Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Kareem

Selamat Menyambut Ramadhan kawan-kawan. (kawan-kawan sahaja ye, cik LALAT boleh blah!)

Rasa sayu tetapi bahagia bila menanti ketibaan Ramadhan kali ini. Kali ini saya menyambut kedatangan Ramadhan tanpa hubby di sisi. Sedih? sedih sedikit, tetapi perkara itu sebenarnya sudah biasa saya lalui. Seawal perkahwinan lagi saya mula berpuasa tanpa suami. Ini bahagian saya. Dan insyaallah saya redha. Bahagianya pula apabila cinta hati kami, Hadif insyaallah akan saya latih berpuasa tahun ini. Sedari bulan lepas saya sudah bercerita tentang puasa dan kelebihannya kepada Hadif. Hadif pun nampak teruja untuk berpuasa.

Ada dikalangan rakan-rakan sudah melatih anak berpuasa seawal umur 6 tahun tetapi saya dan hubby mempunyai pandangan yang berbeza. Kami kasihan sungguh melihat Hadif yang kurus itu kalau terpaksa berpuasa. Maklumlah, dia bukannya gemar makan. Tetapi tahun ini saya akan keraskan hati melatih Hadif menjalani ibadah puasa. Sudah mula menyimpan resepi-resepi nak pikat Hadif untuk makan..hahahahah. Bagaimanalah agaknya nak mengejutkan si bujang saya itu bangun sahur, mana nak layan Raisa... ini semua adalah cabaran yang tak sabar saya nak tempuh.

Nampak gayanya hujung minggu ini (mohon pada allah diberi kesihatan yang baik) akan diisi dengan aktiviti mengemas rumah. Sempena menyambut Ramadhan. Saya memang akan mengemas rumah, tukar langsir, basuh sarung sofa dan segala-galanya menjelang Ramadhan. Bila menjelang Syawal nanti saya releks sahaja. heheheheh.

Bila memandang wajah mulus Hadif, saya teringat cerita semasa saya darjah satu. Masa itu saya ke sekolah menaiki van sekolah. Sebelum ke sekolah mak bekalkan saya botol air minuman, saya sorokkan di dalam beg sekolah. Kes malu kalau kawan nampak. Semasa nak naik van sekolah, pemandu van yang saya panggil abang Din mengusik saya.

Abang Din: Intan, tak puasa ye
Saya: Puasa la abang din.. tak puasa tak boleh raya
Abang Din: tu kat mulut tu ada kesan air sirap abang Din tengok
Saya: Eh, bukan air sirap la, mak bekalkan air oren.. (sambil buka beg tengok bekal air yang mak bekalkan)

hahhahahahhaha. Jenuh saya kena bahan dengan abang din. Lurus kan? sampai sekarang pun ada masa saya tak reti nak kona2. Tu, si Hadif tu mewarisi kelurusan saya hahahhahaha. Selalu aje cubitan saya hinggap di lengan Hubby sebab dia suka sangat mengenakan saya.

Ada lagi cerita lucu semasa kecil. Kisahnya saya keluar mengaji ke rumah guru mengaji. Sebelum turn mengaji sibuk main kejar-kerjarlah, panjat pokot ceri depan rumah guru mengaji, makanya diri yang dari rumah berpuasa, tetapi tiba di kedai air batu campur cik pah tiba-tiba jadi tak puasa. Balik rumah puasa balik. hahahaha itu cerita dulu..sekarang "Aku dah bertaubat....." macam dialog Yassin dalam cerita Man Laksa. hahhahah.

Oklah, Selamat Berpuasa semua, selamat menanti kunjungan Lailatul Qadar...bukan kunjungan ke Kamdar ye. Semoga kita berjaya memperbaiki diri, melipat gandakan ibadah dan terus memperbaiki kekurangan diri.

Untuk Cik Lalat...sudah-sudahlah, jangan menyibuk urusan orang, lebih baik jaga rumahtangga sendiri, kalau tengok hidup orang lain senang, itu atas dasar usaha orang sendiri, jika orang lain dilanda musibah janganlah pula bertepuk tangan. Masuk campur pun tak payah. Uruskan urusan diri sendiri ye... Nasihat ikhlas dari penaja ni...sudah-sudahlah menjoyah, mak saya kata, biar rupa kita tak seberapa, tetapi sahsiah kita perlu mantop, jangan harap muka aje lawa..tapi sahsiah? zero derrrr... lu pikir la sendiri.

4 comments:

nor said...

Salam
bagus sgt awak membuat spring cleaning sebelum puasa. Mak saya dulu pun basuh rumah menjelang puasa. Cermin dsbnya..

bila menjelang raya mop lantai aja..
Lepas ni boleh lah concerntrate dgn ibadat harian serta urusan makan minum.
Jangan lupa untuk si Hadif tu sama dgn maknya sekali kasi telan itu codliver oil capsule 2 biji pagi pagi atau malam sebelum tidur.
Tu akan mencergas kan badan dan minda, dsbnya.

Kalau nak kasi dia puasa, kasi dia makan protin banyak sikit ya masa sahur dan masa berbuka.. supaya tahan lapar.
Berbuka rajin rajin la rebus barli untuk di minum supaya sejuk badan bila berpuasa..

Jgn bersedih laki pegi kerja, distance make one heart grew fonder.. macam baru kawin ..

ok jaga diri.. jgn lupa shopping untuk makanan utk bersahur etc..

aien mohamad said...

bulan pose ni..harap2 lalat hijau tu x terbang kan beb..penat je pose nanti..ehhh..pose ker lalat tu.???kih3
anyway..selamat berpusa buat zila sekeluarga..go hadif..go..raisa jgn pose tau..;)

puteri zulaikha megat said...

salam.kak zue pun latih anak berpuasa dari umor 6 thun..masa umor 5 thun puasa selang seli.bila 6 thun alhamdulillah puasa penuh sebulan.waktu kejut sahur paling mencabar.selalu nyer kak zue bwa makann smpai ke katil.semua anak2 kak zue suapkan sampi umor 9 thun...mmg letih tapi jdi ibu ni kan kena berkorban lebih skit..tahun ni giliran si anis pulak yg nak kena latih berpuasa..harap2 sesenang melatih kakak2 dan abg nyer dulu...

-ummi uzma & muhammad- said...

KAK YANG......sama....berpuasa tanpa enchek suami....tapi ida best sket la..dapat sambut puasa ngan enchek suami terchenta..sebab johor cuti 1 ramadhan...ngah mikir nak puasa weekend camne ni...bila kedua2 buah hati bergayut di nenen nanti....mau kering tekak ummi...huhuhu...moga Allah permudahkan kita berdua dan semua umatNYA ramadhan kali ini...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!