Wednesday, November 4, 2009

Cerita Ceriti Hujung Minggu

Kedai Tudung saya. Azila Collection ok. Thanks to hubby sebab sponsor. hahahah bajet perasan giler. Janji Kedai Azila okeh.

Dah lama tak menulis. Rindu. Rindu serindu-rindunya. Dari minggu lepas dilanda kesibukan yang melampau. Bermula dengan persiapan Karnival Hari Wanita di tempat kerja, saya masuk pertandingan gubahan bunga, Memasak, congkak dan batu seremban. Hahahahah gila kuasa, semua nak di masuk yek. Saje suka-suka, memeriahkan majlis. Balik rumah badan dah penat, nak update blog pun malas.


Weekend - makan kenduri di jalan kebun. Rumah jiran lama mak dulu. Kenduri Nikah anak perempuan tunggal. Mulanya kami pergi dengan kereta, tetapi bila nak masuk lorong rumah makcik tu, ya ampun sempit okeh. Hubby ajak patah balik rumah, ambil motor. Senang. Kahkahkah. Sampai depan khemah pengantin ko. ekkekekeke. Hadif pula, bila tengok lalu didalam kawasan kampung, sibuk tanya "kita nak balik temerloh ke babah?" kahkahkah..itu kes dah rindu nak balik kampung la tu. Dari lepas raya, tak balik kampung dek kerana pelbagai kesibukan. Tapi babahnya ada balik, ye la dia pergi kerja dan balik kerja lalu kampung dia. Boleh la jenguk orang tua sekejap.


Lepas makan terus ke masjid kerana akad nikah dibuat di masjid. Dan, bertemulah saya dengan rakan masa tadika, dah punyalah keciknya dunia kerana dia mengahwini adik kepada classmate saya semasa di sekolah rendah. Lepas makan kenduri kami balik terus ke rumah kerana hari nak hujan. Seronok juga kalau dapat naik motor pergi makan kenduri. Terasa macam berada di Parit 9 Sg. Sumun. Hubby gelak besar bila saya cakap macam tu. Parit 9 Sg. Sumun tu kampung mak saya. Oh rindunya pada suasana begitu. Sekarang tak de siapa pun di kampung. Opah pun dah ikut anak-anak, sekejap di rumah mak saya, sekejap di rumah makcik dan pakcik saya. Hukum alam. Bila dah tua, dah tinggal seorang, mana maunya tinggal seorang2 di rumah. Penyamun dan penyangak banyak. Sakit pening siapa nak tengok dan jenguk. Betul tak?

Hubby plan nak bawa kami keluar, tetapi hujan lebat pula. So, saya sempat layan tengok tv dgn Hadif. Babah dia dok lena beradu. Lepas hubby bangun tidur terus ajak kami keluar ke Bukit Tinggi. Lama tak jalan2 kat sana. Hadif pulak sibuk nak tengok wayang. Jadi kami tengok cerita Papadom. Serius ceritanya sangat menarik. Suara Hadif gelak yang amat kuat. Saya pulak jadi geli hati tengok dia. Makan malam di Secret Recipe. Hadif makan speggetti banyak. Siap suruh order lagi. Berselera dia makan sekarang. Tapi tak de maknanya saya nak order lagi. Memang confirm la tak akan habis. Macam la perut dia tu besar sangat. Saya dan hubby sangat happy sebab Hadif dah berselera nak makan sekarang. Kenyang jadi perut bila tengok dia makan dgn sungguh2.


ini pun xtvt weekend. upgrade...upgrade jgn tak upgrade babah... :)

Gitulah cerita weekend. Semalam saya rasa macam nak masak. Kesian pulak dengan anak bujang saya tu yang tengah berselera nak makan. Ada satu malam tu, dia bantai order nasi goreng, masa tu dah pukul 10 malam. Babah dia la keluar pi cari nasi goreng utk anak bujang dia tu. Balik dari ofis saya terus singgah ke Pasaraya Econsave. Beli barang-barang basah dan sedikit stok utk rumah. Masa nak bayar tu, casher tu siap tanya, susu ni buat stok ke? Setakat 7 pek susu usahkan nak buat stok, sebulan pun tak sempat. Mahal betul susu budak sekarang kan? Nak berpinar mata saya bila susu Enfakid A+ yang biasa Hadif minum tu harganya satu tin RM87. Adoilah. Nasiblah anak saya seorang. Tapi seorang pun, kalau sebulan duit susu je mencecah RM500...fenin jugak. hahahahha. Tetapi, bila fikir balik, kita bekerja, cari rezeki..utk siapa? berbaloilah kerja keras kita kalau dapat beri yang terbaik utk anak kita kan.


Sampai rumah, terus kelentang kelentung di dapur. Masakkan Hadif sup ketam, dan utk hubby dan saya, saya masak ketam goreng berlada. Terima kasih kepada hubby sebab puji saya masak sedap. Awat, selalu masak tak sedap kaa? hahahhahaha. Alhamdulillah, walaupun cuma 2 jenis masakan, sempat dimasak sebelum pukul 8.00. Lepas maghrib dah boleh makan malam. Walaupun penat, tapi hati puas. Tapi masak simple2 aje la, tak dapat la berjenih dan berbagai2.

semua berunsurkan ketam. senang dan mengenyangkan. :)


11 comments:

Nurain said...

Azila... sejak bila ada kedai tudung... tak tahu pun...

Effyliani's Life said...

sis : confirm kurus dah skit. apa rahsianya

NORHAYATI BERAHIM said...

sama saje ngan susu qaisara enfagrow yang seangkatan dan sewaktu dengan susu hadif. Dah RM94 setin, aduh..suruh teta tukar susu lain katanya busuk..inilah nasib kita ada seorang anakkan, bila ada anak ramai..minum susu lactogen ajelah intan..ha.ha..
ketam tu nampak menyelerakan..sedap2

~dell~ said...

laponye tgk ketam tu long..huwaaa...nak ketammmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!

Kak aNIe said...

Intan...masak yang simple2 tapi sedap takpe...janji ada lauk untuk anak & lauk untuk kita...

Feveret anak2 akak sup ketam tu...

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

intan, klu tjumpa nama kedai suhan tlg amik gambo ye..hahaha..jeles nih..

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

* kedai suhana

Intanaziela said...

kak ain: pi kat giant putra height...berdepan dgn butik anakku... hahahhaha
Suei: kurus? alhamdulillah..belum kurus tapi dah turun sikit...nak tau, sila PM kak intan yek :)
Kak yatie: huhuhu tu la pasal...dulu hadif pun minum enfagrow..fengsan...hahahhaha intan pernah tukar anmum essential, dia bantai muntah dan mogok tak mo minum...layankan aje la selera anak sorang ni kak...
maklang hadif: balik nanti makan la ketam dgn kulit2nya sekali...sekarang ni tumpu pada exam dulu...hiks
kak anie: tengah cuba sedaya upaya...nak masak jugak...utk suami dan anak.. :) walaupun lauknya amatlah simple...
sue: oooo nak jugak yek...ok nanti kalau intan jumpa intan bgtau sue, pas tu pi amik gambar kat situ yek...

ira amira said...

allooonng...pas nh dtng nk makn ketam tttuuu....ketam berladee..

Intanaziela said...

ira amira budak kurang kasih sayang: nak makan ketam, sila beli ketam kat econsave dulu okeh...sampai berjaya park akan disambalkan oleh along...hihihihi

mc ta said...

tahu tak..kita byk kali pi kedai tudung tuh, tapi tak tahu pun nama kedai tuh azila. ari nih baru kita pi tgk..hhaa..betul nama azila ..he..he..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!