Monday, July 4, 2011

Mode: Kira hari nak cuti


Saya baru saje meletak ganggang telefon. Baru bercakap dengan Hubby yang nun jauh beribu-ribu batu di tengah lautan. Bila dah lama tak jumpa, cakapnya lain macam pesen. Romantik konon dek sebab rindu. Serius saya boring gile weekend kali ini tanpa hubby kat rumah. Bila anak-anak dah tidur, bila semua kerja rumah dah siap, rasa mcm nak muntah boringnya. Tak ada teman nak bersembang bagai.

Cepat la masa berlalu, kepala saya ni dah jem..hahahah. Sebenarnya dah tak sabar nak bercuti. Kalau bercuti duduk rumah pun ok juga, tapi sebab hubby saya yang comel tu (errkkk...comel ke? hahahah) nak bawa saya dan anak-anak pergi bercuti lagi, lagi la saya suka. Terima kasih daun keladi, taun depan nak pi mana lagi? hahaha larikssss...

Semalam lewat serba serbi menyiapkan kerja rumah dek sebab cik Kattie saya tu tak mahu saya jauh dengan dia. Dia nak mama dia mengulit dia aje. Baiklah adik, nanti hari cuti mama ulit aje la adik, tak payah masak, tak payah buat apa. Kalau lapar gigit aje adik, ok?

Abang pula mcm biasa memang tak ada masalah. Semalam masa tengok bola Malaysia VS Taiwan, dia bising suruh mama tengok Zainal Abidin Rawop yang kononnya macam muka babah dia, ini kes dah terlebih rindu ke babah lah. Gini lah kami anak beranak, bila hubby ada kat rumah enjoy terlebih, bila babahnya dah balik kerja mula la masing-masing menghitung hari bila babah nak balik. kalau babah ada, duduk kat umah pun rasa lega je, rasa selamat.

Saya dok blogwalking ke blog kawan-kawan, ada yang dah buat preparation nak raya, hehehe. Saya tahun ni bertekad, nak beraya secara bersederhana. Janji anak-anak punya bahagian dah settle, utk saya dan hubby biasa -biasa sahaja. Selalunya saya buat preparation menyambut puasa, kalau pasang langsir pun pasang masa sambut puasa. Baju raya pun pakai masa bulan puasa hahahhaha. Boleh gitu?

Ini entry boring. Cerita pun boring. Tak kisah lah, janji saya up date blog saya. Boleh suami saya tahu apa status saya. hahahha. yang itu hanya dia je yang tahu kenapa. I love u!

sekian.

4 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

hehe nak ikut! intan, km pun dah merasa cam intan.... mula thn ni en abu selang smggu p o/s huhu x best betul... 6 thn dia sentiasa ada di sisi..

Intanaziela said...

sue...jom, maryam mesti suka..boleh geng dgn hadif..hadif lagi la suka ada awek ikut sama..heheheh

sue, insyaallah lama2 akan ok, jgn sedih2 ye, anggap itu salah satu cara mengeratkan kasih sayang...buat cinta membara-bara..hahahha

Ibu Darwisy said...

a'ahla muke abg sham mcm muke pengulas tu la kak inta..nyway selamat bercuti ye kak..muahhh

Intanaziela said...

siti: awwww...hahahah tapi ini bukan kali pertama orang cakap gitu...tapi pada akak la kan... hubby juga yang handsome keh keh keh

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!