Monday, April 29, 2013

Entry tak ada cerita tapi nak juga bercerita...

Sudah lama teringin nak berselendang bagai, pernah beli, tetapi kesungguhan tak ada,  bila pakai asyik tak menjadi, dan bila usia dah bertambah ni terasa nak cuba sesuatu yang baru, salah satunya nak tukar penampilan, saya pun cuba lah pakai shawl bagai... hentam aje lilit..lilit dan lilit.  pernah suatu ketika sedang melilit tudung nak keluar, hubby cakap "pakai tudung yang sarung je tu tak boleh ke?" hahahah. akak bulatkan mata je hahahhaa

 comel tak kak Ton? kah kah kah...


 susah betul nak cari shawl yang plain dan labuh, yang memenuhi tuntutan syarak...tutup dada... yang ini jumpa di Giant Putra Height, pun tak labuh sangat.

 pagi ni nak keluar dari rumah, abang Hadif tegur "amboi mama...macam remaja!" hahahahah remaja katanya? walaupun muka kembang setaman..tapi nak juga pakai...hahahha

 posing dengan Raisa pagi tadi...tengoklah bibir anak dara saya yang merah menyala mengalahkan mama yang nak pergi kerja...

Raisa memang suka makan sayur dan buah.  Biar tak ada nasi anak dara seorang ni... semoga sampai besarlah dia suka makan sayur dan buah..

Adik Kauthar yang dah pandai panggil maaaamma... mula-mula dulu dia panggil saya kakak...eh, lagi la elok panggil kakak kan, terasa muda belia mama ni dik..hahahah

Gambar Abang? tak ada...insyaallah nak buat satu entry khas untuk abang Hadif bila lapang nanti.



Thursday, April 18, 2013

Cuti-Cuti Malaysia: LEGOLAND MALAYSIA

Sebenarnya dah lama plan nak bawa anak-anak ke legoland tetapi masa memang tak mengizinkan.  Kalau ikutkan kami plan nak ke legoland bulan 5 nanti, tetapi alang-alang dah ke Melaka, lajakkan terus ke Johor Baharu.  Opah dan atuk pun ikut sama.  Bila ada opah dan atuk, dapatlah mama dan babah bertogether-gether buat macam-macam activiti. Bila saya dan hubby enjoy the ride, opah dan atuk tolong tengok-tengokkan Raisa dan Kauthar. Jangan tak caya, mak abah saya pun naik je ride yang kecut perut tu...tak sangka pasangan umur 56 dan 61 tahun ni sporting habis.. hahahah


Oleh kerana kami pergi bukan hujung minggu, parking di Medini Mall, tak perlu berpanas nak sampai depan pintu masuk Legoland. 3K dah excited nak explore legoland kononnya tu..hahahhaa

 abang ni, takat naik benda pusing2 ni dia boleh la senyum lagi...tapi yang tak best kat legoland ni banyak yang Raisa tak boleh naik.  Kalau kat Disneyland tu ok je, lepas aje kalau takat tinggi Raisa tu.  sampai Raisa sendiri cakap "siannn kakak ..." ahahhaha.


muka sebelum pening sebab pening giler naik benda alah ni..hahahhaa

ni nama dia Technic twister. Muka saya memang la nampak kecut tapi mak maintain sebenarnya uolls..hahahah,  Tengoklah babah yang hover tu...hahahhaha

berpeluh-peluh abang.  Cuaca adalah panas dan kering.  Rasa macam duduk dalam oven. kesian anak-anak.  Mujurlah anak-anak saya dah biasa lasak..tak ada yang merengek atau menangis pun...alhamdulillah.


kauthar pun excited nak join...

mama layankan aje la anak dara ni nak naik train..hahahah

Adik Kauthar yang pandai main...tak banyak ragam..kekalkan prestasi dik..nanti boleh pi lebih jauh..hihihi

Kakak Raisa biasalah, apa yang adik nak main, yang itulah dia nak juga...

yang ni saya tak naik, tapi Hadif, babah dan atuk naik...Abang Hadif kata ok je mama..hahahaha

atuk layan Raisa jadi pilot.  2 kali okeh Raisa naik hahahha

Dalam keretapi pusing2 legoland...

Panas terik.  Hubby saya kata kalau kat umah ni confirm kita tak keluar pi mana-mana...hahahaha


Mek Raisa yang dah kepenatan...

yang sorang ni sibuk ajak pi beli lego...

muka mama yang dah tak berapa manis sebab abang kacau daun nak gambar lomantik2 dengan babah...hahaha

opah yang sporting...lepas naik technic twister terus cakap ish...tobat mak nak naik dah..hahahah


babah yang dah kepanasan...layan aje la si Raisa tu kan..hahahah

 anak dara yang sangat ligat...berani mengalahkan abang, tapi kesian tak cukup ketinggian..hahaha

 dari lego...terpegun saya dibuatnya




Bukti atuk dan opah yang sporting...

 adik kauthar isi minyak...

 Opah, atuk dan cucu dengan replika KLCC dari lego...

 mama pun nak enterprem..

 abang Hadif dah mula menmbuat tinjauan dan pemilihan...adoi pening kepala babah ...hahaha


ok, jom balik....

Pada saya, legoland Malaysia ni ok, cuma pihak pengurusan sepatutnya lebih peka dengan cuaca yang terlampau panas.  Letak lah mist fan ke, kalau saya pun rasa tak tahan dengan kepanasan, apa lagi budak-budak, kan.  Untuk tempat yang bertaraf antarabangsa, rasanya banyak lagi pembaikan dan penambahan yang perlu di buat. Kalau nak dibandingkan dengan Universal Studio dan Disneyland, nampaknya Legoland perlu menaik tarafkan lagi servis untuk setaraf dengan theme park yang bertaraf antarabangsa.

Untuk bersolat, ada surau yang selesa, makanan pada saya ok sangatlah, kami makan di Pizza Mania, dan harganya amat berpatutan, makan untuk 5 orang RM75.  

p/s: gambar-gambar semuanya dari kamera telefon, tak sempat nak transfer gambar-gambar dari DSLR lagi. 




Cuti-cuti Malaysia: Johor Premium Outlet

Lepas check out A Famosa, kami menuju ke Johor Baharu.  Hari kedua cuti-cuti Malaysia kami menuju ke JPO yang sibuk diperkatakan.  Sampai sahaja meneruskan misi mencari apa yang dirasakan mampu di beli.  Banyak butik yang saya tak masuk sebab saya tak rasa saya mampu nak beli..ngeh ngeh ngeh. 

Opah dan atuk sempat belik sandal Clark yang harganya cuma RM200.  Abang Hadif pun dapat kasut Clark di JPO sementara adik-adik dapat kasut di NIKE.  Sempat belikan baju abang Hadif di Poney tetapi tak banyak sangat pilihan.  Raisa dapat baju dan jeans di GAP.  Babah pun dapat barang yang dia berkenan.  Mama? hahahah hahahah hahahah lagi.  Adalah beli juga, kebetulan Coach ada buat sales 50% hari tu.  Kalau tanya pendapat saya, harga di JPO tak lah murah sangat.  Kalau berharap harga murah-murah memang tidaklah rasanya.  Setakat handbag coach sebiji boleh la dapat bawah 1K.  Menurut kata salesman dia Coach, design di JPO memang tak sama dengan design di butik coach.  Untuk JPO memang designnya tidak ada di butik.  Pilihan tak berapa banyak dan saya memang tak jumpa apa yang saya berkenan di coach ni sebenarnya. 

 Dari tepi highway dah nampak JPO.  Makin dekat makin berdebar kah kah kah

 di sinilah retail therapy saya bermula.  macam-macam jenama ada, tapi tidaklah semua diterjah sebab sedar kemampuan diri ini hahahah

 sementara tunggu babah cari barang dia...kami posing-posing kat luar hihihi

 My bulan bintang, adik kauthar tidur aje kejenya...senang kira hahahaha

 possing manja...abang Hadif kata "amboiii" hahahah

 Opah dan atuk..si abang hadif ni memang suka kacau daun...

 dah dapat sikit barang rampasan... :)

 Artis mana ni? boleh minta autograph bang? hahahahaha

 untung bawak 2 stroller...tak penat nak jinjing barang...hahahhaha

 cinta pandang pertama, Micheal Kors yang meruntun kalbu...ada 30% ye..lai..lai... 

jom balik...sebelum lekuk bertambah dalam...hahahahha

 Antara hasil tangkapan, tang nak mengemas ni la yang saya malas sebab nak kena susun barang-barang dalam beg, nak memastikan kereta tak serabut...kalau naik Alphard lain la kan..hahahahha

ni pilihan Raisa.  anak dara sorang ni memang kuat melaram.  kat mulut tu tak henti-henti sebut "nanti babah belikan cincin...lipstik...kasut...gelang kaki..." hahahah geleng kepala babah dia... baah cakap eii..takutlah nanti Raisa ni nak jadi macam Lady gaga pulak hahahahha

Opah dan Kauthar di lobi hotel

 macam dilanda puting beliung bilik dikerjakan dek anak dara den ni ha...

Lepas dah siap semua kami meneruskan perjalan mencari nasi lemak yang katanya glamour di Kulaijaya...namanya nasi lemak Wak Kentot.  hahahhaha.  betul, tak tipu.  memang terkenal kalau tanya aje orang tempatan akan tahu nasi lemak wak kentot.  Lauknya hanya ayam goreng berempah.  Makan 5 orang dengan air baru RM21.  murahkan? Kalau ke JPO jangan lupa cari nasi lemak Wak Kentot, kalau exit JPO tu, Traficlight Indahpura, susur ke kiri.dan teruskan perjalanan hingga ke bandar dan nampak Public Bank ambil ke kiri dan kedainya di kiri anda.  Jangan berharap jumpa restoran ye, cuma gerai di tepi jalan. :)

Siap makan kami meneruskan perjalanan ke bandar JB.  Nak check in Hotel Sentral.  Dengan adanya GPS, insyaallah mana ceruk yang tak dapat dijumpai walaupun sebelum tu sesat makan langsat. hahhahaha.  

Sampai hotel, terus mandikan anak-anak, dan bersihkan diri.  Lepas tu mama pun pengsan. hahahaha.


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!