Tuesday, February 8, 2011

Cakap Benar, Cakap Besar

Dah dua malam jadi zombi. Anak dara demam, hidungnya sumbat. Mengamuk-ngamuk adik...saya buka mulut dia, cakap gini "adik..hidung sumbat..bernafas la guna mulut" terus dia diam, sambung tidur....gelak sorang-sorang mama dia. Raisa menjangkit demam dari saya. Last weekend saya demam teruk. Siap dengan batuk selsema bagai. Kepala pun pusing aje. Hubby pulak dah naik kerja. Nasiblah Mak datang tolong tengokkan Raisa.
Dah puas tidur lena, tibalah pula kena berjaga malam. Kalau Raisa sihat, berjaga saya tak kisah sangat. Tapi dia demam, bertambah susah hati saya. Tinggal 3 beranak, semua nak dibuat....aduh. Semalam, sampai rumah beg sekolah agama Hadif tinggal di rumah opah. hahahah. Nasib tak ada kerja sekolah.


Masa memantau Hadif siapkan homework sekolah kebangsaan, mulut dia mengomel "Mama, cakap benar tu kena bagitahu yang betul kan, cakap besar tu macam mana?"

Mama: bercakap benar tu macam bila mama tanya Hadif apa yang Hadif beli masa rehat, dan Hadif bagitahu mama apa yang Hadif beli

Hadif: ooooo yang saya beli keropok kentang tu?

Mama: hahahah oh Hadif beli keropok kentang ye...kenapa selalu kalau mama atau babah tanya hadif tak nak bagitahu...bagitahu aje la..bukan mama marah pun...

* Selalu bila ditanya apa yang dia beli, memanjang aje dia refuse nak bagitahu, takut kena marah kot, walhal babah dan mamanya tak de la marah pun...hari ni dek kerana pengajaran bercakap benar, dapatlah info apa yang dia beli waktu rehat di kantin..hahahaha.

Hadif: Mama, kalau cakap besar tu apa pulak?

Mama: cakap besar tu, macam bila mama tanya Hadif, senang tak latihan maths tu, Hadif jawab ala..senang aje mama...tapi bila mama tengok dan periksa ada yang salah...tu Hadif cakap besar la tu...

Hadif: Eh ye ke? oklah..saya buat elok-elok la

* keh keh keh... oklah tu, baru masuk bulan kedua pi sekolah...dah ada nilai-nilai murni yang dia belajar.

4 comments:

cik puan akish said...

alalalal..pandai hadif nihhh...

raisa cepat semboh ya....mam ubat...

Intanaziela said...

cik puan akish: hadif sejak sekolah ni bahasa jiwa bangsa betul gayanya..hahahaha

rosmona said...

abg dah besar..
dh pandai dah..

adik dh montel..
akai pon makin panjang dah..

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

gud boy la abg hadif..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!