Thursday, April 2, 2015

Journey to Land Down Under

Buku Merah Jangan lupa bawak moga belum tamat tempoh! hah jangan bikin pening buku merah tamat tempoh ye hahahah. This is the most awaited holiday ever.  Selepas ke tempat orang bermata sepet, teringin pulak rasanya nak balik ke kampung halaman nenek moyang dulu. hahahah.  Pengsan perasan.

 Adalah sadis rasa hati bila tukar duit berpuluh keping tetapi dapatnya tak sampai sepuluh keping...nangis mengenang nasib diri di situ.



 hubby saya jenis celik IT dan saya pula biasanya akan buat preparation ala-ala konservatif. hahahah. terbukti berguna contohnya masa kami ke Korea tahun lalu line internet yang di roaming buat hal. Bergunalah juga catitan ala-ala zaman purba saya hahahaha.


 List makanan yang nak di declare kat kastam nanti. Bila baca review, kat Perth makanan Halal mudah nak dapat, kami sepakat membawa berkat tak mahu beratkan luggage nak bawa makanan dari Malaysia, cuma bawa Maggi Cup dan bubur nasi, susu anak-anak dan cili sos peket kecik sebab saya tak boleh hidup tanpa cili sos. Dah terbayang nak makan fish and chip dgn chili sauce dari Malaysa wakakakaka

 Pink Lake yang mudah-mudahan dapatlah kami jejak kaki ke tasik kaler pink ini.  Mesti Raisa suka sebab dia fanatik pink hahaha

 Tour Book ini idea asal diberi hak cipta oleh tuan punya, iaitu cik Bunga.  Terima Kasih sifu! ekekekek.  Moga mudahlah urusan kami nak pertemukan anak-anak dengan wombat, kangaroo, koala dan mereka yang sewaktu dengan mereka. 



Jadual waktu solat pun ada.  List Halal food panjang berjela.  eh, ni trip Jalan-Jalan Cari Makan ke? hahahaha.

Malam semalam dah siap kemas luggage dengan hubby.  Esok mudah-mudahan boleh balik on time sebab nak bersiap lepas maghrib nak ke airport.  Semoga kembara kami sekeluarga untuk melihat tempat orang di permudahkan.  Aamin.

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!