Aku cuti dari 13-15 May. Lama tak lama, kejap tak kejap. Tapinya letih kena drive dari shah alam sampai ke kuala terengganu masih bersisa. Sebenarnya bukanlah purposely nak gi holiday ke KT ni, tapinya dek sebab maklang hadif konvo kat Primula Beach Resort. Letih okeh. Bukan sahaja letih sebab kena drive, tapi letih nunggu konvo yang dari kol 7.30 pagi sampai dekat kol 4 petang. Hajer yang giler...
congratulations to mak lang....
Tak banyak tempat yang kami pi jalan2... malam pertama kat KT tu kami amik cab aje, malas nak drive. Pi makan malam pas tu gi semayang isyak kat masjid kristal. lawo amat la masjid tu, tapi sikit sesangat yang jemaah kat masjid tu...Hari kedua tu hubby join kami kat KT. Pas tu terus balik ke Kerteh. Rehat2 je kat kerteh ni, esok paginya baru balik ke Shah Alam. Kali ni aku rehat la pulak, hubby yang drive. Badan dah mula rasa tak sihat..rasa cam demam je. Telan ubat tido je sepanjang perjalanan balik. Sedar2 dah sampai Gombak..huhuhu...malam tak lalu nak makan pun, tido awal dek sebab keletihan yang melampau...
kesimpulannya, penat sungguh kena drive dari shah alam ke kuala terengganu okeh. Cam nak tercabung pinggang mak. Rasa cam menyesal je tak sambung cuti hari Jumaat tu. Bila datang kerja cam tak de mood je, tarikh pun aku lupa..hiks..
No comments:
Post a Comment