & Nabil (bukan bangbil si raja lawak tau..)

Rasanya walau berjuta2 ringgit pun kerajaan Malaysia berbelanja untuk kempen Berhenti Merokok, kalau kesedaran dalam hati tak de, tak akan berjaya. Baiklah duit kempen tu didermakan kepada yang lebih memerlukan. Perokok2 tegar ni hanya akan sedar sama ada bila diri dia sendiri dah sakit (bila doktor kata "you boleh padam bila2 masa jee...") atau pun anak2 atau orang yang diorang sayang tu jatuh sakit dek sebabkan asap rokok ke... selain dari itu... ? JANGAN HARAPLAH! Rasanya kalau kita marah dan kita cakap kita sayangkan dia pun..dia tak kan layan..so biar ajelah, sampai hari tuhan nak tunjukkan..time tu...haaa bak kata Nabil si raja lawak la.."lu pikir la sendirik"

Aku sendiri banyak kali sakit hati, banyak kali kecik hati dgn isu ROKOK ni. Ada masa rasa cam nak je cakap gini "suka hati **** la...kalau sakit..**** yang sakit..bukan akakkkk..kalau dah terbaring nanti..baru la sendiri rasa..!!" heheheh boleh ke agaknya aku luahkan ek? tak reti2 ke nak paham, orang bising, orang marah sebab orang sayang..kalau diam je..biar je..ha tu maknenya..lantak la..

soksek: Janji ada banyak janji..janji dgn manusia, ada masa mungkir gak janji, janji dgn tuhan boleh ke buat main...?

Sunday, April 13, 2008

Perempuan itu...

Hari tiba2 teringat satu cerita tentang keluarga abah aku. Abah aku anak no. 3 dari 11 adik beradik. Dulu, sebelum kami pindah, kami duduk dekat dengan rumah arwah opah dan atuk aku. Selang beberapa buah rumah aje. Dari orang tua tu sihat, sampailah orang tua tu sakit dan habis nyawa. Kalau nak dikenangkan memang aku tak sanggup, sebabnya sangat menyentuh jiwa aku. Sangat2. Tapi, rasanya tak salah berkongsi cerita, mana yang baik boleh la dijadikan tauladan..dan yang buruk, jadikanlah sempadan okeh.

Sebagai abang yang duduk dekat2 dgn rumah mak ayahnya, abah aku la tempat adik2 melepaskan tanggungjawab. Asal ada perkara nak guna duit je diorang refer kat abah aku. Nak bawak mak abah diorang gi klinik pun cari abah aku, dan alhamdulillah, abah aku ni memang seorang anak yang bertanggungjawab. Tetapi, ada masanya, sampai abah aku sanggup ketepikan keperluan kami anak beranak sebab nak dahulukan keperluan mak ayah dan adik beradik dia.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu rupanya abah aku terdengar adik dia yang no. 8 tu tengah mengutuk adik aku Dila yang masa tu baru je dapat result UPSR. Memang la makcik aku ni depan kitorang mulut dia bukan main manis lagi..tapi rupanya belakang2 dia kutuk2 family aku. Siap kata abah aku tu orang kaya la..itu la..ini la.. jenis yang tak pernah puas hati dgn apa yang dia ada. So sejak dari hari abah aku terdengar adik dia tu ( lepas ni aku gelar dia si mulut jahat okeh..!) kutuk dia..dia pun berubah. Dia rasa kecil hati, sebabnyak, si mulut jahat ni, zaman muda2nya dulu bapak la jahat..siap lari ikut jantan lagi..tapinya, abah aku tu la yang pergi cari la..sampai nyaris tak kena tikam dgn ex-husband dia (dah kena cerai masa dalam pantang..amik laki orang kan...) jadi kecewalah abah aku bila adik dia sendiri rupanya bermuka2 bila dgn dia. Berdengki dgn kehidupan abang dia sendiri.
Mulanya aku tak amik pot pun urusan keluarga abah aku, aku still layan lagi mak cik aku tu (boleh ke aku panggil mak cik?), tapi bila diorang mulut buruk2kan mak aku, bukan aje dgn adik beradik diorang, tapi dgn adik beradik arwah opah aku sekali. Peliknya, makcik2 dan pakcik2 abah aku ni boleh bercaya je dgn apa yang si mulut jahat ni citer. Tak pernah nak siasat ke, nak bertanya ke..tambahan pulak abah aku ni bukan jenis nak buruk2kan orang. Jadi, buruk abah aku je la yang diorang nampak.
Arwah opah aku dulu kena kanser tulang. Dia lumpuh, tak boleh berjalan. Mak aku la yang masak hari2..hantar makan kat mak mertua dia...nak harapkan si mulut jahat tu? kalau masakkan untuk mak ayah dia pun, atuk aku yang kasi duit. Kononnya dia susah la..miskin la.. Aku agaklah, patutlah dia idup susah, sebabnya dimulut dia tu tak henti2 bercerita kat orang kononnya dia susah la...bak kata adik aku..pompuan tu pandai meraih simpati.
Itu baru kisah yang no. 8, ada lagi sorang tu pulak, yang bongsu... nauzubillahiminzalik...dia dah kawin, kisah ni masa dia belum kawin, depan mata aku sendiri masa arwah opah aku tanya dia mana dia nak pergi...time tu makcik aku ni nak kuar gi jumpa pak we dia..dia boleh tengking opah aku tu, kesian aku tengok muka orang tua tu.. memanglah anak derhaka, dah la mak dia sakit, dia sibuk nak gi jumpa pakwe.. bila arwah opah aku tu meninggal, aku tengok muka dia tak sedih pun. Time atuk aku sakit, abah aku amik dok sekali dgn kami. Mak aku la melayan makan minum orang tua tu. Well, menantu is always menantu orang katakan..macam mana mak aku layan baik pun, bila pergi umah anak2 dia yang lain, atuk aku mesti ada2kan cerita. Apa lagi, yang anak2 dia pula, dah la tak menjaga kebajikan ayah, orang dah jaga ayah dia pun dia tak reti bersyukur. Time tu kesian aku tengok abah aku bersedih atas perangai adik2 dia.. dalam hati aku memanglah berkata2..diorang tu semua tak akan selamat..tak akan berkat idup diorang, sebabnya...mengabaikan orang tua.
Dek busuk hati dan dengkinya diorang tu kat keluarga abah aku ni, sampai aku kawin pun diorang tak datang. Apa ada hal,..tak datang pun kenduri aku tetap berlangsung. Dan, yang paling aku tak boleh lupa, bila makcik aku yang bongsu ni, serang mak aku..maki2 mak aku, kononya mak aku ni la menantu tak berguna, sebabnya mak aku tak kasi diorang jejak kaki kat umah abah aku..siap kata ini umah abang aku. Abang? nak tergelak pun ada..abang apa kalau dok mengata2 abang, memburuk2kan abang. Dah la tu, siap cakar muka mak aku lagi. Ha, time tu aku memang tak boleh sabar, tak de sape pun boleh sakitkan hati mak aku. Aku pun jerit la kat makcik aku tu..aku sebutlah pasal perangai dia yang mcm anak derhaka. Dengan mak sendiri pun dia tengking2. Masa arwah atuk aku ada, pernah sekali kami sekeluarga nak balik kg, jadi hantar la atuk pergi umah dia, boleh tak malam tu dia tipon suh amik atuk aku. Abah aku pun amik la atuk tu balik umah kami. Time tu atuk mengadu..anak bongsu dia ni cuma kasi dia makan mee goreng je dari pagi sampai petang. Ha, tu elok ke perangai tu? mengata orang bukan main lagi..terus dia terkedu. Itulah, salah orang je yang dia nampak, bila salah dia? yang peliknya, suami dia siap boleh galakkan bini dia menyerang mak aku. Apalah punya suami. Walhal time tu, masa aku jeritkan bini dia tu, hubby aku siap tarik aku lagi, suh amik air sembahyang..suruh istigfar..suruh bersabar, dia suka pulak bini dia menjerit2 cam orang kena rasuk.
Sejak dari insiden serang menyerang tu, abah aku kata dia dah padamkan nama adik2 dia yang busuk hati tu dari kamus idup dia. Alhamdulillah, walaupun tak berbaik2 dgn beberapa orang adik2 abah aku ni, keluarga kami hidup bahagia juga, ye la..diorang dok sebut2 orang kaya lah, itulah.. bukankan kata2 itu merupakan satu doa. Yang diorang selalu kata diorang tu susah la, tak de duit la...ha, mungkin Allah kabulkan doa diorang nak idup susah. Pada aku, diorang tu memang orang2 yang tak reti bersyukur. Tak redha dgn takdir Allah. Dan, yang pasti, aku tak mungkin dapat maafkan perbuatan diorang. Diorang lupa kot, Allah tu maha berkuasa.
Dan, baru2 ni, ada pulak cerita yang si mulut jahat tu dok bercerita kat orang lain, kononnya abah aku ni banyak duit, belikan adik2 aku kereta sorang satu. Tengoklah tu, masih nak berdengki. Kalau abah aku nak belikan anak2 dia kereta pun, ikut sukalah kan..bukan minta duit dia pun. Hairan sungguh aku. Pada aku, nama2 diorang tu dah lama aku delete dari kotak ingatan aku. Tak memberi apa apa kesan pun pada diri aku, mahu pun keluarga aku kalau tak tahu tentang perihal diorang. Pendek kata, tak mau amik tau!!
Yang pasti, aku bersyukur dgn kurniaan Allah, beri aku seorang suami yang boleh membimbing aku, yang mampu memberi kehidupan yang baik buat aku dan hadif, dan paling penting, penasihat peribadi aku supaya aku tidak alpa..tidak leka. Semoga Allah memberi aku peluang untuk berbakti pada kedua orang tua aku, dan jugak parents in law aku. Aku berdoa semoga aku tak ikut jejak2 buruk yang ditunjukkan oleh 2 orang perempuan itu. Fuh...amit2 ko..
Dan, aku tau, diorang tu, semakin melihat kebahagiaan keluarga aku, semakin sakit hati diorang. Dan semakin sakit hati diorang, semakin busuklah hati diorang. But, who cares? biarkan diorang terus idup dalam suasana yang tak sihat, pray for Allah diorang akan sedar walaupun itu mustahil..semoga Allah jauhkan perasaan hasad dengki dari hidup aku, biarlah adik beradik aku, mahupun ipar duai aku hidup senang, hidup bahagia, tanpa ada penyakit hasad dengki. Aku memang pelik orang yang idup berdengki2 ni. Patutnya kita tumpang seronok bila orang berjaya, bila orang bahagia.
sekian, luahan hati aku..
soksek: Janganlah jadi serampang dua mata, esok2, padahnya kita jugak yang menerima. Allah tu maha mengetahui..lagi pun dunia ni kan ke pinjam pinjaman...akhirat esok tempatnya kita weh..

Saturday, April 12, 2008

Tiada lagi logika..

Hari ni hari mengemas sedunia... menyusun baju mamanya...babahnya...dan dah tentu hadifnya...hehehhehe sambil tu bisingkan bujang tu suruh mandi..dari pagi tadi okeh.. sibuk betul dia dgn rancangan kartun kegemarannya. Last sekali dia bersuara "ma..nak susu ma.." ha..apa lagi, mak guna kuasa veto mak la..ahaks.. suruh la dia gi mandi..ni tengah dengar dia melalak nyanyi sambil menyanyi..."cinta ini..kadang kala tak ada logika....bla..bla..bla.." aiyoo budak empat tahun nyanyi lagu tu? aku rakam dalam handphone, nak kasi babah dia dengar.. kelakar yang anak awak..bikin mama gelak besar kat depan pc ni.. lepas nyanyi tu siap dgr dia cakap tima kasih..tima kasih..huhuhu....
Lama tak up date blog. Sebenarnya 1001 cerita bermain difikiran. Banyak sangat cabang. Tapi malas nak ingat. Hari ni rasa cam dah ok sikit.. tu yang rasa nak menaip sebaris dua ayat dalam blog ni..
Oklah, bujang ku itu sudah siap mandi...nak settlekan dia dulu ok..jumpa lagi..
soksek: susahnya jadi anak sulung nih!!

Tuesday, April 8, 2008

Hanya Cerita Biasa

First,

Happy Anniversary yang ke 30 thn to my parents..

Second,

Boring pasal kat muka masih ada bintik2 berair yang tumbuh..huhuhu..adakah aku akan cuti kembali esok? Will see...petang ni nak pi jumpa doktor dulu.

Third,

Badan letih..lesu...boring...rasa nak tido..then how?

soksek: tak baikkan mengeluh!

Happy Birthday My Beloved Hubby

to my beloved hubby, Shamsul Kamal Ibrahim.

"Sayang.., thank you"

Thank you for the laughter,
For the good times that we share,
Thanks for always listening, For trying to be fair.

Thank you for your comfort,
When things are going bad,
Thank you for the shoulder,
To cry on when I'm sad.


This poem is a reminder that All my life through,
I'll be thanking God For a Special Husband like you.

May Allah Bless you always...

Sometimes I ask myself

What did I do to deserve someone like you

Coz' with your kind hearted, you never leave people all blue.

You have given me so much from the beginning until now;

To me, it seems like committing to a vow.

Though you've given me things that I don't think I earned;

You never ask me for anything in return.

So today is your birthday, I'm giving you this gift where in your heart forever it will stay.

I appreciate you for the kind of person that you are;

If you look in the sky, to you belong the shinest star.

My Birthday Wish is for you to stay the same and never change;

Coz' with you nothing seems too strange.

On your birthday, I wish that you're really bless;

Bless for being the very best.

Now, this is from me to you ,

Hoping that you have a very Happy Birthday

Lots of love,
MaMa & Hadif Khawarizmi


soksek: letih giler! hari ni baru masuk opis setelah seminggu coootiii...tengok inbox ada dekat 2000 email nak kena clear..hadoi...

Friday, April 4, 2008

Sehari bersama Che Hadif










panjangnye gambo ek? letih la nak taip entry hari ni, so tepek gambar dulu yek.esok baru up date citernye. Sehari melayan hadif, malamnya mama flat!

UPDATE

Semalam lepas amik hadif dari Genius Aulad aku ada janji temu dgn kak ziela (mak andam masa wedding angah) nak pulangkan baju2 dan eksesori pengantin..so kami dok la kat McD seksyen 26..lepas tu ajak hadif balik umah, dia tak mo..nak tengok wayang dia kata..so aku bawak la dia ke Bukit Tinggi yang cuma 15 minit dari rumah kami tu..sampai kat GSC tu dia sibuk nak pilih citer apa yang dia nak tengok..last sekali dia pilih spiderwick. Tak ramai orang pun..tapi tak tahannya bila time yang thrill tu..dia punya jerit...aduh..rasa nak tekup mulut! hehehehe

Habis tengok wayang jalan2 la kejap...jumpa tempat perangkap seperti di bawah..



lepas tu dia tak mo balik la pulak..dia bantai mengamuk2 nak sambung main.. pas tu pujuk la suh dia pilih toy mana yang dia nak..ha tu dia..dia pilih ultraman punyalah kecik..rega dia RM29.90..alalalalala sabar je la anak mama ni...dek sebab mama dia dah tak larat nak jalan lagi..belikan aje la..bila dah dapat ultraman tu, laju je la ajak balik..tak sabar nak bukak kotak dan nak main..
dan, gambar kat bawah ni gambar masa posing2 kat umah dgn ultraman baru yang tak lekang di tangan yek, tapi rasanya untuk satu hari sahaja..pasai hadif ni..jenih yang satu hari satu toy.. sok2 kami plan nak buat jualan murah2 jual toys dia kot... (statement geram la konon...)


pic. ni khas untuk tatapan babah kat laut tu...hadif nak tunjuk ultraman yang dia pau mama tadi okeh...
soksek: Happynya dapat melayan buah hati pengarang jantung ni...nampak dia pun happppppy sangat!

Wednesday, April 2, 2008

Virus oh Virus

Sebenarnya last weekend kenduri kawin my brother, angah. Biasalah, bila sebut kenduri kawin, sibuknya bukan main la..tambahan pulak kenduri tu buat kat rumah kami..kira cam kami pulak nak menyambut menantu. Hari Ahad tu, tetiba je aku demam. Hubby bawak la pi klinik, tengok2 panasnya sampai 39'..dan yang tak bestnya..ada bintik2 mula muncul kat muka dan badan..hihihi..aku kena chicken pox. Dah umo 29 tahun ni baru nak kena? adoi la... orang kat opis kata aku kena chicken chop..kihkihkih

So, lepas kenduri angah ni, aku sambung cuti ler seminggu. Mula nya cam nak pi opis jugak pasai sekarang ni memang "very the busy time" ... tapi mengenangkan kat dept aku tu ada dua orang mak buyong..tak sampai hati la nak sebarkan virus..

hari ni pi klinik lagi, doc. kata dah ok sikit..tunggu semua bintik2 keluar habis..insyaallah by Monday dah boleh kerja.

Hadif pi skul macam biasa. Hari ni dia pakai beg sekolah baru yang aku beli semalam. Yang kelakarnya, bila hantar dia pi genius aulad pagi ni..aku dengar dia bagitau teacher ni "tengok ni, hadif pakai beg baru, cantik tak?" kihkihkih.. riak sungguhlah mamat tu. Malam ni hubby pulak nak balik offshore, maybe petang ni nak belik kek kat secret recipes and donut at big apple la..hari tu dgr hubby sebut2 dia teringin nak makan donut...

oklah, jumpa lagi nanti...

soksek: sakit ini anugerah allah..itu tandanya allah sayang kan kita...betul tak?













Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!