Sebenarnya, tempat kami menginap tak jauh dari Kings park dan house of Parliament. Lepas jalan-jalan kat Fremantle cadangnya nak bawa anak-anak menyusuri taman yang kata orang kalau ke Perth tak pergi ke Kings Park tak Perth la namanya. Cuaca memang mendung dan tak lama kami sampai hujan pun turun. Sesi foto-foto kejap lepas tu berlari ke kereta. Set GPS terus cari Charcoal Chicken Express Dianella. Memang tak menyesal cari kedai ni sebab sangat la sedap. Order set Lamb dan Set Chicken. Portion memang besar tapi utk lamb memang tak boleh kongsi sebab sedap sangat. So sesiapa yang ke Perth, sila la singgah ke Charcoal Chicken ni, mesti tak regret. Kami ambil set dengan air, jumlah yang dibayar adalah AUD40. Sila jangan convert yaaa.
Charcoal Chicken Express Dianella
Centro Dianella
366 Grand Promenade
Dianella WA 6059
Australia
lalu lalang kat depan ni, tapi nan ado nak berhenti amik gambar...snap dari jendela kereta sajaaaa |
gigih membaca di rembang senja hik hik hik |
Masing-masing layankan aje mama suh possing |
si Ahmad ni memang semakin pandai menunjuk perasaan. Mama dengan Babah memang kalah dibuatnya |
photo bomb by hubby. |
Mama dan kakak... |
abang berlatar belakangkan Bandar Perth |
Masa ni belum pun pukul 6 tapi dah gelap |
posing jangan tak posing |
My birthday boy.... muah ciked :) |
rrupa tak menggambarkan rasa sebab rasanyaaaaa sangatlah sedap weh |
sekarang makan dah tak boleh tumpang. dia pau lagi yang babah punya ada..hahahaha |
cuaca cantik sangat petang ni... tapi tak larat nak ambil gambar...huhuhu |
harus ada gambar bercinta-cinta yang nanti anak cucu nak tengok |
si pembuli....pengsan babah dikerjakan ko dik! |
agggghhhh aku rindu! |
ehem... |
jumpa cik kak ni di Caversham, anak dara ku memang extra peramah nurun mama dia. Sibuk ter aunty...aunty.. pas tu aunty tu ajak bergambar. bukan main senyum dan introduce nama dia Khadija. |
kauthar membayangkan dia di tasik titiwangsa kot. |
abaikan mama muka mondom. period pain weh |
tq Mr. Photographer. I Love this Photo |
Ichaija dan cik kangaroo |
sikit lagi mesti abang Hadif lagi tinggi dari babah. |
No comments:
Post a Comment