Monday, November 16, 2009

An Evening of Lite Rock at Hotel Istana

Lagi beberapa hari menjelang Annual Dinner boss minta saya jadi usherette untuk VIP. Mula la dalam perut tu macam ada banyak rama-rama berterbangan. Maklum sahajalah, bila nak kena sambut VIP tak kan pula saya nak pakai jeans dan T-shirt sahaja seperti yang saya plan sebelum ni. Mujur hubby sporting bawak saya pi cari baju walaupun dah last minute..hahahaha. Overall oklah dinner kali ini kalau nak dibandingkan dengan yang lepas2.. :)

Hanya ini yang sempat disnap, lepas tu makan..makan dan makan..


bergambar dengan Mat Rock pujaan hati saya..hahahhaha

Che Din, Abang Usop & Kak Shilla. Malam tu, kak shilla yang make up kan saya. Che Din kata, barulah dapat tengok saya dan kak shilla make up. hahaha. Memang saya jarang bermake up pi opis, kalau ada certain occassion je saya tepek bedak kat muka. hahahaha

Diva2 Rock..kecuali sayalah...saya simple yang amat. Ye la, seronok2 jugak, tapi apa yang patut di jaga, kenalah jaga. Hubby kat sebelah tolong daring ...lalalalalala..


See...very simplekan..tak nampak pun cam make up...hahahah. Tapi ada certain gambar tu nampak jugak, nasib saya tak fengsan tengok wajah sendiri..hihihihi

With Kak Shilla yang ramai kata kami cam adik beradik...ye, adik beradik sepusat sepusing, mak bapak lain2 yek... :)

Abang Man Kidal yang diminati ramai...

Aizat yang cute...saya minat Aizat ok. hahahha

Peeewwwwit... Amy Search yang best... :)

Sekian, cerita memang tak ada. Saya kena bertugas, jadi banyak conversation dengan Datin dari dengan kawan-kawan. hahahahha. Cemas ok. Tapi mujurlah Datin-Datin dan BODs yang datang sangat2 down to earth. Lega sikit. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menyatakan bahawa saya sudah kurus sedikit. Walaupun tak dapat saya nak belanja, tetapi saya terpaksa mengakui, memang ada sedikit penurunan dari segi berat badan, tetapi tak dapat nak dikongsi lagi, sehingga saya benar2 mencapai berat badan yang ideal. Sekarang masih lagi obesiti. hahahahah. Gambar-gambar lain boleh dilihat di Muka Buku saya.

6 comments:

ira amira said...

wahhh..along rooockkk!!..hehe..wah..diet ke..nak tips!..=p

Intanaziela said...

ira amira: tak de tip. awak dah kurus kering...tak payah. kurus sgt pun tak cantik..cam rangka ayam jek..hahah

Ana said...

aduhhh..tengok gambo makanan tue sedapnyaa laa intan..rock jugak laa tue wpun berpada..hehe..mama rock laa katakan kann..hehehe

Intanaziela said...

Ana: makanannya banyak lagi ana..sampai tak boleh makan dek kenyang..hahahha hadif dok tanya"kenapa mama dan babah macam micheal jackson je?"hahahhahaha

NORHAYATI BERAHIM said...

ha..ha..wa caya lulah..
apa komen hadif intan tgk intan rock macam ni..mesti ada komen cik mat tu ye? tau2 ajelah budak skrg..

Intanaziela said...

kak yatie: Hadif masa kami nak bersiap tu, tanya intan "kenapa mama dgn babah macam micheal Jackson je? " siap mintak jacket jugak..hahahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!