Monday, September 29, 2008
Jawab tag Su-E
Nama-Nama timangan Anda:
Hubby panggil: Yang...kadang2 Awak jek..
Family: Mak abah panggil Intan, adik2 panggil Along
Kawan2: Kawan2 skolah panggil Azila, kengkawan ITM panggil Kak Intan @ Intan, kawan2 opis panggil Azila.
Insan Teristimewa? Describekan Dia Terlalu Istimewa di mata anda:
Hubby: Teman ketawa..teman menangis..teman bergaduh..teman segala segi..
Hadif: My beloved son. Telatah yang membuatkan mama dia ni sengih sorang2.
Family: Tanpa keluarga..siapalah kita kan...
Lagu kesukaan anda: Tak de yang specific..layan sumer lagu termasuk lagu2 rakyat.
Makanan kesukaan anda: Apa2 aje lah, asal halal.
Warna kesukaan anda: Earth Colors
Sikap yang membuatkan anda Stress: Jadi tak tentu arah kalau dah penat. Time tu kalau pegang benda boleh terlepas, kalau cakap leh jadi merapu...eik..tak suka tau..
Tiga Benda yang mesti ada dalam beg anda: Wallet, handphone & pass keje
Kali terakhir anda menangis & kenapa: Masa company buat majlis berbuka puasa, tengok wajah2 bersih anak2 yatim yang datang...hati jadi sebak..
Tag rakan anda: Tak mo pilih2 la...sesiapa yang baca blog ni, kalau sudi nak jawab tag, dipersilakan okeh..
Friday, September 26, 2008
Salam Lebaran
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Semua...
Maaf Zahir & Batin
Daripada:
Shamsul, Intan & Hadif Khawarizmi
Thursday, September 25, 2008
Majlis Berbuka Puasa
Company buat Majlis berbuka puasa. Selalunya kami akan invite bersama anak2 yatim, and tahun ni Rumah Amal Siraman Kasih jadi pilihan. As one of the committees, memanglah letih bila kena organize majlis begini. Tapi rasa puas hati tengok tak de komplen dari staff yang lain.
Tengok muncung tu? ada gaya muncung keibuan tak? lama dah tak pegang baby. Sangat kekok okeh. tu anak officemate aku, Waffiy nama dia. cute sangat. Keletah, pas tu cerdik. Rasa nak angkut bawak balik (geng hadif la ni..) Bestnya dapat peluk2..cium2..gomol2.. aduh..sungguh rindu nak ada baby nih...heheheheh
Get well dear...
Till then, babai.
Tuesday, September 23, 2008
Entry rindu
Till then, babai..
Wednesday, September 17, 2008
We are officially moving to Berjaya Park...
Lamanya tak update blog. Windu. Actually aku coti dari hari Isnin dan terus sambung hari ni. Pindah umah. Letih tahap gaban okeh. Kami pindah barang yang besar2 jek. So masih ada barang2 yang kecik2 dan merapu2 yang perlu dikemas, malangnya, kaki ku ini sudah sakit sangat, dan tak larat. Ni yang bersiaran dari bilik lama...umah baru tak de line internet. Paling sedih, line yang ada cuma line Digi. Aduh..mati kutu la kami nanti.. :(
Semalam pasang kitchen kabinet. Yang sedihnya, salah seorang pekerja tu terminum tinner yang diorang sendiri letak dalam botol minuman coca cola. Jenuh pulak mencari klinik yang bukak 24 jam, dah tu klinik tak de alat nak buat procedure, refer pulak ke Selangor Medical Centre, dah tu pesakit pulak tak cooperative, hantar pulak pi Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nak pitam pun ada bila berada di Bahagian kecemasan ni kan. Muka hubby pun cuak giler. dia lagi la, mabuk darah. hehehehe
Dekat 2 jam jugak la brader tu kena tunggu sementara nak dapat katil. kesian tengok dia. Datang nak cari rezeki, buat kerja, pas tu terminum tinner pulak. Dalam hati ni tak berhenti berdoa moga dijauhkan Allah dari perkara buruk, dan alhamdulillah, tadi dah pergi visit brader tu kat hospital, doktor kata ok, tak de apa2 dan insyaallah esok boleh balik. Fuh..lega...alhamdulillah.
Hari ni hari mengemas sedunia. Habuk papan yang memenuhi rumah dah pun dibersihkan. Jenuhnya nak kena mengemas hari ni. Dari pagi tak duduk2...siap kemas dapur, kemas hall pulak, pas tu dining hall pulak, cam nak pengsan. Time2 gini la terfikir, kalau la ada maid, kan best. Tapi time2 gini je la, kalau time2 tak buat kerja, rasa selesa dan bimbang pulak nak simpan orang asing dalam rumah. Tapi...sebenarnya tak larat ler nak mengemas atas dan bawah ni. Serius...babah...tulun...
Buat masa ni, memang pening kalau tengok kotak2 yang menimbun2 dalam bilik kat bawah tu, tapi tak pe, janji dah bawak barang masuk, kemas tu pelan2 kayuh la kan..perabot bilik Hadif pun baru sampai petang tadi, tak sempat nak mengemas apa pun. Tengoklah esok ke baru nak mengemas bilik tuan kecik tu. Astro pun belum install. Dah sign up, orang tu kata dalam minggu ni nak pasang. Pendek kata, pindah umah ni memang la memenatkan. Mujurlah bukannya kena pindah banyak2 kali..
Kengkawan, insyaallah, kalau diizinkan Allah, saya jemput ye datang ke rumah utk kenduri kesyukuran. Tapi tarikh dan waktu belum dapat di confirmkan lagi. Semuanya akan diberitahu kelak :)
Monday, September 8, 2008
Sebelum balik kg. Jumaat hari tu, sempat pi SOGO. Aduh manusia...ramai sungguh. Kesian hubby kena usung laptop sebab aku nak buat assignment kat kampung, tak kan nak tinggal laptop dalam kete pulak, dah la parking kat Semua House tuh. Kat SOGO parking penuh.
SOGO kalau sales memang murah, kan. Baju2 budak aku tengok memang berbaloi kalau dibeli. Tapi melihat orang yang beratur panjang mengalahkan gerabak keretapi, melemahkan semangat betul. Tapi hubby suh jugak cari baju anak dia, dah alang2 ada kat SOGO kan, ..dan aku sempat la sambar 4 helai seluar Hadif, T-shirt 3 helai. Tak beli banyak sebab memang dah beli bulan 6 hari tu.. pas tu beli barang umah sikit2. Alhamdulillah, dapat la cari baju utk Abah, Abah mertua, baju untuk hubby dan baju hadif.. tapi ralat sebab tak sempat nak belek2 handbag dan kasut utk diri sendiri. Dah banyak2 tu jadi pening pulak..hahahahah.. so, ni tinggal nak cari kasut anak teruna tu saje.. kalau jumpa yang berkenan, cari kasut mama dia sekali..babah? jenuhlah nak pujuk babah suh beli kasut dia...nak tak babah? :)
Adoi...stress sungguh!!
tu, kat atas tu intro. Mungkin ada yang kata asyik2 entry rumah. What else friend? itulah routine hidup sejak dapat kunci July hari tu. Kalau time hubby cuti, dia akan pantau kerja2 kontraktor, kalau hubby kat offshore, balik keje aku singgah tengok progress dan update hubby. Dah dekat 2 bulan cam gitu. Hari ni letih perasaan menengok si Ah Chai tu tak siap2 lagi cat pintu dapur. Dah la tu, dia gosok pintu tu dgn kertas pasir, habis berabuk satu rumah! Dah la kitchen appliances dah pasang, peti ais dah ada, bayangkanlah betapa stressnya kami suami isteri nih. Kesian tengok muka hubby, frust je. Mana tak nya, pagi tadi aku ada kelas, tengahari tu balik konon nak jenguk MACY install langsir, sekali tengok umah penuh habuk. Itupun hubby dah bersihkan sikit.
Aku dah naik menyapah pulak tengok muka si Ah Chai tu. Tak taulah, kenapa dia saje je buat2 lambat nak settlekan umah kami tu, walhal bukan ada banyak kerja pun nak kena buat, tinggal nak cat pintu je, tapi nak cat pintu pun amik masa lebih dari seminggu. Kalau korang, agak2nya stress tak? Nak kata kami tak bayar payment dia, pantang dia buka mulut je, hulur cek. Last payment tu pun hubby dah nak bayar, tapi kang kalau bayar, buatnya dia tak settle2kan kerja2 dia yang tertangguh tu cam mana? Hangin betullah. Nak dibising2 kan takut pulak dia buat benda tak baik, hubby pesan jangan marah2 sangat kat dia, maklumlah dia pernah buat umah kami tu, selok belok semua dia tau...bimbang pulak dia pecah masuk umah ke...hish..serba salah sungguh. Tapi sakit hati aku bila tengok hubby cuci tangga yang sepatutnya dia cuci, hubby tolong basuh umah...semua tu nak mudahkan kerja dia. Tapi dia cam take thing for granted pulak. Hari ni, hubby sudah potong banner company dia. Ha amik, padan muka. Iyelah, kami dah pasang langsir, bawak masuk barang, tapi dia tak reti2 lagi nak move out sample2 barang dia. Masih nak buat umah kami tu show house dia. Still nak dok bertapa kat situ. Buka meja kat depan umah. Gilo ke apa... tension punya pasal, akhirnya, aku ponteng kelas petang. Aci gitu?
Hari ni, hubby balik umah selepas waktu berbuka puasa dek kerana menunggu si Ah Chai tu buat kerja, and yet, still belum siap lagi kerja2 dia. Manalah aku tak stress. Apa pun, MACY buat aku tersenyum. Memang berbaloi tempah langsir kat situ. Cuma sedih sikit pasal utk sliding door, langsirnya kena hantar gi alter balik pasal time amik measurement belum buat plaster siling, so jadi labuh semacam. Dah la yang tu aku hantar kat tailor lain, pasal MACY tak terima kain dari luar, dan aku time tu dah beli kain masa Fella Design buat sale hari tu. Adih..redha aje lah...
master bedroom je ada sheer, bilik lain tak de, nanti2 lah baru bubuh...dan yang tengah main mainan tu adalah buah hati ku yang sangat disayangi.. kuikuikui.. mlm tadi bawak dia pi cuci kete kat batu tiga, tokeh car wash tu kasi dia coklat, dia boleh cakap gini
Hadif: Tima kasih, baiknya?
Adeh... :P
Friday, September 5, 2008
Puasa tu apa, maa?
Pagi tadi, on the way hantar hadif pi skul, sempat perkenalkan dia apa itu puasa.
Hadif: Mama tak beli kuih ke?
Mama: Mama puasa lah hadif
Hadif: Puasa tu apa mama?
Mama: Puasa tu, tak boleh makan dan minum waktu siang (aku try utk tak memeningkan kepala my 4 years old boy tu..)
Hadif: kenapa pulak? Hadif tak boleh minum susu ke? (muka cuak giler..bila dgr tak boleh minum susu..kihkihkih)
Mama: iyelah, sekarangkan bulan ramadhan, bulan ramadhan orang islam tak makan waktu siang, makan waktu malam jek (paham ke dia ni agaknya?)
Hadif: Iyelah, tapi kenapa pulak?
Mama: (dalam hati...aduh..cam ne la nak kasi hadif senang paham nih)
Hadif: mama puasa tak? opah? atuk? babah?
Mama: Iye, semua orang puasa.
Hadif: Macam mana mama tau?
Mama: Teacher mama ajar..
Hadif: Tapi, teacher hadif tak ajar pun?
Mama: okey, nanti hadif tanya teacher hadif.
Hadif: ooo..ada sun tak boleh makan, ada moon je boleh (dok buat muka cam berfikir panjang)
Sampai kat GA, macam biasa aku hantar dia kat tangga. Salam, hugg and kissess pas tu suh dia naik atas. Sambil dia naik atas tu, dia cakap sorang2 gini:
Hadif: kenapa pulak kena puasa? alamak, tak boleh makan? tapi kenapa pulak?
Mama dia yang dok perhati dia kat bawah ni gelak sakan. Banyak tanya betul. Kang aku cakap panjang lebar pun bukan dia paham lagi. Tapikan, balik dari opis tadi, aku tanya dia gini..
Mama: Hadif, puasa tu apa?
Hadif: Puasa tu, tak boleh makan waktu siang, makan waktu malam je. Ada sun tak boleh makan..tak boleh minum...ada moon aje boleh.
whohaa..so proud with you la son...baru hari ni cerita tentang puasa, tapi dah lulus dah bila tanya...:P
oklah, better off now, kejap lagi nak bangun sahur pulak.
Tuesday, September 2, 2008
Penatnya!
Cerita hadif pulak? huh..mulut kusss semangat. Baru2 ni dia ikut mak lang dia pi hantar kawan mak lang dia kat stesen bas. Balik tu, lalu la depan KFC.
Hadif: Mak lang, hadif nak kfc...
Mak Lang: tak boley, mak lang tak de duit
Hadif: Ala, kalau hadif mati cam mane?
Mak Lang dia terus patah balik, beli kan dia kfc. (sedih dengar anak sedara umur 4 tahun cakap tentang mati)
Bila mak lang dia citer kat kitorang, aku terkedu. Manalah dia belajar nih??? Dia guna serangan psychology la pulak...
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!