Badan kat ofis, hati kat umah. This is my feeling now. Seriously rasa down sebab tak dapat nak cuti hari ni. Hadif dah 3 hari tak pi skul. Kena food poisoning. Hari pertama tu, dia kena petang Isnin. Rasa luluh hati tengok dia menangis sakit perut dan muntah2. Julung kali sungguh dia begitu. Selalu, kalau demam pun tak pernah merengek. Paling tidak dia tido. Pagi tadi, time dia buang air besar, ada darah. Lagi la aku sedih. Dia nampak aktif, tu yang buat aku lega balik. Nak amik EL hari ni tak boleh, ada briefing for all Heads of department. Tu yang kena stand-by. Semoga anak manja mama ni cepatlah sembuh...muka pun dah cengkung.
Tapi, dalam tak sihat tu, mulut dia kemain lagi menjadi2. Sampai mama pun terkasima. Masa bawak dia pi klinik, dalam tak sihat dia tu, sempat dia mintak kat kakak yang bawak baby girl tu nak bawak balik anak orang tu. Kesian cik abang sorang tu, agaknya rasa sunyi kot. Dah sampai masa dia pandai mintak adik. Tapi tulah, belum ada rezeki. Kena keje lebih kuat kot? hehehehe
Hari ni sempat jengah website GA. Rasa sayu pulak nak tukarkan sekolah hadif next year. Tengok gambar dia kat website tu, rasa sedih. Diam tak diam, dah 2 tahun hadif kat GA. Dari umur 3 tahun, pakai drypers, bawak botol susu, cakap pun tak berapa paham biji butirnya..sampai dah 4 tahun ni, dah petah bercakap walaupun still ada pelat2...dah dryper's free...nampak kemajuan dia. Dari zero to hero..hehehe Dari tak kenal huruf, sekarang ni takat A-Z tu memang master. vocabulary pun dah banyak. GA memang banyak membantu. Tapinya, we think this is about time... dah sampai masa Hadif ke dunia baru. Tukar persekitaran baru. Sekarang ni, kalau pi skul tu dah tak macam pi skul. Dah macam nak balik umah opah dia ke..nak balik umah sendiri ke...tu yang bila buat reading ke, buat exercise ke dah malas2..dah selesa sangat. Biar dia jumpa sesuatu yang baru. Biar dia keluar dari confort zone dia.. May be a trial session at Smart Reader or Q-dees?
Oklah, need to finish my work. Petang ni kalau boleh nak balik on time. Nak hunting a coffee table. Yesterday hubby dah kasi duit suh beli. Hopefully yang aku nak tu masih ada di 'situ' hehehhe. Petang ni jugak ada appointment dgn FAGOR, dia nak mai umah, ganti lampu oven yang terbakar tu. Chait, baru guna sehari dah terbakar..nasib tak rentung kuih raya ku...
Till then, babai.
No comments:
Post a Comment