Friday, January 22, 2010

Intan, Ayu dan sesuatu...

Sebenarnya sudah lama saya mengumpul kekuatan untuk menulis cerita tentang sahabat baik saya yang terlantar sakit nun jauh di Perlis. Sedaya upaya saya akan cuba tidak menulis cerita sedih kerana saya tidak mahu sahabat saya itu akan merasa sedih dengan penulisan saya. Hari ini, saya gagahkan juga untuk menulis satu entry khas buatnya. Ayu.

Kalau ada yang ingat, saya pernah menulis tentang penyakit yang sedang Ayu hadapi. Sahabat saya itu masih lagi tidak boleh berjalan, masih terlantar di atas katil dan masih lagi memerlukan bantuan dari orang lain untuk menguruskan diri. Apabila terkenangkan Ayu, air mata saya pasti akan turun. Betapa berat dugaan Allah buat Ayu, buat suaminya Najib dan untuk Muhammad Afif Imran juga.

Saya dan Ayu berkenalan kali pertama semasa kami mendaftar ke Kampus UiTM Arau. Bilik asrama yang kami dapat ketika itu amatlah daif. Saya yang melihat bilik terus rasa hendak menangis. Masakan tidak, dengan keadaan bilik yang elok sedikit dari stor membuatkan saya rasa hendak mengikut emak dan abah balik semula ke Shah Alam. Dan, semangat saya kembali naik apabila melihat Ayu dan keluarganya. Senyuman dan keceriaan Ayu yang waktu itu dihantar oleh Abahnya menaiki kereta besar membuatkan saya kagum. Perasaan yang tak enak dapat saya buang apabila melihat kesungguhan Ayu.

Malam pertama kami tidur di bilik (dorm) kami berkenal-kenalan dan berkonsi cerita. Jangan tak tahu, malam itu kami menangis bersama bila berkongsi cerita sedih. I lend my ears to her. Dan sejak itu kami terus jadi akrab. Di mana ada Ayu, di situ ada Intan.

Ayu...ko ingat tak ada satu malam tu, ko ajak aku pergi gerai, ko ketagihan teh tarik. Balik dari gerai kita kena kejar dengan senior budak engine. Jahatkan dia, dah la nak berkenalan dgn kita, tapi main paksa-paksa. Ko ingat tak aku nangis takut...hahahhaha. Siap terbuang air dek kerana takut...ye la..freshie la katakan.

Masa tu saham kita pelajar baru ni memang tengah tinggi. Ko ingat lagi si kepala kambing? sampai dia tak mo mengaku aku ni kawan satu sekolah bila ko tolak cinta dia. Masa tu Najib tengah usya2 ko kan Ayu? kira nak mengorat la sangat, tapi time tu ko dah kawan dgn si kepala kambing tu..habis semua budak2 lelaki kelas tak suka kan... dan ko juga tukang nasihatkan aku supaya tak payah berkawan dengan seorang hamba Allah yang kedekut tu. Terima kasihlah Ayu, dengan nasihat kau, nasib baik aku tak kawan dengan budak tu..hahhahaha

Ayu, ko ingat tak kita sama2 beli sandal kat pasaraya Looking Good kat Kangar tu? Selamba je kita pakai sandal yang harganya cuma RM10 pi kelas. Ko beli warna merah hati, aku pilih warna hitam. Design pun sama. hahahahha. Punyalah kita sehati sejiwa time tu. Ko ingat tak, lepas orentasi, kita nak pi Kangar, sekali ko suruh Pak cik Driver abah ko mai amik kita bertiga (aku, ko dan ayien) kat kolej. Terperanjat badak aku ko ajak naik kereta mercedez. Sampai aku lari balik ke belakang..hahhahaha. Punyalah sempoi ko jadi orang. Rupa2nya ko anak wakil rakyat tu..aku memang salute kat ko Ayu. Memang berjiwa rakyat, maklumlah anak wakil rakyat..hahhaha

Ayu, terima kasih la sentiasa menceriakan aku di saat2 aku home sick kat itm dulu. Ada je modal ko nak kasi aku gelak. Ada je rancangan ko nak buat aku gembira. Terima kasih sebab ko la tempat aku s.o.s bila abah belum hantar duit. ko ingat tak time aku dah tak de kat Itm Perlis dulu, masa tu abah ko potong elaun ko sebab ko berkawan dgn si kepala kambing? hahahah geli hati aku....ntah berapa ringgit aku kirim kat ko (aku rasa duit beli teh ais lepas la..hahahha) tapi yang penting, kita sentiasa berkongsi rasa sedih dan gembira bersama.

Ayu...ko ingat tak lagi masa aku cerita tentang Achu? ko merupakan orang yang sentiasa menyokong aku dengan pilihan yang aku buat. Dan kau? memilih Najib...hahahhahah. Dan, siapa sangka, dari tarikh bertunang, tarikh nikah dan tarikh melahirkan anak...semuanya dekat2.

dan, Ayu, sehingga entri ini ditulis, aku nak kau tahu, ko sentiasa dekat di hati aku. Sentiasa ada di dalam doa aku. Semoga Allah sembuhkan penyakit yang ada, dan Allah berikan kegembiraan buat kau..sahabat aku...dunia dan akhirat. Betapa sedihnya aku bila terima call dari kau, dan bila kau cakap kau sedih dan takut bila mana kau tak mampu buat apa2 andai Mat Apih terjatuh di depan kau. Betapa aku ingin berada dekat dengan kau untuk aku bantu kau, untuk sentiasa menaikkan semangat kau dikata semangat kau sudah kering...Ayu..dari kejauhan ini aku titipkan doa semoga penderitaan yang kau hadapi akan segera berlalu.

Semoga, Allah tetapkan iman kau, kuatkan semangat kau, untuk menerima dugaan dari Allah. Percayalah Ayu, Allah tidak akan menduga hambaNya melainkan Allah tahu akan kemampuan HambaNya menerima segala ujian itu. Insyaallah, yakinlah Ayu, akan tiba masanya Allah akan perkenankan doa kau, dan doa dari kami yang sentiasa mendoakan kau, yang sentiasa berharap agar Ayu yang ceria, ayu yang tabah dan ayu yang kuat semangat kembali sihat.

salam sayang,
Intan

4 comments:

Ms Pearl said...

good friend is difficult to find :D
kalau ada sorang pun dah cukup itu la teman gembira itu la teman berduka

hello from ms pearl/ms jade

http://chepearl.blogspot.com/
http://jadefromselangor.blogspot.com/

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..ha.ha..kenapa ya, kebetulan akak ada menulis sedikit pasal ayu kat blog akak.dan intan menulis mengenai dia juga..

Intanaziela said...

ms pearl: insyaallah saya nak jadi kawan baik ayu sampai bila2

Kak yatie: hahahahha kebetulan kita memikirkan perkara yang sama, ayu kawan baik intan dan dah lama nak menulis utk dia kerana dia mmg akan baca blog intan...cuma tak ada kekuatan, tulis sikit, menangisnya yang lebih..tapi malam tadi cuba menulis, harap dgn penulisan yg tak seberapa mampu menghiburkan hati seorang teman kak...

Effyliani's Life said...

kak intan, sampaikan salam dekat kat ayu ye. dia mmg baik. ingat lg waktu tumpang kt umah dia masa kita cuti2 di kangar after habis dip dulu2 .. dia mmg baiklah orgnya. moga Allah beri kekuatan buat kak ayu & family.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!