Tuesday, April 14, 2015

Part 2 - Perth 2015

 Selepas check out dari Tavern Motel, Lake King kami meneruskan perjalanan ke Esperance.  Misi mencari Kangaroo katanya. Hiks.  Sempat singgah ke Pink Lake tetapi air tasik tengah surut dan warnanya tidak la pink.  Walau bagaimana pun, tetap best dan teruja sebab akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Pink Lake yang diperkatakan.  Tak lama pun kami di sini sebab perjalanan masih jauh nak ke Cape Le Grande National Park. 



amik feel dok depan pink lake walaupun airnya tak de warna...Alga mati kot hihihi







Boleh baca detail di link yang saya share sebab malas nak menaip panjang-panjang. Cuaca memang cantik masa kami sampai sayangnya Raisa lena dibuai mimpi indah dia.  Makanya tak adalah gambar kakak di Stonehenge hahahah.  

Kami berempat beranak.  Tak tergambar rasa seronok bila sampai di sini, moga ada rezeki kami untuk bergambar di Stonehenge UK pulak.  Aaaaaaamin.

Adik Kauthar sekarang ni cukup pandai buat perangai mengada-ngada.  Mama nak layan possing ala retis pun tak boleh...hahahha

Macam biasa, mesti la ada gambar berdua king dan queeen kingkong hahahaha. 






Lepas bergambar-gambar sempat buatkan maggie cup untuk anak-anak dan makan pastry yang kami beli di Danish Patisserie.  Sambil tu menikmati permandangan yang cantik manakala babah memberikan sepenuh perhatian pada pemanduan sebab takut langgar kangaroo. hahahah.  Sepanjang perjalanan memang banyak "korban cinta" kangaroo yang tak tahu la bunuh diri sebab putus cinta atau terbunuh dalam misi mencari cinta.


No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!