tu, kat atas tu intro. Mungkin ada yang kata asyik2 entry rumah. What else friend? itulah routine hidup sejak dapat kunci July hari tu. Kalau time hubby cuti, dia akan pantau kerja2 kontraktor, kalau hubby kat offshore, balik keje aku singgah tengok progress dan update hubby. Dah dekat 2 bulan cam gitu. Hari ni letih perasaan menengok si Ah Chai tu tak siap2 lagi cat pintu dapur. Dah la tu, dia gosok pintu tu dgn kertas pasir, habis berabuk satu rumah! Dah la kitchen appliances dah pasang, peti ais dah ada, bayangkanlah betapa stressnya kami suami isteri nih. Kesian tengok muka hubby, frust je. Mana tak nya, pagi tadi aku ada kelas, tengahari tu balik konon nak jenguk MACY install langsir, sekali tengok umah penuh habuk. Itupun hubby dah bersihkan sikit.
Aku dah naik menyapah pulak tengok muka si Ah Chai tu. Tak taulah, kenapa dia saje je buat2 lambat nak settlekan umah kami tu, walhal bukan ada banyak kerja pun nak kena buat, tinggal nak cat pintu je, tapi nak cat pintu pun amik masa lebih dari seminggu. Kalau korang, agak2nya stress tak? Nak kata kami tak bayar payment dia, pantang dia buka mulut je, hulur cek. Last payment tu pun hubby dah nak bayar, tapi kang kalau bayar, buatnya dia tak settle2kan kerja2 dia yang tertangguh tu cam mana? Hangin betullah. Nak dibising2 kan takut pulak dia buat benda tak baik, hubby pesan jangan marah2 sangat kat dia, maklumlah dia pernah buat umah kami tu, selok belok semua dia tau...bimbang pulak dia pecah masuk umah ke...hish..serba salah sungguh. Tapi sakit hati aku bila tengok hubby cuci tangga yang sepatutnya dia cuci, hubby tolong basuh umah...semua tu nak mudahkan kerja dia. Tapi dia cam take thing for granted pulak. Hari ni, hubby sudah potong banner company dia. Ha amik, padan muka. Iyelah, kami dah pasang langsir, bawak masuk barang, tapi dia tak reti2 lagi nak move out sample2 barang dia. Masih nak buat umah kami tu show house dia. Still nak dok bertapa kat situ. Buka meja kat depan umah. Gilo ke apa... tension punya pasal, akhirnya, aku ponteng kelas petang. Aci gitu?
Hari ni, hubby balik umah selepas waktu berbuka puasa dek kerana menunggu si Ah Chai tu buat kerja, and yet, still belum siap lagi kerja2 dia. Manalah aku tak stress. Apa pun, MACY buat aku tersenyum. Memang berbaloi tempah langsir kat situ. Cuma sedih sikit pasal utk sliding door, langsirnya kena hantar gi alter balik pasal time amik measurement belum buat plaster siling, so jadi labuh semacam. Dah la yang tu aku hantar kat tailor lain, pasal MACY tak terima kain dari luar, dan aku time tu dah beli kain masa Fella Design buat sale hari tu. Adih..redha aje lah...
master bedroom je ada sheer, bilik lain tak de, nanti2 lah baru bubuh...dan yang tengah main mainan tu adalah buah hati ku yang sangat disayangi.. kuikuikui.. mlm tadi bawak dia pi cuci kete kat batu tiga, tokeh car wash tu kasi dia coklat, dia boleh cakap gini
Hadif: Tima kasih, baiknya?
Adeh... :P
1 comment:
wah..da siap da ek umah along???huhu..cun la itu langsir..hehe..
Post a Comment