Thursday, April 17, 2008

What a day!

Am waiting my che abang balik today.. jeng..jeng..jeng..

Today is my boss birthday. Happy birthday to you boss...
Tadi ada buat small celebration, actually bukan la celebration pun, just potong kek, makan meehon dan kuih muih..more to department breakfast talk ler..huhuhu.. nampak muka boss happy.... boss ni baru je masuk department aku, bulan 8 tahun lepas, sebelum ni? Lady boss. Sabar aje la aku, okeh. Kira 3 tahun makan hati. So sekarang, nampak la cam bermaya sikit department ni. Boss aku ni dah bujang balik 10 tahun yang lalu. Ada 3 kids. Salute aku. Tak kawin2 pun.. so semoga Boss panjang umur, murah rezeki, cepat bertemu jodoh...dan happy dgn department kitorang ni.. walaupun baru, tapi memang happy dapat bekerja dgn boss yang baru ni..more understanding..more infomation..memang more la segala2nya..cuma bukan more jutaria jek..hiks

Hadif punya cerita pulak,
Tadi teacher dia call. Suh jangan bekalkan botol susu kat mamat tu. Huhuhu..anak ku itu dah la tak makan apa..susu tu merupakan makanan ruji dia..so how eh? May be ada betulnya cakap teacher, kawan2 dia yang lain pun request botol bila tengok hadif bawak botol.. so esok kenalah tukar method..bawak susu dalam bekal air...kalau kira dekat pat lima bijik botol air kami dok belikan dia, tapi satu pun dia tak minat nak guna..

Teringat cerita sahabat aku, Ayu pagi tadi. Dia jumpa abang angkat dia dulu masa melawat jiran Ayu meninggal dunia. Nama dia Abg Lie. Masa aku kat UiTM Arau dulu, Abg Lie ni memang syok kat Ayu. Tapinya ayu anggap dia cam abang je. Ayu citer, dia kena serang dgn wife abg lie tu sebab sms dia pada abang lie. Bukan sms apa pun, sms tanya khabar Ayu. Ayu ni sakit. Ada satu ketika sampai lumpuh tak boleh berjalan. Alhamdulillah, sekarang dalam proses nak sembuh. So, bila Abg Lie jumpa Ayu kat umah jiran Ayu tu, (time tu of course ler Ayu mai dgn Hubby dia) Abg Lie tu start hantar sms. Siap dok citer anak dia sakit Talasemia la...so as kawan lama, kita simpati la kan. Tapi kita tau la batasannya. Tak de la feeling kaa..apa ka.. tapi wife abang lie ni sudah fikir lain..apa lagi, siap dgn maki hamun la dia hadiahkan kat kawan aku si Ayu ni..dan yang bosannya, si abg lie ni langsung tak reti nak control situation. Tak kan la tak leh terangkan perkara yang betul. Takut bini mey?
Kalau aku, aku nak je cakap dgn bini abg lie tu, "kalau aku nak kat laki hang, tak de la hang kawin dgn dia!" Aku pun pernah deal dgn situasi cam gini. Ex-girlfriend hubby aku dok cari2 dia. Banyak jenis tau. Ada sorang tu, suka nak psycho aku. Mula2, aku berlembut lagi, aku layan je, sampai bising hubby aku. Last sekali, aku tak tahan, aku smash terus. Ha, amik..terus berhenti dari mengganggu idup aku. Tak denye aku nak serang2 ke..perang sms ke. Buang masa. Kasi satu das, ha terus tutup mulut.

Tu kes kalau Ex-girfriend hubby kita. Ni ada satu hamba Allah, dok jelous sangat kalau dengar nama aku. Walhal aku tak la pernah couple pun dgn husband dia. Time kat UiTM Perlis dulu, husband dia suka kat aku. Tapi aku anggap cam kawan je. So bila aku dah kat UiTM Perak, dgr dia dah kawan dgn mamat yang minat kat aku ni. Elok la tu kan? Who cares? kalau aku nak, dah tentu la dari dulu aku dah kawan dgn husband dia tu kan. Dah la pompuan tu dulu time dalam kelas selalu dok sebelah aku. Selalu tiru jawapan aku dalam english class. Tetiba dok buat sombong dgn aku bila terserempak. Jadi confuse aku. Aku ingat lagi ayat mamat tu time aku dtg UiTM Arau, bila aku komplen minah tu kerek dgn aku, " Dia tak sekuat intan. Minta maaflah ye, tak boleh join kawan2 makan...dia jelous sgt dgn intan" Aku rasa nak gelak besar pun ada. Lantak la, kalau takat diorang dua orang tak join makan2 dgn geng DBS tu, aku tak sedih pun. Cumanya fikirlah sikit, kalau aku ni nak kat pak we dia, tak kan la mamat tu couple dgn dia. Buat apa la sampai nak buang2 kawan dek kerana isu yang remeh tu kan. Sekarang ni, masing2 dah kawin. Masing2 dah ada anak. Tapi wife dia tetap tak leh dgr nama aku. Itu pun adik mamat tu yang citer. Kelakarkan. Kalau aku dgn hubby pulak, jadi mainan gurauan kami jek kalau menyebut nama2 insan dolu2 tu..Pada aku, cerita2 zaman muda dolu2 tak yah la kenang. Masing2 dah bahagia dgn keluarga masing2.

soksek: Buka hati, fikir luas2...jangan ikut perasaan.

5 comments:

mc ta said...

ish..macam2 citer ek..
best teringat zaman dolu2 kan?? he..he..
Hadif bawak botol susu?? mmmm..budak2 lain terliur..tu yg teacher dia tak bagi bawak tuh.
Danish lak, dah baper botol air beli, asyi hilang jer. semlm lagi horror, hilang selipar, siap van driver kena dukung dia..he..he..

Intanaziela said...

mc ta: hehehhe jenuh la pakcik driver van dukung danish yek..teacher ckp siap merajuk2 lagi bila teacher pesan jgn bwk botol huhuhu

viruspadu said...

wah ramai peminat la dia dulu lalalala

Intanaziela said...

viruspadu: semua orang pernah berpengalaman begitu kan? ...zaman lampau..jumpa orang yg salah sebelum jumpa orang yang betul...

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Aluguel de Computadores, I hope you enjoy. The address is http://aluguel-de-computadores.blogspot.com. A hug.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!