Wednesday, April 29, 2009

I know what u did last summer?

Dah dua hari tak update blog. Mujur tak sampai bersawang. Bukan tak mo update, cerita banyak sangat nak dikongsi, tapinya masa tak mengizinkan. Hahahah macam la sibuk sangat. Sebenarnya, hujung minggu hari tu ada beberapa aktiviti kami 3 beranak buat.


Sabtu - Ke pejabat Imegresen Kompleks PKNS. Apa lagi, urusan pasport ler. Nak pi mana? tunggu....yang pasti mood nak bercuti nak berbunga2. Thanks to hubby menaja pasport aku dan hadif.


Ahad - Gotong royong penduduk Berjaya Park. Aku dgn hubby je yang usung anak utk bergotong royong. Yang sweetnya, hadif rajin sungguh menolong. siap pergi kat auntie2 dan uncle2 tu...dan tanya "auntie..boleh saya tolong?" sejuk perut ibu mengandung..harharhar... nak tergelak pun ada bila tengok kerajinan Hadif tu. Cumanya aku hairan...dari ratusan penduduk berjaya park tu...punyalah ciput yang keluar utk join gotong royong tu... dan yang pelik, kawasan Mulberry yang kami bersihkan tu sangatlah kotor. Tapi, penduduknya boleh dok dalam umah je tengok orang dari kawasan lain datang buat gotong royong kat kawasan kediaman diorang. Sampai ada seorang auntie tu kata gini "kurang ajar betul..." hahahahhaha


Lepas gotong royong kami pi collect pasport kat PKNS sebab semalam tak sempat siap. Sempatlah cari buku cerita 25 Rasul utk abang wazif hadif. Aku sembat beli buku tentang adik Nik Madihah dan Cara2 mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh dan cemerlang. Bila baca buku tentang Madihah tu, menjejeh2 air mata turun. Hubby dok gelakkan aku. Serius insaf bila baca cerita dia. Betapa betuahnya anak aku kalau nak dibandingkan dgn Madihah.


Malam Ahad tu Opah Hadif, Atuk, Mak lang dan onyang datang tido umah. Aku masak ayam masak lemak cili api, siakap stim dan cendawan goreng. Mak lang hadif jongket nak buat kek. Layan aje la walhal esok harinya aku ada paper law.






Isnin - Pagi aku pi exam kat DRMM. Kak yang yang hantar bertemankan mak sebab hubby balik Pahang, cousin dia meninggal. Susah giler soalan dia. Naik pening2 lalat la aku. Habis je exam, bergegas ke Hilton PJ. Aku kena attend course on Documentation in Human Resource Management. Punyalah boring pasal yang datang tu kebanyakkannya boss2..ada CEO, ada Manager... pening kepala aku lagi. Rasa cam nak balik je. Nasib baik makan kat situ best. hahahah. Malam dah letih ...tido aje la terus. satu hape aku tak buat. :P


Selasa - Hari ni hubby hantar pi Hilton. Malam pi dinner kat crown plaza mutiara Hotel, KL. pakai voucher birthday yang company bagi. oklah, aku tak makan sangat pasal siang tadi kat Hilton dah makan macam. Kalau pi course tu la masalahnya. Berat badan pun bertambah. tapi bukan selalu kan...hihihihi.


Dan, hari ni, bila balik opis, maka banyak lah keje nak kena siapkan. Dah la badan rasa letih lesu. Rasa cam nak amik cuti je. Tapi payah sikit pasal next week aku cuti exam. so, layan aje la keletihan ini... :)

oklah, nak pi lunch ni. Dah 2 hari makan tak hengat, hari ni nak makan yang ringan je. buah jambu ke... buah betik ke? kononlah...hahahhaha :P babai.

Friday, April 24, 2009

April - The Taxing Month

I felt a bit guilty the past few days when filling up my tax return form. I reminded myself not to leave anything out; education bills, books bills, donations to charity organazation...etcetera... like have a voice inside my head telling me to pay the taxman as little as possible by maximising the deductions, reliefs and rebates.

Dan, gaji mak tak la besar mana, tapi kalau dok potong2 tu terasalah jugak. Lebih2 lagi kalau amount yang dipotong tu boleh buat aku senyum lebar masa shopping kat metrojaya warehouse sale kat stadium malawati tuh. In this case, I take my hat off to my hubby, who used to fill the tax return forms on time. elo, kalau sampai RM800 kena potong gaji dalam sebulan tu, apakah maknanya? Bak kata hubby, kalau orang yang gaji berjuta2 tu..lagi la banyak kena. Ish, geram pulak rasanya. Memanglah aku ni pembayar cukai yang tak setia...harharhar.

Now, when the country seeking a relief from the global economic crisis, every taxable cents that we declare will be much help to national interest. And, this will make you to your two-cents shout as tax payer if you drive around KL and see a public project that you feel is not worth the money. Am I right?
Sakit ati ni bila tengok amount yang hubby kena bayar sampai dekat 10k tau. Hangin jek.
Well, bak kata hubby, bayar aje lah.. apa la yang kita boleh buat...walaupun yang kita kena bayar tu leh buat tambang pi London! well..it just my 2 cents!

Lamar Di lamar

Pagi ni dengar hot.fm, selalu aku dengar sinar, tapi pagi ni topik paginya menarik perhatian aku. Lamar Dilamar. Macam mana hubby korang lamar korang eh? macam dalam tv tu ke? yang cakap cam gini "will u marry me?" uaghhhh...kelas gitu.

Aku? hihihi. Tak de la cam gitu. tapi cukup buat aku terharu. Tak de la bermadah puitis. Dan jugak beromantika diamor. Yang sedang2 gitu.


Tempat: Tepi pantai, berhampiran dengan pengakalan TLDM, Lumut Perak.
Waktu: Jam Malaysia kira2 pukul 10 pagi kot (agaknya la..sudah 9 tahun ia berlalu beb)


Si Teruna: Mungkin saya cepat sangat, tapi saya tak mahu terlambat. Saya tak mau istilah"kita kawan je la dulu". Bagilah peluang utk saya buktikan yang "ur decision is not mistaken"

Si Gadis: Saya takutlah. Takut terluka lagi. Takut salah buat pilihan. (elo, sebelum ni, aku dah kenal dgn macam2 perangai kaedahnya. Ada yang anak emak, ada yang mak aku tak suka, ada yang tipu2 aku, ..so kononnya aku takutlah nak terima lamaran nih...)


Si Teruna: Tak pe, awak habiskan belajar,(aku time tu ada lagi satu semester nak habis) lepas tu baru kita fikirkan apa langkah seterusnya...sampai kucing bertanduk pun saya tunggu awak..


Si Gadis: (Tanpa dialog. Tersipu2... tapi orang kata diam tandanya mahu...hihihihi.)

Si Teruna: thanks for giving me a chance to prove that you're never wrong... insya Allah.

Pas tu si Teruna tu pun pulanglah ke kampung halamannya. Dan aku terus la call mak aku..tanya...mak setuju ke kalau dia tu jadi menantu mak. hiks. Dah kata pilihan mak kan..tentulah mak aku setujukan. Aku, sebelum hubby nak mai visit pun call mak dulu tanya, boleh ke tak. Mak aku ni memang ada instinct je bila tengok dgn siapa aku berkawan... gamaknya naluri mak2 kot. eh, esok2 calon menantu aku, aku ada ke instinct2 gitu ek?

Lepas je aku habis belajar teruslah family hubby aku ni datang merisik. Tak de majlis2 pun, family aje. Pas tu, dua tiga bulan lepas tu terus bertunang. Setahun bertunang terus kawin. Alkisah, aku dan hubby belajar mengenal hati budi dan bercinta lepas kawin. Best giler. Ye la, jumpa kejap2 mana nak tau hati budi masing2. Dah kawin, cinta la banyak2.

Memang bukan first love pun. Hubby aku pun dah berderet girlfriend sebelum aku. Tapi, macam aku pernah tulis, "kita bertemu dgn orang yang salah sebelum bertemu dgn orang yang betul". Bukan kah jodoh dah ditetapkan oleh Allah. Banyak gak rintangan dan dugaan yang kami hadapi. Ada satu ketika, kena serang dgn ex-girlfriend hubby. Sekso gilo bila dia call umah pas tu letak. Psycho gilo. Siap dgn macam2 dia buat. Call opis aku, marah2 aku. gila kentang. tapinya bila dah ada orang lain nak kat dia, terus dia senyap. aman dunia. hiks. Part aku pulak, mak sorang hamba Allah tu, masa aku dgn anak dia berkawan, bukan main dia control. itu tak boleh, ini tak boleh, bila aku dah tak kawan dgn anak dia, hari2 dia call, suh kawan balik la, nak masuk meminang lah, sampai time aku pi honeymoon pun dia call. Aje yang pening time tu. Mujur aku dan hubby boleh menghadapi situasi itu. Tapi tu semua kisah dulu lah. Sekarang ni masing2 dah ada life sendiri. Aku doakan diorang hidup bahagia. Aku dah lama maafkan dia. Dan, aku pun dah lama maafkan mereka2 yang pernah melukakan hati aku, ye la kalau tak kerana diorang melukakan hati aku, tak de la aku bertemu dgn hubby, kan. :P Only god knows why and I'm happy now. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku itu telah tertulis dalam takdir hidup kita kan...


ni gambor masa hari kejadian. Gambar si teruna tu tak de dalam bentuk softcopy. Sebab zaman tu tak pakai lagi digital camera.



ini gambar si teruna sehari sebelum hari kejadian. tengok tu, yang kat sebelah tu, kemain dia pun posing sama...hiks.

psst: dialog2 kat atas tu tak lah 100% betul, dah lama, ada yang aku lupa...hihihihi

Thursday, April 23, 2009

entry isi masa lapang kah?

Hajat di hati memang nak cuti berblog. Tapinya tangan ni gatal je nak menaip2 di pentas keyboard. ate, macam mane weh. Exam belum habis, ada dua lagi, paper Law dgn statistic. Nasib baik marketing hari tu dah lepas. Lega. Ni nak menunggu 2 papers yang amat la seksonya. huhuhu

Actually my boss tak de nih. Dia kat Manila, attend management program. Lama tu, 6 minggu. Tapi jangan cakap aku tak de keje pulak, acting boss ada wei. Tapi hari ni dia tak de, dia pi team building kat Awana, Genting. Yihaaa.

Ni minit2 terakhir sebelum waktu kerja berakhir. Aku adalah sangat excited nak balik cepat. Nak bawak hadif ke playground. Ini kes sesal sebab semalam aku marah dia (jangan percaya oke, aku siap pokkkk dia sekali..) ada ke dia keluar ke playground tanpa memberitahu aku mahupun opah dia. Manalah mama dia ni tak marah. Dah la hanya dia anak ku. Adakah aku terover protective? atau ini normal utk budak berumur 5 tahun. Lepas marah dia, rasa kesal pulak kat hati aku nih. Ini normalkan utk kita yang bergelar ibu. Marah tu tandanya sayang. Selalu bila dia buat perangai, aku tegur elok2. Tapinya lately ni dia cam take things for granted jek. Tu yang aku hangin semalam tu. Padan muka aku, lepas tu nangis sendiri. Ye la, selalu dia kalau nak apa2 mesti minta dgn aku, sebab dia tau, dgn mama mesti dia dapat. Dengan babah tu susah sikit, babah dia tak kasi muka kat dia. So, i am about to amik hati che abang kecit tu ler nih..

oklah...tata... :P

Monday, April 20, 2009

cuti

Buat sementara, aku akan bercuti menulis blog. Cuma seketika. Seketika yang lama mana, aku pun tak pasti. Yang pastina, aku akan berjuang utk final exam. Wish me luck ya...

Thursday, April 16, 2009

Sekitar Majlis Aqiqah Najmi Ilham

Layan antara gambar2 yang sempat di snap...gambar mama sah2lah tak ada... yang musykil, gambar hadif pun tak ada, punyalah dia berdendang sebab dapat bebas..huhuhu :P mama dia nak snap gambar dia barang sekeping pun tak dan...

Ni aje lah yang dapat di edit, ada lagi, tapi mato den dah ngatuk ni ha..dah dokek 12.30 dah.. ni pun dek sebab nak menyiapkan report for economy, kalau tak...belum tentu berusik gambar2 dari kamera. Hubby tengah tengok konsert AF, while Hadif dah selamat beradu di atas tilam angin yg babah beli (gara2 tak mau tido bilik sendiri, dapat tido atas tilam angin pun layan.... hiks)

p/s: gambar dah di edit, kalau tak tak boleh upload, sizenya godang bonar... (godang tu besar orang noghohi kato...)





Wednesday, April 15, 2009

Pssst...

psst...tolong sapu sikit sawang yang ada kat blog ni. Pergh..memang la jadual hidup aku jadi tak menentu lately ni. Mana nak siapkan project paper yang dah due, mana nak prepare for final, mana nak mengisahkan anak bujang yg dah pandai demand, dan dgn keje2 kat opis yg banyak, dgn boss nak pi oversea, aku nak kena buat arrangement for his flight ticket, airport transfer, money changes for him, adoi. Pening mak tau.

Last week my mom buat kenduri kesyukuran dan aqiqah cucu baru dia, Najmi Ilham. Kenduri kecik2 aje. Tapi still memenatkan. Mana dengan keesokkan harinya aku ada paper economy, dgn nak menolong apa yang patut. Fuh, memang time tu rasa nak pengsan. Mujurlah time tu Hadif dah pandai bawak diri, tak demand macam2. Cumanya lepas kenduri tu, dia mintak mama dia beg sekolah baru. Beg Ben-10 okeh. Suka hati je. hahahahha

Dan, hari ni, bersiaran dari MD's office since his PA on leave. Lagi la aku pening. Tapi esok aku dah tak pening. Sebab hubby dah balik dan boleh berkongsi kepeningan dgn aku. Welcome home bebeh. hahhaha

Dan, untuk ayu...alhamdulillah dah kuar wad..semoga cepat sembuh..kuat semangat dan sentiasa positif ok. Allah maha mengetahui apa yang terbaik. Jangan sedih2...

Last but not least...saksikan sedikit preview Majlis Aqiqah Najmi Ilham

Date: 11 April 2009
Time: 11 pagi (marhaban, berendoi...terus jamuan makan tengahari)
Venue: Teratak Bonda, Taman Bukit Kemuning, Shah Alam
Photos: Cilok dari fs maklang sebab maklong tak upload gambar dari dslr lagi...katakan busy...hiks

sehari sebelum kenduri..maklang dan Najmi. Maklang adalah busuk sebab baru balik dari practical huhuhu jahat tau maklang, dia tipu kawan dia kata dia nak bertunang, jenuhlah kawan tempat practical dia datang...kakakakaaks
kaum ibu yang sedang "merewang" ... di dapur
macam maklang hadif cakap, gambar ni hanya mahukan suasana kenduri, abaikan wajah2 yg tak sepatutnya ada dalam gambar...hihihihi

goodies tajaan maklong... :) maklang, don't worry utk anak kamu esok kita buat cam ni jugak yek... eh ada ke orang nak ke kamu? hahahhaha
mama dan abah si Najmi aka Jimi...

Inilah wajah "pengantin" pada hari itu... :P
p/s: malam lepas kenduri, maklong dia ni pengsan sampai ke pagi dek kepenantan. Cepat besar okeh Najmi, tak sabar nak sakat. hiks.

Tuesday, April 7, 2009

Najmi Ilham yang debab




inilah dia baby Najmi Ilham. Sepupu Hadif. Anak ayahNgah Hadif. Masa lahirnya baru 2.8kg je, tapi sekarang, umur baru 3 bulan, berat dah 6 kg lebih. Geram..geram sungguh. Kalau maklong dia ni dapat menggomol, gerenti menjerit2 Najmi nih. Abang Hadif panggil baby coet. Tak pun baby Gmy. suka hati dia jek. Tapi dia cukup sayang dgn adik dia nih. kejap2 cium..kejap2 cium. penuh kasih sayang. Kesian anak mama dgn babah nih..banyak kali request nak adik...tapi tak pe, Gmy kan ada... :P

Today is Babah Hadif Birthday

This morning, on the way to Q-dees.

Mama: Hadif, today is your babah's birthday

Hadif: Oh...kita beli food, fruits, vegetables, and cake... then we ask babah to close his eyes..tada..suprise...(ni mesti terpengaruh dgn CD gogo's dia or Bemind Class dia...hihihi)

Mama: Gelak besar. Pandai sangat nak celebrate2 nih..walhal tak practise gitu pun..

Sampai kat Q-dees

Teacher: Good morning Hadif

Hadif: Good morning teacher, today is babah Hadif birthday!

Teacher: Oh ya? sambil gelak2..

Mama: ceh, habis kat semua orang dia nak habaq bithday babah dia..hihihi (cakap dalam hati je la...)

Sebelum tu,

we called babah at offshore and his son has singing to his babah "happy birtday to you...happy birthday to you...happy birthday to babah...happy birthday to you..." siap ada "tima kasih...tima kasih..." We love you so much babah...!

Happy Birthday my darling hubby



Happy Birthday Darling hubby. May Allah bless you always. I love you and will always love u. Semoga peningkatan usia membawa seribu keberkatan buat diri dan juga buat keluarga kita.

This is for you.

When I hear you laugh
When we share a secret
When your eyes sparkle
When were just us
When we don't have to talk
when watch you sleep
When you remember
When I don't have to explain
When you walk into the room
When we are in a crowd
When I'm by myself
When you're just being you
When you make me giggle
When I hear your heart beat
When you reach for me
Even when you're not looking
............that's when I love you!

with love,
Mama & Muhammad Hadif Khawarizmi

Monday, April 6, 2009

coretan pagi Isnin

Hubby dah balik offshore, so tinggallah kami dua beranak. Alhamdulillah, Hadif nampak good mood. Pergi sekolah pun nampak happy, tapi mulut macam biasa akan tanya "babah mana? bila babah balik?" gitulah anak bujangku. Dari umur tiga bulan sampai dah masuk 5 tahun, setiap cukup haul babah dia akan kembali ke offshore, pergi kerja, cari rezeki. Mula2 dulu, payah jugak, babah akan tinggalkan kain pelikat dia utk hadif. Dan hadif, biasanya minggu kedua je mula buat perangai, agaknya nak bagitau dia rindu dia tak tau, jadi dia tunjuk la perangai pelik kat mama dia. Ada masa siap demam lagi tu. Mama Hadif? macam biasa, mentally and physically well prepared. Dan, rindu nak terima email yang kat bawah tu tulis salam sayang dari laut china selatan... hiks.

Petang ni plan nak bawak hadif ke klinik, batuk dan selsema dia tak baik2 lagi. Kesian tengok dia lemas idung gitu. Mama dia pun nak jumpa doktor. Cerry berry dah tak de, tapi sometimes sakit kepala tu menjadi2. Selsema pun turut bertandang. tapi sakit tu anugerah Allah, kan. Tanda Allah ingat dan sayang kat kita. Apalah sangat sakit aku kalau nak dibanding dengan apa yang harus Ayu lalui. Semoga Ayu cepat sembuh. Amin.

oklah, till then, need to settle something before going out for lunch. tata.

Wednesday, April 1, 2009

Pergilah sakit, datang lah kesihatan yang baik..

Bila memandang wajah hubby yang demam dan Hadif yang tak sihat, hati jadi sayu. Rasa belas. Semoga Allah sembuhkan hubby dari demam. Orang tak biasa demam, MC free sokmo, tapi kalau sekali demam, teruk sangat. Tadi dah bawak pi klinik. Ramainya umat kat klinik tu. Musim demam kata doktor Fadilah. Sepatutnya hubby naik offshore, tapi sebab demam, postponed sampai Isnin. Sempatlah celebrate birthday dengan kami anak beranak nih.

Dalam masa yang sama, hati dok gusar mengenang my best buddy yang sedang sakit di hospital. Ayu. Semoga Allah sembuhkan sakit sahabat aku itu. Semoga ayu terus tabah menghadapi dugaan Allah. Rasa frust sangat sebab ayu jauh di Perlis. Kalau dekat dgn shah alam, rasa nak je terbang menjengah. Baru je kami berjumpa semasa Ayu balik sepupu dia bertunang. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat Ayu..and Ayu, tak tahu bila ko akan baca blog aku, tapi tak kira bila pun, aku berharap agar kau cepat sembuh..boleh balik shah alam..kita outing together2 yek.. (aku menangis pabila menaip entry ini... Ya Allah...pada mu aku memohon...)

Bila mengenangkan dugaan yang Ayu harus lalui, aku jadi hiba. Banyak sungguh dugaan yang perlu dia tempuhi. Mujur suami dan keluarga sangat2 supportive. Dan, Ayu, aku nak kau tahu, aku akan sentiasa mendoakan kau. Cepat sembuh ye, lagi 2 hari nak jadi birthday girl... :P

soksek: Aku sangat lah mondom.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!