Hari tiba2 teringat satu cerita tentang keluarga abah aku. Abah aku anak no. 3 dari 11 adik beradik. Dulu, sebelum kami pindah, kami duduk dekat dengan rumah arwah opah dan atuk aku. Selang beberapa buah rumah aje. Dari orang tua tu sihat, sampailah orang tua tu sakit dan habis nyawa. Kalau nak dikenangkan memang aku tak sanggup, sebabnya sangat menyentuh jiwa aku. Sangat2. Tapi, rasanya tak salah berkongsi cerita, mana yang baik boleh la dijadikan tauladan..dan yang buruk, jadikanlah sempadan okeh.
Sebagai abang yang duduk dekat2 dgn rumah mak ayahnya, abah aku la tempat adik2 melepaskan tanggungjawab. Asal ada perkara nak guna duit je diorang refer kat abah aku. Nak bawak mak abah diorang gi klinik pun cari abah aku, dan alhamdulillah, abah aku ni memang seorang anak yang bertanggungjawab. Tetapi, ada masanya, sampai abah aku sanggup ketepikan keperluan kami anak beranak sebab nak dahulukan keperluan mak ayah dan adik beradik dia.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu rupanya abah aku terdengar adik dia yang no. 8 tu tengah mengutuk adik aku Dila yang masa tu baru je dapat result UPSR. Memang la makcik aku ni depan kitorang mulut dia bukan main manis lagi..tapi rupanya belakang2 dia kutuk2 family aku. Siap kata abah aku tu orang kaya la..itu la..ini la.. jenis yang tak pernah puas hati dgn apa yang dia ada. So sejak dari hari abah aku terdengar adik dia tu ( lepas ni aku gelar dia si mulut jahat okeh..!) kutuk dia..dia pun berubah. Dia rasa kecil hati, sebabnyak, si mulut jahat ni, zaman muda2nya dulu bapak la jahat..siap lari ikut jantan lagi..tapinya, abah aku tu la yang pergi cari la..sampai nyaris tak kena tikam dgn ex-husband dia (dah kena cerai masa dalam pantang..amik laki orang kan...) jadi kecewalah abah aku bila adik dia sendiri rupanya bermuka2 bila dgn dia. Berdengki dgn kehidupan abang dia sendiri.
Mulanya aku tak amik pot pun urusan keluarga abah aku, aku still layan lagi mak cik aku tu (boleh ke aku panggil mak cik?), tapi bila diorang mulut buruk2kan mak aku, bukan aje dgn adik beradik diorang, tapi dgn adik beradik arwah opah aku sekali. Peliknya, makcik2 dan pakcik2 abah aku ni boleh bercaya je dgn apa yang si mulut jahat ni citer. Tak pernah nak siasat ke, nak bertanya ke..tambahan pulak abah aku ni bukan jenis nak buruk2kan orang. Jadi, buruk abah aku je la yang diorang nampak.
Arwah opah aku dulu kena kanser tulang. Dia lumpuh, tak boleh berjalan. Mak aku la yang masak hari2..hantar makan kat mak mertua dia...nak harapkan si mulut jahat tu? kalau masakkan untuk mak ayah dia pun, atuk aku yang kasi duit. Kononnya dia susah la..miskin la.. Aku agaklah, patutlah dia idup susah, sebabnya dimulut dia tu tak henti2 bercerita kat orang kononnya dia susah la...bak kata adik aku..pompuan tu pandai meraih simpati.
Itu baru kisah yang no. 8, ada lagi sorang tu pulak, yang bongsu... nauzubillahiminzalik...dia dah kawin, kisah ni masa dia belum kawin, depan mata aku sendiri masa arwah opah aku tanya dia mana dia nak pergi...time tu makcik aku ni nak kuar gi jumpa pak we dia..dia boleh tengking opah aku tu, kesian aku tengok muka orang tua tu.. memanglah anak derhaka, dah la mak dia sakit, dia sibuk nak gi jumpa pakwe.. bila arwah opah aku tu meninggal, aku tengok muka dia tak sedih pun. Time atuk aku sakit, abah aku amik dok sekali dgn kami. Mak aku la melayan makan minum orang tua tu. Well, menantu is always menantu orang katakan..macam mana mak aku layan baik pun, bila pergi umah anak2 dia yang lain, atuk aku mesti ada2kan cerita. Apa lagi, yang anak2 dia pula, dah la tak menjaga kebajikan ayah, orang dah jaga ayah dia pun dia tak reti bersyukur. Time tu kesian aku tengok abah aku bersedih atas perangai adik2 dia.. dalam hati aku memanglah berkata2..diorang tu semua tak akan selamat..tak akan berkat idup diorang, sebabnya...mengabaikan orang tua.
Dek busuk hati dan dengkinya diorang tu kat keluarga abah aku ni, sampai aku kawin pun diorang tak datang. Apa ada hal,..tak datang pun kenduri aku tetap berlangsung. Dan, yang paling aku tak boleh lupa, bila makcik aku yang bongsu ni, serang mak aku..maki2 mak aku, kononya mak aku ni la menantu tak berguna, sebabnya mak aku tak kasi diorang jejak kaki kat umah abah aku..siap kata ini umah abang aku. Abang? nak tergelak pun ada..abang apa kalau dok mengata2 abang, memburuk2kan abang. Dah la tu, siap cakar muka mak aku lagi. Ha, time tu aku memang tak boleh sabar, tak de sape pun boleh sakitkan hati mak aku. Aku pun jerit la kat makcik aku tu..aku sebutlah pasal perangai dia yang mcm anak derhaka. Dengan mak sendiri pun dia tengking2. Masa arwah atuk aku ada, pernah sekali kami sekeluarga nak balik kg, jadi hantar la atuk pergi umah dia, boleh tak malam tu dia tipon suh amik atuk aku. Abah aku pun amik la atuk tu balik umah kami. Time tu atuk mengadu..anak bongsu dia ni cuma kasi dia makan mee goreng je dari pagi sampai petang. Ha, tu elok ke perangai tu? mengata orang bukan main lagi..terus dia terkedu. Itulah, salah orang je yang dia nampak, bila salah dia? yang peliknya, suami dia siap boleh galakkan bini dia menyerang mak aku. Apalah punya suami. Walhal time tu, masa aku jeritkan bini dia tu, hubby aku siap tarik aku lagi, suh amik air sembahyang..suruh istigfar..suruh bersabar, dia suka pulak bini dia menjerit2 cam orang kena rasuk.
Sejak dari insiden serang menyerang tu, abah aku kata dia dah padamkan nama adik2 dia yang busuk hati tu dari kamus idup dia. Alhamdulillah, walaupun tak berbaik2 dgn beberapa orang adik2 abah aku ni, keluarga kami hidup bahagia juga, ye la..diorang dok sebut2 orang kaya lah, itulah.. bukankan kata2 itu merupakan satu doa. Yang diorang selalu kata diorang tu susah la, tak de duit la...ha, mungkin Allah kabulkan doa diorang nak idup susah. Pada aku, diorang tu memang orang2 yang tak reti bersyukur. Tak redha dgn takdir Allah. Dan, yang pasti, aku tak mungkin dapat maafkan perbuatan diorang. Diorang lupa kot, Allah tu maha berkuasa.
Dan, baru2 ni, ada pulak cerita yang si mulut jahat tu dok bercerita kat orang lain, kononnya abah aku ni banyak duit, belikan adik2 aku kereta sorang satu. Tengoklah tu, masih nak berdengki. Kalau abah aku nak belikan anak2 dia kereta pun, ikut sukalah kan..bukan minta duit dia pun. Hairan sungguh aku. Pada aku, nama2 diorang tu dah lama aku delete dari kotak ingatan aku. Tak memberi apa apa kesan pun pada diri aku, mahu pun keluarga aku kalau tak tahu tentang perihal diorang. Pendek kata, tak mau amik tau!!
Yang pasti, aku bersyukur dgn kurniaan Allah, beri aku seorang suami yang boleh membimbing aku, yang mampu memberi kehidupan yang baik buat aku dan hadif, dan paling penting, penasihat peribadi aku supaya aku tidak alpa..tidak leka. Semoga Allah memberi aku peluang untuk berbakti pada kedua orang tua aku, dan jugak parents in law aku. Aku berdoa semoga aku tak ikut jejak2 buruk yang ditunjukkan oleh 2 orang perempuan itu. Fuh...amit2 ko..
Dan, aku tau, diorang tu, semakin melihat kebahagiaan keluarga aku, semakin sakit hati diorang. Dan semakin sakit hati diorang, semakin busuklah hati diorang. But, who cares? biarkan diorang terus idup dalam suasana yang tak sihat, pray for Allah diorang akan sedar walaupun itu mustahil..semoga Allah jauhkan perasaan hasad dengki dari hidup aku, biarlah adik beradik aku, mahupun ipar duai aku hidup senang, hidup bahagia, tanpa ada penyakit hasad dengki. Aku memang pelik orang yang idup berdengki2 ni. Patutnya kita tumpang seronok bila orang berjaya, bila orang bahagia.
sekian, luahan hati aku..
soksek: Janganlah jadi serampang dua mata, esok2, padahnya kita jugak yang menerima. Allah tu maha mengetahui..lagi pun dunia ni kan ke pinjam pinjaman...akhirat esok tempatnya kita weh..
No comments:
Post a Comment