Thursday, April 23, 2009

entry isi masa lapang kah?

Hajat di hati memang nak cuti berblog. Tapinya tangan ni gatal je nak menaip2 di pentas keyboard. ate, macam mane weh. Exam belum habis, ada dua lagi, paper Law dgn statistic. Nasib baik marketing hari tu dah lepas. Lega. Ni nak menunggu 2 papers yang amat la seksonya. huhuhu

Actually my boss tak de nih. Dia kat Manila, attend management program. Lama tu, 6 minggu. Tapi jangan cakap aku tak de keje pulak, acting boss ada wei. Tapi hari ni dia tak de, dia pi team building kat Awana, Genting. Yihaaa.

Ni minit2 terakhir sebelum waktu kerja berakhir. Aku adalah sangat excited nak balik cepat. Nak bawak hadif ke playground. Ini kes sesal sebab semalam aku marah dia (jangan percaya oke, aku siap pokkkk dia sekali..) ada ke dia keluar ke playground tanpa memberitahu aku mahupun opah dia. Manalah mama dia ni tak marah. Dah la hanya dia anak ku. Adakah aku terover protective? atau ini normal utk budak berumur 5 tahun. Lepas marah dia, rasa kesal pulak kat hati aku nih. Ini normalkan utk kita yang bergelar ibu. Marah tu tandanya sayang. Selalu bila dia buat perangai, aku tegur elok2. Tapinya lately ni dia cam take things for granted jek. Tu yang aku hangin semalam tu. Padan muka aku, lepas tu nangis sendiri. Ye la, selalu dia kalau nak apa2 mesti minta dgn aku, sebab dia tau, dgn mama mesti dia dapat. Dengan babah tu susah sikit, babah dia tak kasi muka kat dia. So, i am about to amik hati che abang kecit tu ler nih..

oklah...tata... :P

2 comments:

nn said...

hehehehehe...
semoga berjaya menambat kembali hati si kecil...kuikuikui
dan semoga berjaya dlm peperiksaan

HasneY said...

hmm tul intan, hasni pun kadang..mcam tu gks, kadang2 mmg tgn ni telepaas pukul n memukul nih....dah tu sesal tak abis..abis....hmm tapi ntahla bila ingat balik2 kdg2 mmglaa geram waktu tu...kiter pun jadi hantu....sambil pukul tu sambilla membebel...'biarlah mama pukullljerk...daripada mama menangis kemudian tak gunaaa lg.'..hu..hu..melayan anak2 ni mmg byk kerenah dan penuh pancarobaa...dan kesabarannya amatlahhh tinggi....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!