Wednesday, December 22, 2010

Sudah 30 hari

Alhamdulillah, anak dara sudah berusia 30 hari, hari ini. Sudah pandai tersenyum, sudah pandai mengamuk, tapi rutin utama dia masih lagi suka tidur...hahahah. Esok hubby balik, tak sabar nak tengok muka Babah. Bila dengar pasal pelantar minyak meletup hari tu, hati ni tak berhenti berdebar. Walhal bak kata hubby, kalau nak mati, kat mana-mana boleh mati, tapi sebagai isteri, hati tu sentiasa cuak, tidur malam pun payah nak lena.

ni ada gambar Raisa Khadija...



Dan..Abang kesayangan Raisa...

Tuesday, December 14, 2010

Apabila hati bergetar

Petang tadi baru dapat dengar suara hubby, tetapi nada suaranya sungguh tergesa-gesa, menyuruh saya menelefon ke Remote Platform (Bekok B) nanti dia akan ceritakan apa yang terjadi. Dalam hati mula berdetik, apa pulak yang dah terjadi.

Saya call hubby di Bekok B, hubby cerita tentang Pelantar Minyak Bekok C terbakar.

Baca di sini

Dan di sini juga

Meleleh air mata saya mendengar cerita hubby walaupun jauh disudut hati lega dengar suara hubby selamat. Hubby di Bekok A. Walau macam mana pun hati seorang isteri yang suaminya bekerja 200 km luar pantai, hati saya memang sedih. Rasa macam nak aje pergi jumpa hubby. Masalahnya, boleh ke? hahahha.

Salah seorang dari mangsa tu merupakan ex Bekok A, pernah datang bermalam di rumah kami dua tiga tahun yang lepas. Semoga Kassim (bukan nama sebenar) cepat sembuh dan tabah dengan ujian dari Allah. Bagaimanalah perasaan isteri dan keluarga mereka-mereka yang tercedera tu kan, sedangkan saya yang baru mendengar cerita dari hubby pun sudah libang libu perasaan teringatkan hubby yang jauh di mata.

Setelah 7 tahun bergelar isteri kepada pekerja pelantar minyak, hubby selalu bercerita tentang tempat kerjanya yang sentiasa menitik beratkan keselamatan, mereka yang sentiasa didedahkan dengan aspek keselamatan, yang dilatih untuk melawan api sekiranya berlaku kebakaran, dan paling penting hubby pernah cakap, belum ada di Malaysia platform minyak yang terbakar. So, this is the first time. Ini kali pertama. Sungguh meronton hati saya sebagai seorang isteri. Sukar rupanya laluan yang perlu suami saya lalui untuk mencari rezeki. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan suami ku, berikanlah keselamatan disepanjang suami ku berada di tempat kerja, berkatilah usaha dan jerih kepayahan serta pengorbanan yang dia lakukan demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Amin..amin Ya Allah Amin ya Rahim.

Kalau sebelum ini, rasa selamat dan yakin sentiasa mengiringi sewaktu hubby berada di offshore, kali ini saya sungguh berdebar. Perasaan bercampur baur. Oh Hubby, time2 macam ni rasa nak duduk dekat, nak berkepit aje dengan hubby. Perasaan cinta, sayang, rindu..risau dan macam-macam ada sentiasa berterbangan. Sesaat pun saya tak mahu ia lenyap atau hilang. Tambahan bila memandang wajah anak-anak. Oh, terasa air mata nak meleleh lagi bila menaip entry ini.

Bila waktu-waktu begini, teringat kata-kata yang hubby tulis dalam email kepada saya..jadi penguat semangat. Saya pernah cakap dengan hubby "kau doktor hati ku" kerana setiap kata-kata yang dia titipkan kepada saya, bagai dikarang-karang, bagai seorang sasterawan walaupun dia sebenarnya teknikal punya orang. :)

"Saya akan menjadi pendengar awak waktu keluh kesah awak. Di waktu perasaan libang libu.. Waktu gembira dan riang ria apatah lagi. Cheer up! Hidup bukan utk hanya memikirkan masalah.. Masalah adalah utk kita meningkatkan kematangan diri berfikir agar menjadi org yg lebih berkeyakinan bila diuji dengan masalah2 seterus. Bukan jatuh terduduk dan tak mahu bangun2 semula. Akan sampai ketikanya musim akan reda.. semuanya akan pulih seperti sedia kala

Saya sayang awak.. i love you.. Emuuah.. No one but you.. " - hubby-

I love u too hubby, Forever. Insyaallah.

Saturday, December 11, 2010

Cerita tentang kami


Lately ni jarang dapat pegang laptop. Maklumlah, anak dah dua orang..keh keh keh.. sedar tak sedar sudah 20 hari saya berpantang. Alhamdulillah badan rasa sihat, Raisa pun nampak sihat walaupun joundicenya masih ada lagi sedikit.

Esok malam hubby dah kena balik offshore pun. Mudah-mudahan saya diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan.

Hadif

Abang Hadif akan memasuki dunia persekolahan darjah satu tahun depan yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi. Bila mencubakan uniform sekolah, terasa berkaca mata...eh dah besar anak bujang mama...dah nak masuk darjah satu. Kurus tinggi ajelah anak mama yang seorang ini. Makannya memilih...abang...Mama doakan abang dipermudahkan urusan bila masuk dunia persekolahan nanti..I love u so much abang...tak de tandingannya.

Sejak dapat adik Raisa abang Hadif lebih pandai beremosi. Maklumlah, dah lama manja, lebih 6 tahun seluruh perhatian ditumpu pada dia, tiba-tiba ada pula anak dara kecik tu, tetapi saya dan hubby mengambil langkah pupuk dan pujuk. Alhamdulillah, abang hadif sangat sayangkan adik Raisa. Celik sahaja mata dari tidur, turun bawah terus masuk bilik tengok adik Raisa di katil. Dah boleh harap kata suruh ambil barang-barang adik, tak merungut pun. Sejuk hati mama tengok. Pagi tadi babah cukur rambut Raisa, abang mengomel bising "adikkan perempuan..kenapa botakkan dia..." hahhaaha

Raisa

Anak dara ni kerjanya tidur sahaja. Menangis bila nak minum susu (itupun kadang kala berpaksa) dan drypersnya berisi. alhamdulillah senang menjaganya. harap2 sampai ke besarlah perangai dan tingkahnya menyenangkan. amin.

Babah

babah merupakan orang yang paling sibuk. kesian babah. kena uruskan semua urusan. Penat sangat nampak wajah babah tu, terima kasih banyak-banyak atas pengorbanan dan kerja keras babah tu,...itu baru anak 2 tu yang....kalau anak 3? hahahhaha. Kasihan saya melihat hubby ke hulu ke hilir menyediakan keperluan di rumah. Tambahan pula dengan persiapa untuk Hadif ke sekolah. Babah pergi beli baju sekolah dan kelengkapan lain-lain sendiri. Wa caya sama lu la sayang...emummuah dua puluh kali... :)

Mama

Perut dah kosong, kesan jahitan pembedahan pun alhamdulillah dah kering. Dan, setakat hari ini, saya dah turun 10kg. awwww,,,,hahahahaha. kena kelar perut baru banyak kilo boleh turun kah kah kah... ada lagi 10 kg nak kena turunkan nih....mudah-mudahan tercapai lah impian saya nak pakai kebaya bila kembali ke pejabat nanti... :) aja..aja..fighting intan... hahahahha

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Dulu-dulu saya sangat suka dengar nasyid tentang Maal hijrah. Sinonimnya Maal Hijrah orang sebut Awal Muharram. Tapi sejauh mana kita mendalami dan mengerti erti Maal Hijrah tu, hanya diri kita sahaja boleh menjawab.

Buat diri saya, tahun baru ini saya mahu berhijrah. Dari diri saya yang lama, yang selalunya terlalu naif, terlalu lurus dan terlalu berlembut. Cukup rasanya kehidupan yang begitu. Ingin segarkan diri dengan motto hidup "dalam kelembutan, ada ketegasan" atau "ketegasan dalam kelembutan".

salam satu muharam, semoga kita sentiasa dipayungi rahmat dariNya.

Monday, December 6, 2010

By Invititation

Assalamualaikum

Walaupun blog saya bukanlah blog famous dan ramai pengunjung, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mulai saat ini, saya lebih selektif dalam memilih orang untuk membaca blog saya ini. Kepada sesiapa yang rasa ingin terus membaca, sila emailkan alamat email ke intanaziela@yahoo.com atau tinggalkan diruangan komen. Rasanya dengan memilih mereka-mereka yang boleh dipercayai, lebih mudah ntuk saya menulis dan mencoret dari hati ke hati. Kepada yang tak dapat saya undang untuk membaca, harap maaf...rasanya ini merupakan langkah terbaik.

Bila bercakap soal kepercayaan, rasanya kita sendiri boleh nilai sama ada diri kita boleh dipercayai atau tidak.


Salam,
Intan.

**** UP DATE

saya dapat email dan sms bertalu2 tanya sejak bila private blog..sori la kalau cepat sangat..hahhaha. Ok..ok saya tunggu sampai esok lah, selepas hari esok blog ini hanya dibuka dengan jemputan,,,, :)

Sunday, December 5, 2010

Mawar Berduri





Tertulislah kisah, tentang bunga mawar
Di tengah belukar yang penuh dengan duri
Semerbak harumnya yang tiada tara
Siapapun ingin memetik bunga itu

Banyaklah kumbang datang ingin menghisap madunya
Aduh sayang
Banyak kumbang yang mati karena tertusuk duri
Aduh sayang

Kau memberi hati kepada diriku
Seluruh hidupku, kudambakan padamu
Tak kusangka sangka bukan hanya daku
Mendapat kasihmu membuat hati luka

Mawar berduri, kini kupergi
Dengan membawa luka di hati
Mawar berduri, cukup sekali
Kau melukai hatiku, hatiku

Saturday, December 4, 2010

sedikit update tentang adik abang Hadif

Sejak Raisa lahir, jarang dapat pegang laptop ni, asyik kelek anak dara. Hari tu anak dara kena tahan wad, joundice, bacaan cecah 300, dah setelah on fototerapi 3 lampu sekali di KPJ Selangor, joundice turun ke 135. Sampai naik berkilat kulit Khadija, dengan timbulnya ruam2 kat badan dan muka...kesian anak dara mama tu, tapi tak pe la, janji sihat dan boleh balik rumah. Tengok tubuh pun macam dah mengecut, tapi doktor kata normal baby lepas lahir akan mengecut dulu, lepas tu baru naik balik berat badan dia. Raisa Khadija bila dah balik rumah ni kejenya tidur...tidur dan tidur. Kalau bangun pun kejap sangat untuk minum susu. Babah kata anak dara dia nak cepat besar.

Ada sedikit gambar Nur Raisa Khadija untuk tatapan semua
.
Hari pertama melihat dunia....

Kena jemur sampai berkilat kulit anak mama...

kena tahan wad semula, bacaan 300, kena on lampu sampai 3...aduh..merah padam jadi muka Raisa...gelap..hahahha

Wednesday, December 1, 2010

Ahlan Wah Sahlan Ya Nur Raisa Khadija


Kronologi Kelahiran Puteri kami, Nur Raisa Khadija Binti Shamsul Kamal

21/11/2010

Saya rasa sakit semacam, tapi tak tahu sakit tu sakit nak bersalin atau apa.....hahahah kelakar sungguh lah maklum sahajalah sudah lama cuti melahirkan baby :)

22/11/2010

3 jam saya menahan sakit, saya hantar sms pada kak shilla, tanya begini "Azila dah rasa sakit, dah dekat 3 jam azila time, makin kerap sakit dia, perut menegang dan sakit sampai ke pangkal peha...gitu ke sakit orang nak beranak kak shilla? Pls. advise." kah kah kah... sungguhlah saya ni yek...

Dalam pukul 9 pagi abah saya hantar saya ke Hospital KPJ Selangor. Buat prosedur macam biasa, check urine lah...dan bila jumpa Doktor doktor cakap " congratulations Azila, kita dah sampai ke tahap ini...hujung minggu ni kita boleh keluarkan baby" "but I feel not comfortable la doktor, rasa sakit"

Naik atas katil, doktor pegang perut saya, dan bgtau dah ada contraction. 3cm dan tak boleh balik rumah, kena masuk wad. Saya bagitahu doktor hubby akan balik dari offshore hari ini, dan doktor kata akan cuba tunggu sehingga hubby sampai.

Kali ni saya rasa macam superwoman, mana tidaknya, dengan servik dah buka 3cm, masih berjalan ke bahagian admission, menguruskan kemasukan ke wad. Girl power....hahhahaha. Lepas selesai di hantar ke wad, kak shilla dan mak datang temankan.

Buat ECG, dan doktor kata contraction saya sangat kuat, nampak gayanya kena masuk bilik bedah sebelum hubby tiba. Masa tu hiba juga rasa hati, maklum sahaja lah, nak dilapah perut katakan...hahahhaa tapi bila mengenangkan demi keselamatan anak dalam perut, saya redha dan pasrah tandatangan borang kebenaran. Sambil dalam hati berdoa semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Dalam pukul 4.15ptg saya dibawa ke bilik bedah. Sebelum naik ke atas troli, sempat telefon hubby, bagitahu yg saya dah nak masuk ke OT dan minta ampun dan maaf...hahahaha emo di situ okeh. Mahunya tak emo, bukannya takat nak buat operation sinusitis, tapi pembedahan nak mengeluarkan seorang hamba Allah. Apapun, saya redha, inilah dia kehidupan seorang isteri kepada pekerja offshore.


NUR RAISA KHADIJA BINTI SHAMSUL KAMAL Dibawa Keluar melihat dunia pada pukul 5.10 petang, 22 Nov 2010 dengan berat 3.65kg. Syukur Alhamdulillah. Semasa jururawat menunjukkan Raisa kepada saya "puan, ini anak puan ya...baby girl" tak sedar air mata saya mengalir. Inilah puteri yang ditunggu-tunggu kedatangannya. Ahlah wah sahlan ya Nur Raisa Khadija Mama.... semoga kehadiran mu dalam keluarga kecil kita menjadi pengerat kasih dan sayang antara kita...amin...amin..amin Ya Allah.....
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!