Monday, January 25, 2010

Happy Anniversary Darling!


"Happy Anniversary mama" hubby dok wish dari atas katil. Saya pun dengan tidak memandang jam terus datang dekat, hulur tangan, salam dan ucap juga "Happy Anniversary sayang, terima kasih atas segala-galanya". Sambil tu peluk dan cium hubby. Eh, tengok jam baru pukul 11.30 malam..hahhaha awal hubby wish, nak tidur la tu, penat menyudahkan kertas kerja kat ofis siang tadi. Semoga Allah permudahkan urusan, dan murahkan rezeki...

Selamat Ulang Tahun perkahwinan yang ke 7 Babah Hadif. Dah masuk tahun ke tujuh. Rasa seperti baru sahaja kita berumah tangga. Berkongsi rumah dan berkongsi tangga. Awak ketua dan saya pengikutnya. Awak guru dan saya anak muridnya. Awak penasihat dan saya pendengarnya. Terima kasih atas kasih sayang yang sentiasa melimpah ruah buat saya dan Hadif. Tak terbalas segala yang dicurah, saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan awak, berkati segala usaha awak, dan semoga kasih sayang dan rasa cinta kita sentiasa mekar sehingga ke hujung nyawa. Maafkan segala kekurangan dan kekhilafan saya disepanjang perkahwinan kita, dan semoga Allah perkenankan doa kita untuk menghabiskan sisa-sisa hidup kita bersama, Semoga Allah makbulkan doa kita untuk melihat Muhammad Hadif Khawarizmi membesar menjadi anak yang soleh, yang cerdik dan membahagiakan kita berdua.

Terima kasih kerana menyintai saya seadanya dan insyaallah saya juga begitu. maaf banyak2 sebab selalu kata "kalau saya mati, dan awak nak kawin lain saya akan jadi hantu" sebenarnya saya gurau aje...kalau saya meninggal, kawin la lagi yang, cari ibu yang baik buat Hadif. :)
I love you and will always do. I love u no matter what....emmuah.

p/s: ulangtahun kali ini hubby bawa saya dan Hadif ke Awana Kijal, Terengganu. Gambar-gambar disepanjang percutian akan saya upload kemudian.

6 comments:

NORHAYATI BERAHIM said...

happy anniversary Intan dan suami..berdoa pada ALLAH supaya tidak ada dugaan berat sepanjang perkahwinan..dan kasih sayang terus mekar..AMINN..

Ana said...

Happy Anniversary Intan..suka sangat tengok intan berdua..romantik sangat kann..best..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

ayat nk lihat hadif membesar jadik anak yg soleh tue kena tmbh intan..nk lihat hadif dan adik2 membeso jadik anak yg soleh n solehah..aminnn..

hihihi

Intanaziela said...

kak yatie: terima kasih atas ucapan dan doakan..intan pun sentiasa berdoa biarlah rumahtangga ini sentiasa bahagia dan tidak ada duggan berat sepanjang perkahwinan...amin..

Ana: terima kasih ana.. ye la..patut tulis hadif dan adik2 hadif yek? hahahhaha

mama apih said...

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 7. Walaupun dah wish dlm HP, aku nak wish sekali lagi....hehe. Semoga menjadi pasangan yang sentiasa berada dalam rahmat Allah dunia & akhirat....tq for lend me your shoulder to cry on...

p/s:dua tiga hari ni aku stop memblog, Najib tak suka aku tulis sedih2...hehe..tgu mood ceria mari br aku smbung....

shuweet said...

happy anniversary to both of u kak intan and husband...semoga berbahagia ke akhir hayat..ngan hadif yang semakin membesar dan cerdik

Intanaziela said...

Ayu: patut pun dok jengah citer lama lagi..tak pe, elok la tu, jangan tulis sedih2...bukan najib je sedih..aku pun sama..huaaa...dah, hapi2...kena enjoy life, life must goes on my friend, insyaallah akan tiba masanya Allah perkenankan doa kau tu...dun wori, I will be always ur shoulder to cry on Ayu...

tq atas ucapan dan doa, moga2 kebahagiaan kami sampai bila2...sampai ujung nyawa..amin.

Suei: tima kasih atas ucapan dan doa adik...amin...amin..amin..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!