Bawa Opah dan atuk yang join kami ke Alicafe Tigarasa di USJ Taipan.
Petang tu sempat bawa Kauthar dan Raisa ke taman permainan dekat dengan rumah. Abang Hadif nak tinggal di rumah opah. Kononnya malam tu nak keluar lagi cari barang jadi boleh la jemput dia di rumah opah kemudianya.
Kejap sahaja dah besar anak-anak ni. Raisa lagi la rasa dia cepat besar sebab cepat benar dapat adik. hahahaha. Tapi pandang dari sudut positif, sekarang ni bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insyaallah.
Yang sorang ni pun sama, baru 8 bulan, dah berdiri lepas dah nak berjalan. Ada juga yang menurun mama masa kecil, umur 9 bulan dah ligat berjalan. Patutlah sampai dah tua hati muda ni masih kuat berjalan. Baru ni jumpa doktor Azlan di klinik Famili, bagitau doktor yang sakit atas lutut, doktor kata otot bengkak, bila tanya punya, doktor kata "kuat berjalan!" adoi, hahahah terkono den!
Baru nak bersiap-siap, mak call katanya Hadif macam sesak nafas. Mula la hati jadi libang libu, pergi klnik Sheikh, Doktor kat situ suruh terus refer HKL base on history kelahiran Hadif, masa tu hati dah mula gundah gulana...tapi sempat singgah klinik Famili untuk dapatkan second opinion. Alhamdulillah, doktor Jorahaliza kata bukan sebab masalah jantung atau injap jantung, tapi Hadif punya tonsil bengkak dan kami dinasihatkan untuk buang tonsil Hadif yang bengkak itu. Lega rasa hati. Bising doktor Jora, masakan budak yang oksigen 100% , kulit pink sihat dikata ada masalah jantung. Allah..Allah... lega rasa hati, lepas siap tu terus ikutkan kehendak cik abang tu nak beli alat untuk dia melukis. Layankan aje asalkan abang Hadif happy. :)
Ahadnya pula sibuk menguruskan kisah perkahwinan maklang Hadif. Lepas siap berbincang kononnya nak ke Setia City Mall, tapi dipertengahan jalan hubby tukar fikiran, terus ke space U8, Bukit Jelutong. Sempat singgah Econsave sekejap lepas tu balik rumah. Sampai rumah siapkan anak-anak, pas tu mulakan operasi membuat cup cakes red velvet kononnya nak buat kudapan sementara nak menonton bola Malaysia VS Singapore. Alhamdulillah kek menjadi untuk baking kali kedua...
ok siap untuk di bakar, warnanya tak la velvet sangat sebab puas cari pewarna merah cecari tapi tak ada stok, so pakai yang serbuk sahaja hahahha
Alhamdulillah naik cantik cup cakes saya kalau tidak .... hahahahah merajuk tak mau bakar lagi..hahahaha
Macam biasa..kalau deco mesti la fail...so ini deca mencari jalan Kasim selamat namanya
Alhamdulillah, rasa seronok berjaya buat membaik pulih dalam membakar red velvet untuk kali kedua ini. much better. Lepas ni tak payah la order lagi, buat sendiri aje.
4 comments:
syoknya dapat buat red velvet sendiri...lynn pandai order jer...huhuhuh...
salam
kalau nak kaler purple red beli beetroot sebiji parutkan dan campur.
klu nak pink pun lrtak stitik.
pewarna smulajadi.
beetroot ni manis...so bleh campur kalau blend
Nor: oh ye? mana nak cari buah beetroot tu?
Lyn Hamzah: hahaha intan pun baru je belajar buat, alhamdulillah jadi la pulak..hihihih
Post a Comment