Tuesday, April 14, 2015

Part 1 - Perth 2015

Rasa lemau betul bila masuk office setelah seminggu bercuti.  Rasa macam nak migrate ke Perth pun ada. hahahah.  Tapi memang seronok dan pengalaman yang dikutip bukan sedikit harganya.  Tak tau la sempat siap ke tidak catatan percutian memandangkan masa sentiasa mencemburi saya untuk menulis, tetapi akan saya cuba tulis serba sedikit pengalaman kami melewati tempat-tempat yang menarik sepanjang kami di bumi Australia. 



sementara nak boarding, nak elak dari semua tak tau diam, bagi Ipad pada abang dan adik.  Kakak memang bawa bekal coloring book dan pencil color dia.  Berbezakan perwatakan anak lelaki dan perempuan? hahahah

Perth International Airport.  Kecik aje.  Tapi memang tak sangka betul bila sampai, melalui pemeriksaan kastam Allah permudahkan urusan kami.  Bayangkan tiada anjing yang penyambut kedatangan kami.  Tak ada adengan beg di buka dan diperiksa.  Semuanya dipermudahkan.  Dengan senyum manis, kastam tu tunjukkan arah jalan keluar di hujung sana... terkedu kejap.  Eh?  tak pegang pun beg kita? hahahah.  Wah...first impression dah best.  Moga semuanya nanti akan best la kan..

Kami bayar untuk kereta besar sedikit, tetapi atas masalah teknikal, syarikat sewa kereta boleh provide Mitsubishi ASX.  oklah, tak payah bayar baby seat $60. Dengan kereta ni la kami lenjan sampai ke Esperance.




nampak sempit sikit kan? tapi tak pe...abang Hadif memang tak banyak songeh.  ni sebelum memulakan perjalanan, sebab lepas ni depa tido aje kejenya...hahaha


Apa yang bestnya bila melalui free highway di Perth ini adalah pemandangannya yang sangat cantik.  Tak jemu mata memandang.  Hubby yang memandu pun setuju dengan statement saya.

masa ni anak-anak tidur, kecuali abang Hadif yang kena paksa jadi photographer wakakakakka



kami berhenti kejap di pekan kecil namanya Brookton.  Cantik pekan ni, tapi tak nampak manusia pun.  Oh, patutlah rupanya hari Sabtu...hahahha

nampak kecik tak kak ton? wakakakkaka




Semasa di Wave Rock ni anak-anak sibuk tanya bagaimana ia terhasil.  Raisa sibuk pok pek pok pek.  Pas tu babah janji nanti kat bilik hotel babah cerita...memang pun...sampai ke dalam mimpi babah dok cerita hahahaha


 Sejarah Wave Rock   Hyden Wave Rock


Senja di Lake King, Tavern. Sempat captured senja nan merah ini semasa babah buat booking bilik.


walaupun namanya motel, sangat selesa dan bersih.  cuma line internet saja tak ada.

My orang mintak di stesen minyak hahahaa


3 comments:

Lynn Huraiza said...

bestnya travel sendiri...seronok tengok...

Saniah said...

moga seronak travel kak ila,, pam minyak tu self servis ye,,tak nampak orang lain pun hihi,,

Intanaziela said...

lynn hamzah: alhamdulillah...terima kasih ye. kami memang kalau travel lebih senang bergerak sendiri...


Ani: seronoknya tak boleh nak digambar ani... kat sana petrol stationnya kena layan diri..isi dulu baru bayar. kalau kat sini buat gitu alamatlah ramai yang lari kan..hahaha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!