Percutian ke Krabi ni memang khas untuk saya dan hubby sahaja. Masa nak booking memang dah buat perjanjian antara satu sama lain, yang anak-anak kena tinggal. Kasi chance mak pak pi honeymoon. Kalau ikutkan, hubby janji nak bawa saya ke Bali, tetapi memandangkan passport saya belum ada cop Thailand, jadi saya request nak ke Krabi.
Tak banyak pun persiapan di buat. Hubby beli tiket lepas tu terus booking Bajet Hotel. Berdua aje pun, tak kisahlah tidur hotel bajet. Kami menginap di Good Will Hotel di Aonang. Dekat dengan Masjid Bersih biliknya, value for money gitu. Setiap kali kami keluar, balik je hotel bila dah siap dibersihkan. Macma 5 star hotel pulak kekekekeke.
Hari pertama sampai dah malam. Lepas letak barang kat bilik kami menyusuri jalan berliku kah kah kah cari pakej untuk ke Pulau. Jumpa la dengan si Paula yang bagi pakej RM100 seorang. Ingatkan dah murah, jalan lagi jumpa pulak pakej RM90. Hampeh ko Paula, ambil untung lebih yek. Tapi Paula ni baik, nama Islam dia Aminah.
Kami amik pakej round pulau, singgah Maya Bay, Phi Phi Island, Bamboo Island. Yang pasti saya mabuk laut. lembik. Hilang rasa teruja menengok Maya Bay yang glamer tu. Dah la punya ramai manusia tak macam low peak season pun.
|
Kengkonon amik masa berdua, jalan2 pegang tangan, sembang-sembang. Boleh la. Lepas tu dua-dua menung ingatkan anak-anak. hahahhahaa |
|
cer tengok...macam mana nak feeling2 pandang keindahan kalau dah penuh sesak manosia. tapi personally saya tetap kata cantik tempat ni. Maha suci Allah menjadikan keindahan yang sedap mata memandang. Kalau nak tengok free show rasanya tak la teruk sangat, sebab rasanya mereka ni agak bersopan, walaupun mengenakan pakaian mandi, depa sia cover dengan baju kelawar keh keh keh. |
|
Kami serwa motor dengan harga 200 Baht = RM20 sehari. Round Pulau, masuk kampung orang, kena kejar anjing..wah memang best hahahaha |
|
Kalau nak pi tempat bersejarah memang bukan la kami. Kat sini siap jumpa member sama UiTM Arau dulu. keciknya dunia |
|
|
dari Shell Fossil Beach ni boleh nampak pulau-pulau yang berdekatan. Masa ni kami basah kuyup sebab meredah hujan lebat ke pekan Krabi. |
|
hubby kata kenapa asa bergambar mesti nak bersandar. Saya jawab "kondifen kurang yang!" |
Boleh baca d
i SINI
|
incik SK siap panjat pokok nak dapatkan view ni. Nampak tak Ahjumma tudung coklat yang Lost tu? hahahah. Kes mabuk laut la tu...jiwa jadi kacau hahaha |
|
Pancake Rotee Banana + Nuttella. Sedap. siap order sorang satu tak mo kongsi hahahah. |
|
Yang ni saya beli 5. sedap weh. hahahhaa |
|
bergambar dengna Crab-i. masa ni masing-masing basah kuyup sebab meredah hujan lebat. Best juga menyusuri pekan Krabi tanpa GPS. verangan jadi orang tempatan. Salah simpang selamba je pusing balik walaupun bukan tempat nak pusing balik. Agak samseng di situ hahaha. |
|
Petang terakhir sebelum balik kami habis kan masa bersantai di tepi pantai berdekatan dengna Golden Beach Resort. macam biasa, sesi foto foto untuk simpanan anak cucu satu! |
|
Petang tu cuaca mendung. Ada matahari, tapi sun setnya nun jauh di sana. |
|
cer tengok SK tu, kemain sengih pakai spek mata hitam dia...tak pe, kasi chance kakakaka |
|
masa jalan-jalan cari souvenir di sapa oleh Lady Boy. Kemain seksi depa. Ajak bergambar. Ingatkan free rupanya kena bayar kalau ambil gambar dengan depa. Siap dikejarnya kami mintak duit weh..hahahah Seram. |
|
Kalau ke krabi tak pi massage rasanya tak sah kan. Murah sangat-sangat. 1 jam baru RM20. setiap hari saya pi massage. Kalau sesiapa yang suka, kalau ke Krabi, cari la Sleep Inn ni. Kalau nak beli pakej ke pulau murah, nak massage pun boleh tawar menawar. Owner dia mesra sangat. Kami siap amik transport ke airport dengn aunti ni. Baru RM15 seorang. Kalau nak sewa bilik pun murah kat sini. Insyaallah kalau kami ke Krabi dengan anak-anak nak duduk Sleep Inn. Sangat kekeluargaan di situ. hihihihi |
|
Ok, dah cukuplah 4 hari 3 malam honeymoon kita. Rindu serindu rindunya kat anak-anak. Sebenarnya kami kena juga ajar anak-anak supaya boleh berjauhan dengan kami sebab manalah tahu nanti kena tinggalkan mereka lama sikit bila kami out station kan. Insyaallah, Allah ada jagakan mereka. |
Kesimpulannya, Krabi ni boleh la dikatakan destinasi yang saya nak pergi lagi. :)
1 comment:
Post a Comment