Monday, August 1, 2011

Bila nak malam....?

Baru sahaja menelefon anak teruna di rumah opahnya. Dia cuti sekolah hari ini. Dan, hari ini kali pertama dia berpuasa. Pukul 11 pagi tadi bila saya tanya "abang, ok tak puasa?" laju aje dia jawab "ok...tak penat pun" hahahah. Memang la baru pukul 11 pagi. Pukul 2 saya telefon emak bagitahu yang Hadif dah mengaruk nak makan. Tapi opah dia pujuk-pujuk, ajak tidur. Dan, terkini, 5 minit yang lalu saya cakap dengan dia di telefon. Dengan nada suara teramat-amat layu, "bila nak malaaaammmm?" hahhahaha. Tergelak mama dia mendengarnya. Saya pujuk dia supaya bertahan, janji nak masak spaghetti untuk dia petang ni. Ceria suara dia balik.

Abang Hadif...Abang Hadif. Subuh tadi bukan main petah bercakap, nak berbuka makan kurma la...nak minum susu lah..hahahha. Abang, Mama doakan Allah permudahkan urusan abang untuk berpuasa. Saya tidak pernah berjanji untuk memberi duit jika Hadif berjaya berpuasa, tetapi saya berjanji, jika dia berpuasa penuh sehari, dia boleh request apa sahaja yang dia nak makan. Harap-harap habis bulan Ramadhan berat badan dia makin bertambah, bukan makin turun. Kasihan tengok dia yang pipih melayang sahaja bila berjalan..hihihi

2 comments:

mrs.krie :O) said...

go go go hadif....kak ida pon...opssss....cik ida pon doakan moga hadif diberi semangat dan kekuatan utk berpuasa penuh....:O)

Intanaziela said...

ida: mcm mana berpuasa tengah menyusukan anak2 ni? kak yang alhamdulillah setakat semalam masih ok je.. hihihi Hadif mengaruk sungguh la semalam ida...geli hati kak yang dibuatnya...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!