Pagi tadi, on the way hantar hadif pi skul, sempat perkenalkan dia apa itu puasa.
Hadif: Mama tak beli kuih ke?
Mama: Mama puasa lah hadif
Hadif: Puasa tu apa mama?
Mama: Puasa tu, tak boleh makan dan minum waktu siang (aku try utk tak memeningkan kepala my 4 years old boy tu..)
Hadif: kenapa pulak? Hadif tak boleh minum susu ke? (muka cuak giler..bila dgr tak boleh minum susu..kihkihkih)
Mama: iyelah, sekarangkan bulan ramadhan, bulan ramadhan orang islam tak makan waktu siang, makan waktu malam jek (paham ke dia ni agaknya?)
Hadif: Iyelah, tapi kenapa pulak?
Mama: (dalam hati...aduh..cam ne la nak kasi hadif senang paham nih)
Hadif: mama puasa tak? opah? atuk? babah?
Mama: Iye, semua orang puasa.
Hadif: Macam mana mama tau?
Mama: Teacher mama ajar..
Hadif: Tapi, teacher hadif tak ajar pun?
Mama: okey, nanti hadif tanya teacher hadif.
Hadif: ooo..ada sun tak boleh makan, ada moon je boleh (dok buat muka cam berfikir panjang)
Sampai kat GA, macam biasa aku hantar dia kat tangga. Salam, hugg and kissess pas tu suh dia naik atas. Sambil dia naik atas tu, dia cakap sorang2 gini:
Hadif: kenapa pulak kena puasa? alamak, tak boleh makan? tapi kenapa pulak?
Mama dia yang dok perhati dia kat bawah ni gelak sakan. Banyak tanya betul. Kang aku cakap panjang lebar pun bukan dia paham lagi. Tapikan, balik dari opis tadi, aku tanya dia gini..
Mama: Hadif, puasa tu apa?
Hadif: Puasa tu, tak boleh makan waktu siang, makan waktu malam je. Ada sun tak boleh makan..tak boleh minum...ada moon aje boleh.
whohaa..so proud with you la son...baru hari ni cerita tentang puasa, tapi dah lulus dah bila tanya...:P
oklah, better off now, kejap lagi nak bangun sahur pulak.
Friday, September 5, 2008
Puasa tu apa, maa?
Mata sebenarnya dah mengantuk, tapi dek kerana terpaksa jugak menyiapkan firt draft assignment utk submission on this coming Sunday, gagah2kan la jugak celik. Boring menaip assignment, aku taip blog pulak. Aci tak? Nasib baik esok coottti.. Nak tau sebab apa amik cuti? sebab nak pi SOGO SALE. Peningkan? tapi memang tak kira, need a retail therapy. Hubby pun layan je, tu yang lagi best tu. Sebenarnya tak de benda sangat nak cari, baju raya hadif dah lebih sepuluh pasang dalam almari tu. Dah janji pun tak mo beli lagi time beli hari tu. Esok nak cari baju raya utk Abah, FIL, hubby (dia ni kalau kita tak beli, alamatnya dia tak beli la...terlalu mengutamakan keperluan aku dan hadif, utk diri dia, selalu je dia tolak tepi..tapi kan...sekali beli..hahaha juling gak mata tengok harga seluar jeans dekat tiga ratus. Tapi apa ada hal, kan? Dia penat2 cari duit, memang patut pun dia beli apa yang dia nak. Aku? baju kurung dah adalah dua tiga pasang, dah hantar tempah pun, cumanya takut tak siap pasal tailor aku tu bersalin la pulak..heheheh kalau tak de pun tak pe, layan aje la baju lama2 yg ada. Tak de hal punya... tapi kan, rasanya esok nak cari barang2 utk rumah la, pas tu nak cari kasut. kasut raya kuikuikui. kalau ada yang berkenan dihati la, dan paling penting, ikut skema budget yang ada. Tak baik membazir, kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!
5 comments:
lor...
goodboy hadif....
hehehhe...hubby intan sama le ngan my hubby...
kalau kita x belikan baju/seluar kat dia...
memang x bertukar le...
tp skali dia beli...mau tau aaar....
farah pun sama ngan intan
xde baju baru pun xpe...
sape la nak tgk kita ni...
pakai baju lelama pun x kisah
Imtan.... nanti kalau memalam tak kuar moon nanti dia tak nak makan.. apa xplaination nak bagi tu?
intan,dah dekat seminggu puasa sampai skrg masih dok terangkan kat Danish pose tuh apa. Tiap kali tgk ilan McD yg bapak dia bwk balik McD coz anak dia pose tuh, tang2 tuh dia cakap nak pose..tapi suruh pose..dia kata dia nak makan gak..ish..keliru betul..keh.keh..
farah: betul tu farah..keutamaan pada anak dan hubby je kan? wah..calon isteri mithali disitu..hiks..
kak sya: hehhehe betul jugak kan kak sya, nak fikir gak tu apa jawapan nak bagi...
mc ta: kelakarkan, jenuh nak menerangkan, nak terand sedetail2nya takut dia pening kepala pulak
intan, apa khabar?
still remember me?
datang ke blog saya ambil kad raya...
(tak sempat nak pos sebab posmen dah nak bercuti...hehehehe)
Post a Comment