Thursday, May 8, 2008

Terima Kasih, Mak!

Sempena bulan sambutan 'mother's day' ni, teringin nak buat entry untuk ibu ku yang tersayang; Siti Radiah Mohd Tahir. Terima Kasih mak..




Terima kasih kerana menjaga dan mendidik intan..sedari kecil..sehinggalah seusia sekarang..
Terima kasih atas kasih sayang mak..
Terima kasih atas pengertian mak..
Terima kasih atas budi baik mak..
Terima kasih atas doa dan restu mak..
Terima kasih atas segala2nya mak..

I love you so much mak...

My mom - aku memang very close dgn mak aku nih. Cam kawan jek. Kalau hubby kat offshore, mak aku la jadi peneman setia ke mana saja aku nak pergi. Masa zaman muda2 dolu, aku memang tak pernah berahsia dgn mak. Sape boipren aku, sape kawan2 aku.. kalau mak kata mak tak berkenan.. I will listen to her. Dan sesungguhnya...pilihan mak..instinct mak..memang tepat, dan memang yang terbaik. Teringat masa zaman aku nak keluar dating dgn hubby.. time tu first time hubby mai visit aku kat UiTM Perak. Sebelum agree nak terima kunjungan hubby, aku call mak dulu, tanya mak..boleh tak aku keluar dgn hubby... dan alhamdulillah, mak izinkan aku keluar dgn hubby. Bila dah abih dating jek, aku terus call mak..citer. Dan, mak memang membantu aku utk membuat keputusan yang tepat, iaitu memilih hubby sebagai suami. Mak aku pernah kata, seorang itu tu, kalau dia tengok sahaja muka sesorang yang diperkenalkan kepadanya, dia dah tau, sama ada orang itu sesuai atau tidak dgn anaknya, Itulah mak ... insan yang sangat aku sayang. Semoga Allah beri peluang untuk aku terus berbakti pada mak...

Bila aku dah lahirkan hadif, lagilah aku rasa betapa murni dan besarnya pengorbanan seorang ibu. Masih terbayang kat mata aku ni, macam mana getirnya ujian Allah buat diri aku. Anak yang aku kandung terbaring jek di ICU. siap dgn mesin lagi. Time tu, rasanya kalau boleh ditukar diri aku, aku nak biarlah aku yang terlentang kat katil tu. Bukan Hadif. Betapa sakitnya perasaan aku bila tengok kesan jarum yang banyak kat tubuh hadif. Ya Allah! betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Betapa Bahagianya aku apabila Allah memperkenankan doa untuk aku menyusukan hadif..buat kali pertama..membelai dan mencium buah hati ku itu..





DAN,

Dikesempatan ini, I would like to wish "HAPPY MOTHER'S DAY" untuk semua mama2..ibu2..mommy2...mak2..ummi2...amma2...di luar sana. Semoga kita sama2 menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 kita.

Sebut pasal menjadi ibu ni, aku dah bertekad. Lepas ni no more stress utk menambah ahli keluarga. Belum ada rezeki kan, nak buat macam mana. Makin difikirkan, makin sakit perasaan. Tambahan bila melihat orang disekeliling aku semua dah pregnant. Jadi, bila aku duduk sorang2..fikir balik..buat apa nak beratkan kepala, kan? aku dah ada Hadif. Bukanya aku tak de zuriat langsung. Orang lain tu lagi la teruk, bertahun2 kawin, tak dapat zuriat lagi. Lebih baik aku fokuskan perhatian untuk jantung hati aku tu, pas tu spend masa together with hubby and Hadif, gi bercuti...lagi best, kan? Bila aku suarakan keazaman aku pada hubby, cik abang tu cakap gini "la..awak fikir ke pasal nak baby ni? saya tak fikir langsung...kalau ada, ada lah..standard la orang2 offshore ni anaknya tak ramai" aiiyakk...gitu pulak.. so, tak mo la tension2 lagi. So...kita enjoiiiiiiiii


soksek: counting days ....

1 comment:

Unknown said...

entry yg bwh2 tu aku stuju aje..wakakaka...!! setakat ni sorang dulu pun cukuplah kan..bukan xde langsung...org lain xpaham ape yg kite alami huhuhu..tatut!! tp kalau dh rejeki Allah nk kasik satu team bola pun boley...!! HAPPY MOTHER'S DAY TO U INTAN POTPET hahaha...kt sini dh celebr8 bln 3 aritu...!!

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!