Tuesday, July 12, 2011

Family Vacation: Universal Studio Singapore

Hadif tiru aksi abang sebelah...hahaha

Alhamdulillah, selamat tiba di rumah. Penat tapi happy. Hadif pun nampak seronok dan tak abis-abis bercerita tentang pengalaman dia. Banyak juga harta rampasan yang dia dapat masa di Universal Studio, Mama dgn Babah pejam mata aje la kan, sekali sekala, hahahah. Mana tidaknya, kalau harga seketul barang yang dia pau tu SD16.90 tukar la kepada Ringgit Malaysia. hahahha Raisa pulak baik sungguhlah sepanjang percutian. Janji dapat melekat dengan mama, dia sengih aje.

siap sedia nak jelajah Universal Studio

Raisa yang sengih je

possing time...keh keh keh

ada awek dari Taiwan tolong ambilkan gambar ni :)


Raisa yang sangat-sangat menyenangkan sepanjang percutian

Travel dengan baby sebenarnya agak mencabar. Alhamdulillah Raisa bukan yang jenis menangis. Cumanya nak salin drypers dia, nak pastikan dia selesa menyusu. Saya beri raisa makan dahulu sebelum kami ke USS. Sepanjang perjalanan dia cool dan happy. Cuma masa nak take off balik semalam dia mengamuk sikit. Tak tahu kenapa dia menangis, agaknya tak puas lagi nak tour satu Singapura keh keh keh..

Layan gambar-gambar ye...



Jangan fokus pada gambar saya dan Raisa, tapi tengok kat belakang tu, "Light, Camera, Action!" hosted by Steven Spielberg, memang terbaik dari ladang. Masa kat dalam ni ada tante dari Indonesia sudah pegang tangan saya dek ketakutan. Terima kasih kepada hubby yang dok mengenakan saya dan hadif, nanti I gigit u okeh!

Abang Hadif pula memang la tak reti diam. Lepas tu payah sungguh nak ajak bergambar. Sampai kat dalam tu, punya lah dia excited, tapi hadif ni penakut sikit. Bila nak main dia mula buat muka ketar dia, saya dan hubby paksa rela dia main semua yang dia boleh main. Masa naik Echanted Airways di Far Far Away kami naik berdua. Mula-mula tu dia dah buat drama sebabak. Tapi lepas dipujuk-pujuk dia ok dah, bila naik aje coster dragon tu dia menjerit balik..hahahah. Bukan dia aje menjerit, mama pun menjerit. Adrenaline Rush okeh. Tapi kelakar bila Dragon berhenti, tengok-tengok meleleh air liur abang Hadif dek ketakutan hahahaha. Hadif sangat enjoy menonton Shrek 4-D Adventure, bising dia bila Donkey bersin kena muka dia.. hahahah.

time ni beratur nak naik Echanted Traiways; muka dah suspen hahahah

Hadif bisik kat Shrek " unni Nily kim salam sayang tau..." hahahahaha
Menunggu show 4-D yang best, walaupun dah kali kedua, saya tetap suka!


Ada kawan-kawan yang minta sedikit tips untuk ke Universal Studio Singapore, jadi serba ringkas saya nyatakan di sini, kalau dari Vivo City nak ke pulau sentora boleh ambil train, harga tiket SD3. Di Singapore bukan seperti Malaysia, kanak-kanaknya tambang sama sahaja dengan orang dewasa ya, kecuali bawah 6 tahun, ada harga istimewa. Kalau dah lebih tu, sila bayar tambang seperti orang dewasa. Kalau nak mudah boleh beli EZlink kad. Say a dah pakai kad tu dari trip pertama ke Singapore tahun 2009, kegunaan dia lebih kurang macam kad touch n go. Bila duit abis boleh top up di mesin. Boleh pakai untuk naik bas, MRT, teksi bahkan untuk kereta juga. Boleh baca di Singapura 1 , Singapura 2 dan Singapura 3 tentang catatan dan pengalaman ke Singapura kali pertama tahun 2009. Ini pengalaman kedua buat saya dan hubby ke USS, tetapi pertama buat Hadif dan Raisa. Walaupun baru lepas saya ke sana, sudah ada benda baru bila datang sekali lagi.



Merehatkan kaki dan betis...lenguh tak ingat hahahha

Di Universal Studio Singapore (USS) harga tiket untuk dewasa kalau week days SD66 @ RM165, Weekend SD72 @180. Untuk kanak-kanak 4 tahun ke 12 tahun; harga tiket week days SD48 @ RM120 dan untuk weekend SD52 @ RM130. Kalau tahun lepas ada promosi, kita akan dapat rebat SD5 untuk makan dan SD5 untuk beli cenderahati, tetapi promosi tu dah berakhir bulan Januari lepas. Jadinya tidak ada la voucher ye. Bagi yang nak sewa stroller boleh la ke Beverly Hill Garage, sewa dia SD10 @ RM25 sehari. kalau Double harga dia SD15@37.50. Kalau pergi weekend, pengunjungnya sangatlah ramai. Masa hubby tengok que nak naik tengok waiting time mencecah satu jam lebih. Kalau tak mahu beratur, boleh la beli Universal Express, harganya SD48 @120 per person. Ini membolehkan kita tak perlu beratur panjang, biarlah orang lain beratur berpanas-panas, nanti kita akan diberi keutamaan.

Trip kali ini memang solid bergembira di Universal Studio. Tak de menyinggah waima satu pun kompleks membeli belah. Tak hairan bila kami suami isteri bawa semula Singapore Dollar balik, sempat joli katak shopping di Universal Studio habuan untuk diri masing-masing, anak-anak dan sedikit cenderahati buat teman-teman. Yang penting, hati puas dapat bercuti dan berlibur bersama keluarga tercinta. Apa lagi yang terutama dalam hidup ini kan? hanya mereka harta yang ada. Lagi pun saya dan hubby memang suka berjalan, melihat tempat orang. Teringat apabila mak saya memujuk saya supaya membeli rantai tangan yang berharga RM4 ribu, saya jawab begini "uii...4 ribu tu mak, kalau berjalan dah sampai Hong Kong! bukannya orang akan tanya berapa kilo emas awak ada, tetapi orang akan tanya...dah sampai mana dah awak berjalan?" hahahhaha. Gitula h saya, lebih rela tak ada rantai emas, gelang emas besar dan tebal, janji saya dapat merantau dan melihat cara hidup dan kebudayaan orang di negara lain, bak kata pepatah "jauh berjalan, luas pemandangan". Tak gitu? heheheheh

antara 'damaged' kat USS, ada T-shirt untuk kami bertiga tak sempat ambil gambar...dah pakai..hahahah

Rasa glamour lalu kat sini..ha ha ha..


abang yang happy dalam ketakutan

suka benar buat mulut gini..adik..adik...

Seronok abang dapat bergambar dengan Po pujaan hati dia...

Best Husband Award - Semestinya goes to SK... we love u babah...


Yang bisa menggegarkan seluruh badan...



Hadif siap cakap "mama...kaki abang ni rasa nak patah" hahahah. Walaupun penat tetapi puas hati sebab cita-cita hubby dan saya nak bawa hadif ke USS sudah terlaksana. Dan, harap lepas ni Hadif akan gandakan usaha dan semakin gigih belajar, sebab babah dah sebut nak bawak ke Taman Tema Trans Studio Bandung pulak selepas ini. hahahha. Jalan lagi? itulah sebabnya kami ni tak kaya-kaya...kah kah kah..

14 comments:

Ibu Darwisy said...

waduh manyak syok woo..bestnye hadif & raisa dpt jenjalan..

whiteroses said...

waa bila la nak pegi uss ni...dok hotel mana intan?

Intanaziela said...

siti: bukan hadif dan raisa je syok..mama dgn babah pun syok woo hahaha ajak la hubby pegi siti..best, mesti darwisy suka..

Intanaziela said...

Eda: last weekend..hehehehe

sharifah shereen said...

bestnya......jeles plak tengok u all selalu jalan2.....

Intanaziela said...

shereen: kami memang suka dok berjalan...shereen pun boleh jalan2 juga..lagi la lepas ni nak pi France..I entah bila dapat sampai France heheheh

nillness said...

owhh..sy jeles ngan raisa! kecik2 sudah smpai!!!!!

Tina Othman said...

wah bestnya dpt jalan²

Intanaziela said...

Nily: Raisa kata jangan jeles unni nily..nanti next trip kita sama2 sampai..hehehehe

Intanaziela said...

Tina othman: alhamdulillah, rezeki kami dapat jalan2...seronok dapat berlibur dgn family kan...

BeMiE said...

jom tgk apa ada kt trans studio bandung.. kt sini

http://www.bemiesworld.com/2011/07/trans-studio-bandung-indonesia-red.html

Asmara said...

Intan! thanks for d info. InsyaAllah nak jln situ jugak satu hari nnti. hehe.. meh la ke tokyo disneyland, lg best takleh nak kata apa kalau bawk hadif tu, mesti dia seronok sgt. betul kata intan, kalau ada rezeki lebih apa salahnya berjalan2 untuk kepuasan keluarga kan! semoga intan bahagia selalu bersama keluarga tersayang! :D

Intanaziela said...

As...heheheh tokyo? insyaallah satu hari nanti...tapi sebelum tu mau ke Hong Kong dulu kekekkekek

aniramos said...

Happy family...:-)saya pun macam kamu sekeluarga..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!