uits...aneh je bunyi title kat atas tu ek. Jangan salah paham, ni nak citer apa yang dah berlaku dimalam Jumaat..kekekekek Semalam badan rasa letih sangat..lepas solat maghrib bagitau hubby yang aku nak tido 1 jam je. Sedar2 dah kol 2 pagi! dah la tu, siap terbersin2, pas tu idung berdarah. Kepala pun jadi pening.
Pagi ni, bangun lewat sikit. Nasib baik merepit...heheheh best gilak... tapi badan memang rasa tak berapa sihat. Cam nak tido je. Tengok boss kat dalam bilik tu pun cam tak sihat jugak. Lepas rehat ni kalau boss balik berehat, boleh la aku rehat sama. heheheheh baiiikkk punya pengharapan kan?
--------------------------------------------------------------
Korang pernah tak dapat email ke..sms ke..atau orang sendiri ajak korang menyertai skim yang membawa kepada pulangan wang yang cepat atau lumayan? Aku cukup anti dgn email2 atau perkara yang sewaktu dgnnya. Kalau iye pun nak kaya, atau nak cepat kaya, banyak lagi caranya, contohnya buat la kerja part time ke, jualan langsung yang bersungguh2 ke.. (ada gak jualan langsung yang cari je downline pas tu kononnya dapat hasil yang lumayan...). Tak masuk akal kan? Memang la sumer orang nak idup senang, tapinya kalau sanggup buat personal loan nak masuk skim tu, atau pun duit yang ada sikit..habis dilaburkan. Berbaloi kah?
Aku dah tengok banyak mangsa yang dah kena. Kat opis, dalam kalangan keluarga...dan ada yang masih tak serik2. Ada yang dah sekali terkena..ada yang dah berkali2 terkena. Masih tak serik2. Baru2 ni aku dapat sms berbunyi begini : salam. berminat wat side income x? if yes just let me know n we'll go in details then - xxxxxxxx Ha..jangan harap la aku nak balas yek sms2 yang sebegini. Dalam minggu ni aje dah dekat 10 email sampai kat inbox aku..cara2 mendapatkan wang dgn cepat la..dgn mudah la... hello...day dream kaaa? ada ke orang saje2 nak kasi orang lain duit dgn mudah? tak paham sungguh la aku. Mengikut fikiran aku yang bodoh ni, hanya orang yang MALAS dan TAK SERIK2 je yang join dgn benda2 merapu nih. Apalah salah keluar modal meniaga kain ke...meniaga apa2 je la..yang boleh mendatangkan hasil, tapi tak la macam mat jenin. I'm may be too harsh but itulah aku. Cam ne orang sogok la..pujuk la...aku akan tepis. Kalau jualan langsung MLM kaaa aku pun tak percaya. Lebih2 lagi kalau yang cam gini yek : Keluar modal sikit, pas tu cari orang ramai2..pas tu idup senang. Rasa cam nak gelak guling2. Aku ni realistik betul bab2 gitu. Kalau nak tambah duit, biar jual burger malam2 ke...jual nasik lemak kusus ka...jual baju kat uptown ka..kat pasar malam kaa... ini, labur sikit..pas tu harap dapat pulangan. Bukan tak tau ramai yang dah terkena. Dan, aku tak jeles pun kalau ada antara para PELABUR ni dapat duit pulangan...kalau setakat dapat sebulan dua bulan..pas tu nganga..baiklah tak payah kan..? eiii..naper la aku hangin sangat pasal topik ni yek? entah, aku pun tak tau..tapi aku rasa...ada sesuatu yang aku tak tau kot! Aku rasa hal2 begini penyumbang pada faktor orang2 melayu payah dan susah nak berjaya. Nak berjaya tapi malas nak berusaha, atau pun, nak senaaaaaang je.
soksek: Kalaulah nanti bila ada yang dah terkena tu citer kat aku..siaplah aku kasi sedas dua das bom laser aku. Tak de kompromi. Titik.
No comments:
Post a Comment