Monday, November 30, 2009

Bersakit-sakit dahulu, Bercuti-cuti kemudian


Dari minggu sudah, sehingga esok, saya masih lagi dalam cuti sakit. Saya kena penyakit kaki tangan dan mulut atau lebih sinonim HFMD. Sakit segala sendi. Duduklah saya dengan Hadif di rumah, berkuarantin. Hari Rabu pula ada appointment dengan Specialist di KPJ Selangor. Nampak gayanya untuk minggu ini saya tak akan masuk ke pejabatlah jawabnya. Hari Khamis dan Jumaat saya memang bercuti. Tak apalah, Allah beri kesakitan, dihujungnya disudahi dengan percutian. :) Oh tidak, sakit ini bukan permintaan saya, tetapi percutian memang saya suka..hahahah. Tak sangka pula saya akan cuti panjang. Bak kata suami tercinta "sakit bukannya awak plan..." bila saya mengomel kerana terpaksa menyambung cuti sakit hari ini dan esok.

Saya akan up date kemudian tentang percutian akhir tahun kami. Semoga Allah permudahkan perjalanan, dan diberikan saya, hubby dan Hadif kesihatan yang baik. Sepanjang cuti sakit ini, saya memang berkurung di rumah sahaja. Semalam pula di serang sakit kepala yang kronik. Siap dengan muntah bagai. (oh, apa kah? hahahah) Jadi, saya memang patut pergi bercuti dengan percutian yang menyeronokkan...hihihi.

Semalam Hadif dan Babah ke KLCC Convention Centre, tengok show Ben 10. Mama tinggal. Depa pi dengan kawan babah, uncle Mat Lan dan Shamil. Sekali sekala boys outing kan..kasi chance. Dah la tiket mahal, Hadif pau babah toys Ben 10 yang harga seketuinya RM25. Bukan seketul, tapi dua okeh. Melopong mama bila babah kasi tau harga...hahahahha. Hadif....Hadif...


inilah hadif, Ben 10 saya dan suami. Lately ini sangat sensitif orangnya. Apakah tandanya Hadif bakal bergelar abang? Mudah-mudahan...Amin. :)

7 comments:

aNIe said...

Intan...harap2 intan akan segera sembuh...makan ubat tau...

Semoga Hadif akan segera dpt adik...

ira amira said...

amiinn...hiks...=P

Ana said...

apakah intan?? wowwww..i like..aminnn..tumpang gembira nie..

shafahanz-iman said...

Intan tahniah!! harap2 begitulah ye... apapun nak bercuti tu take care.. Alhamdulillah.. jika benar.. bertambah la umat Muhammad... dan anak2 sedara..

shuweet said...

mudah2an...amin..congrats kak

rosmona said...

semoga cepat sihat sis.. sakit2 dahulu... cuti2 kemudian ye dak?

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

harap intan dah smkn ok :) amin amin amin... mudaha-mudahan hadif cepat jd abg :)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!