Friday, November 9, 2012

Adam dan Hawa versi telefon

Baru 7 bulan lepas hubby beli Nokia Window Phone.  Satu untuk dia, dan satu untuk saya.  Handphone ni biasanya saya pegang bila menerima panggilan atau menjawab panggilan.  Saya lebih suka menggunakan Ipad apabila melayari jalur lebar (wah ayat buku ko). Sambil menyusukan Kauthar pun boleh pegang Ipad.  Dalam hati tu sebenarnya terpengaruh juga nak bertukar kepada android.  Samsung Galaxy III sebenarnya menarik hati saya juga, tetapi dek kerana saya rasa handphone yang hubby beli baru 7 bulan umurnya, saya lupakan dulu niat itu.  

Hubby saya memang la selalu buat keputusan yang drastik, dramatik dan romantik.  Dia beritahu yang dia nak pakai iphone, iphone 5 belum sampai Malaysia, jadinya iphone 4S pun ok katanya.  Dia dah order.  Nanti sampai kat ofis saya.  Memang selalu kalau beli barang, akan disuruh hantar ke opis saya sebab tak ada orang di rumah.  Dan yang paling saya tak tahan.. "bukan sebiji tau...dua biji" haaaaaaaaaa dibuatnya beli handphone macam beli apa je kan.  Sabar aje lah.

Apa pun, terima kasih daun keladi buat hubby.  Sayang awak. Bukan sebab awak belikan iphone.  Saya sayang awak sebab awak seorang suami yang baik, seorang suami yang sayangkan anak-anak.  Semoga setiap hari yang mendatang sentiasa mematangkan kita, semoga setiap dugaan yang menjelma buat awak semakin kuat menyayangi saya dan anak-anak.

Bila tengok Adam dan Hawa, saya tengok Adam pakai Iphone, jadi mungkin ini galakan dari hubby untuk saya terus menonton Adam dan Hawa ialah sangatkan. hahahaha.




2 comments:

niL said...

Dah kalau terlebih tu...kasik laa sini!

Intanaziela said...

Nily: bukannya terlebih...hahahaha nak kasi kat orang yang dah berlebih2 lagi la tak boleh hahahhaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!