Pagi ni cuaca mendung, destinasi pertama nak ke Fremantle. Nak makan Fish and Chip yang orang dok kata sedap tu. Bagi saya yang bukan penggemar fish and chip...kira oklah, rasa fish and chip tu. Order juga chili's mussel. Pun rasanya kira oklah. Raisa suka sangat, maklumlah dia kan penggemar makanan laut.
Kami jalan-jalan dan foto-foto di situ kemudian kelam kabut dok cari toilet sebab Raisa nak terkucil. hahaha. Nasib baik public toilet tak jauh. Saya tanya dia "lega tak kakak?" dia jawab "hihih tadi kat hotel pun bila kakak buang air besar babah tanya lega tak? lega tak? ni mama pulak tanya lega tak!" hahahha. sama je kan kak mama dan babah ko. hahahaha.
Hari ni 7 April adalah hari jadi Babah. So happy birthday to babah... tq belanja kami makan di hari jadi babah. We love you loads. Semoga diberikan keberkatan umur, di murahkan rezeki boleh kita mengembara lebih jauh, dan diberikan kesihatan yang baik. emuaaaaah ciked :)
|
sila abaikan aksi si kauthar yang ala-ala tu..hahahah |
|
nak bergambar tapi cuak sebab masa tu la si kauthar sibuk2 nak melompat...bimbang kena kutip dia dari air laut tu..hahaha |
|
Mama dan Kakak. Semoga kita boleh jadi BFF. cumanya kefanatikan kakak terhadap kosmetik tu mama tak berapa nak setuju laaaa |
|
sementara tunggu makanan siap, boleh isi masa lapang dengan mewarna. Memang kesukaan Raisa...adik tu lebih senang kalau nak suruh dia dia umpan dengan makanan |
|
jenuh nak pilih menu. Tapi Kauthar ni makan langsung tak memilih...janji kenyang...go head go stand |
|
my buah hati, abang Hadif. tak payah suruh kalau bergaya. |
|
3 K yang macam-macam sangat... |
|
Birthday boy dan hadiah tulus ikhlas dari mama...suka tak? suka tak? suka tak? ngeeeeeeee |
|
ni la ropanya chili's mussel. makan dengan roti. sedap jugak. |
|
adalah memerlukan kesabaran kalau nak semua pandang kamera, jadinya nasib ko la gambar... |
|
ni gambar muah ciked hahahaha |
|
ultra man tarooo |
Happy Birthday Sayang... Semoga segala yang baik bersama hidup mu. Semoga kita memiliki masa terbaik untuk mengembara dan melihat apa
yang ada di luar sana. Jangan tunggu lagi, mulakanlah langkah pertama
anda untuk menjelajah dunia. Jangan biarkan peluang ini terlepas,
terokalah dunia ketika anda masih muda. Ewah...amcam? mantop tak ayat? Paling penting.... semgoa Allah makbulkan doa kita nak jadi best partner..best travel partner sampai ke akhir hayat kita.