Wednesday, January 13, 2010

Hadif, Sekolah dan Mama


Sejak Hadif kena pergi dua sekolah, saya jarang menulis blog. Mana tidaknya, dengan menguruskan segala persiapan Hadif buat saya tak punya masa untuk menulis. Adakah alasan ini boleh diguna pakai? hahahah.

Sekarang saya gosok semua uniform Hadif bagi mengelakkan kesuntukan masa jika saya gosok di waktu pagi. Selesai satu perkara. Kalau dulu, nak tengok buku untuk satu sekolah, sekarang sudah dua sekolah. Mana dengan nak memantau kerja sekolah yang dari satu sekolah jadi dua sekolah..dan bermula la episod mama kena menyental uniform sekolah Hadif. Semua itu tidak membuatkan saya jemu, tetapi teruja yang amat sangat. Inilah yang mak saya rasa masa saya kecil dahulu. Cumanya mak saya suri rumah dan saya bekerja..hihihi.

Bila dah penuh aktiviti, badan pun jadi cepat penat. Mungkin faktor usia yang semakin "muda" agaknya. Dan, bila sudah selesai semua tugasa berkaitan dengan Hadif, kami anak beranak akan ber'skype' dengan babah hadif di offshore. Lepas tu dah mengantuk,...tidur la jawabnya. Kalau ikutkan banyak cerita yang nak ditulis, tetapi nampaknya tertangguh lagi la jawabnya.

Mula-mula kembali semula ke Q-Dees, Hadif happy sangat. Maklumlah, dah tahun kedua dia kasitu. Kelakar bila Teacher Michell kata dia tetap nak masuk kelas PS2; Teacher Hema. Hadif memang begitu, kalau dah selesa dgn seseorang, dia akan attach dengan orang tu. Berbeza pula bila ke sekolah KAFA. Muka jadi monyok, cakap pun tak seronok. Puasa saya dan Babah dia memujuk. Hari kedua balik dengan air mata berlinang. Songkok baru dia dah bertukar jadi songkok orang lain. Pujuklah balik cakap tak apa, nanti kita cari siapa Haziq 3M yang tertulis didalam songkok yang dibawa balik. Hadif memang sayang barang dia. Kalau skru mainan cabut satu pun boleh sedih macam hilang satu barang..hahahha.

Hari ketiga babah dia dah tau, kenapa anak dia tak happy pergi sekolah agama. Rupanya ada dua tiga orang budak gelar Hadif budak sombong. Petang masa saya jemput Hadif balik pun budak2 tu dok panggil dia gitu. Harap-harap Hadif boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bukan sombong, tetapi saya kenal benar perangai Hadif, bila dia tak suka sesuatu, dia akan cakap. contohnya kalau orang usik barang dia. Pergi saya letak 2 batang pensel, baliknya tinggal sebatang. Saya bagitau Hubby, biarlah Hadif sesuaikan diri, tak payah kita nak masuk campur, walaupun sebenarnya saya kesiankan anak saya yang baru 6 tahun itu...

Dan, semalam, waktu saya jemput dia balik, muka dah ceria..dan dah ada kawan-kawan yang menyapa. Alhamdulillah. Lambat panas rupanya enjin si Hadif ni..hahahha. Lepas tu terus bawak dia pi beli segala makanan yang boleh dijadikan bekal untuk dia bawa ke sekolah. kalau yang berat-berat dia tak nak. Bawak nasi tak penah habis. Dia lagi suka bawa biskut ke, roti ke. Jadi ikut selera dia. Air pula nak air ribena. Sama macam Mama dia..hahahhaha.

Saya sedang menghitung detik jam berlalu, nak telefon Hadif, dengar cerita dia dan sekolahnya hari ini. Alhamdulillah, sangat bahagia dengan hidupan yang Allah rencanakan. Sangat bersyukur dengan adanya suami dan Hadif dalam hidup saya. I love my family. Sangat-sangat.
sampai jumpa lagi!

1 comment:

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

lah..sian hadif..dapat semula x songkok dia tu?

intan rasanya kite samalah.. sy pun kalau maryam ngadu ..apa yg sy rasa dia leh selesaikan..sy biarkan... tp dlm hati sayu hanya Tuhan yg tahu... anak kecik sgt lg... tp utk kebaikkan dia...


camne la agaknya klu anak kite ramaikan..yg sorg ni pun bleh buat kite tido kepenatan..hahahaha...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!