Tuesday, April 15, 2008

Khabar dari kawan

Pagi ni tiba2 rasa nak hantar email pada Alia, kawan yang aku kena masa sama2 jenguk anak kat ICU 4 tahun yang lalu. Last jumpa Alia masa melawat Haiqal, anak Alia di ICU kat Peadatrik HKL. Lepas tu hanya bertanya kbar melalui email atau pun sms. Semenjak dua menjak mak busy terlampau ni, jarang la aku bertanya khabar. So pagi tadi dah mula nak menaip sebaris dua email, boss panggil. Terbantut pulak ilham nak menghantar email.

After lunch, tengok dalam inbox ada email dari Alia. Seronok sungguh, tambah seronok bila Alia attached gambar anak-anak dia. Berita dari Alia tentang Haiqal, anak dia yang kecik buat aku sedih. Kesian si kecik itu terpaksa bertarung dgn pelbagai penyakit, dan salah satu punca sakit tu dari dalam kandungan, banyak terhidu asap rokok dari abahnya. I cannot tolerate with this statement. Langsung tak boleh. Tapi susah dan payahnya nak cakapkan. Alia pun aku kira stress dgn statement yang doktor bagi. Tapi itulah hakikatnya, doktor sendiri yang cakap. Rasanya lepas ni husband Alia mesti beringat kot kalau nak hisap rokok. Ataupun, bila nak hisap rokok je pandang la muka anak-anak. Tak gitu Alia?

Haiqal & Nabil (bukan bangbil si raja lawak tau..)

Rasanya walau berjuta2 ringgit pun kerajaan Malaysia berbelanja untuk kempen Berhenti Merokok, kalau kesedaran dalam hati tak de, tak akan berjaya. Baiklah duit kempen tu didermakan kepada yang lebih memerlukan. Perokok2 tegar ni hanya akan sedar sama ada bila diri dia sendiri dah sakit (bila doktor kata "you boleh padam bila2 masa jee...") atau pun anak2 atau orang yang diorang sayang tu jatuh sakit dek sebabkan asap rokok ke... selain dari itu... ? JANGAN HARAPLAH! Rasanya kalau kita marah dan kita cakap kita sayangkan dia pun..dia tak kan layan..so biar ajelah, sampai hari tuhan nak tunjukkan..time tu...haaa bak kata Nabil si raja lawak la.."lu pikir la sendirik"

Aku sendiri banyak kali sakit hati, banyak kali kecik hati dgn isu ROKOK ni. Ada masa rasa cam nak je cakap gini "suka hati **** la...kalau sakit..**** yang sakit..bukan akakkkk..kalau dah terbaring nanti..baru la sendiri rasa..!!" heheheh boleh ke agaknya aku luahkan ek? tak reti2 ke nak paham, orang bising, orang marah sebab orang sayang..kalau diam je..biar je..ha tu maknenya..lantak la..

soksek: Janji ada banyak janji..janji dgn manusia, ada masa mungkir gak janji, janji dgn tuhan boleh ke buat main...?

3 comments:

Puteri Satu said...

salam kenal....suka entry ni...ada point yang cukup bagus....kan...

act..my hubby pun merokok...tapi so far...tak pernah merokok depan anak n i...nak kena marah try la...huhuhu..so far dalam umah pun dia tak merokok..itu memang dah satu syarat dari lepas kawin lagi...

maybe my hubby bukan perokok tegar kot...maybe satu hari adala 3-4 batang kot...(ntah..tak kira..)

Intanaziela said...

puterisatu: eloklah kalau suami akak bkn perokok tegar..semoga lepas ni mana tau dia stop smoking pulak...insyaallah...

mc ta said...

mmm..teruk kan? Bapak yg syok2 isap rokok, anak yg sengsara.
Nasib baik masa kita tgh peknen nih, abah Danish more tolerate. Nak hisap rokok pi kat luar rumah.
Nak harap dia berhenti..mmm..tah bila tah.. :(

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!