Tuesday, February 1, 2011

Beri dan terima, Give and Take

Jalan raya dah semakin lengang. Cina raya serupa melayu pun raya. Dalam konteks tak perlu mengharung kesesakan hati saya sangat lapang. Bahagia di situ. Esok hubby dah nak balik kerja. Kembali menguruskan anak-anak seorang diri. Bezanya hari tu masih bercuti sekarang dah bekerja. Mohon pada Allah dipermudahkan semua urusan. I will take the challenge..chewah..hahaha

Saya suka menguruskan rumahtangga. Dengan status "ibu bekerjaya" selalau bila Raisa nak berkepit, saya akan cakap "adik..mama ni wanita berkerjaya tau...tak boleh la nak berkepit2 aje.." hahahah sungguh tak boleh tahan kan? poyo aje. Tapi memang pun, saya masih perlu menguruskan hal ehwal rumah, dalam masa yang sama kena bertugas di pejabat. Penat berganda. Walaupun hubby kata tugas sebagai surirumah adalah tugas yang paling memenatkan, tetapi saya nak bagitahu, tugas sebagai seorang saya juga memenatkan. Terima kasih kerana hubby sudi dan sentiasa membantu. Walaupun tak semua, sekurang-kurangnya meringankan beban, dan saya tak mahu jadi orang yang tidak bersyukur.

Baru-baru ini sempat mendengar luahan hati seorang kawan, yang suaminya ingin menambah bilangan ahli keluarga, tetapi dia tidak mahu. Bila saya tanya kenapa tak mahu, jawapannya mudah, suami dia tidak membantu dalam urusan menguruskan rumahtangga. Boleh dikira berapa kali suami bangun buat susu anak, tukar lampin, boleh dikira berapa kali suami tolong bereskan kerja rumah. Mengemop dan menyapu lantai? tak pernah. Saya termenung bila mendengarnya. Tak kan la kan?

Perkahwinan ini satu perkongsian. Nak rumahtangga sempurna seperti rumahtangga orang lain, kita kena betulkan niat. Berkongsi. Bukan sahaja berkongsi bantal..katil dan 18SG, tapi berkongsi hati dan perasaan. Tenaga dan keringat. Barulah saling melengkapi. Suami tak boleh harap rumah terjaga rapi, anak-anak membesar dengan jayanya, keluarga akan hidup bahagia sekiranya suami jenis yang balik kerja (memanglah balik kerja penat, duduk rumah lagikan penat, kan..) rasa penat terus ambil remote tv, bersandar di sofa. Isteri pula terkejar-kejar di dapur, sambil memasak sambil basuh kain walaupun pakai mesin..kan. Rasanya tak luak status suami ketua keluarga kalau tolong sapu rumah, mop lantai...macam suami saya. I love u sayang. hihihi sungguh. Pujian ikhlas ini sebenarnya datang dari hati. Bila badan saya penat, balik rumah tengok rumah bersih, nampak pula mop di bilik air ada kat bawah, dalam hati kembang kuncup dok cakap "wah..babah mop lantai..alhamdulillah....ringan tugas saya" Buat tugasan rumah yang lain pun rasa laju je..rasa bersemangat, sebab ada orang yang bersama-sama dengan kita.

Selalunya Isteri dikatakan suka berleter. Sudah 8 tahun kawin rasanya skill ini semakin berkembang dalam diri saya. Kalau ditanya dari awal perkahwinan, saya seorang yang tak suka berleter. Saya akan cakap terus terang kalau saya tak suka. Datang dari hati, tapi kenalah tegur dengan berhemah. Kena fikir hati dan perasaan suami yang mendengarnya. Kalau cakap lebih kurang, tentu yang mendengarnya hati panas. Cakap elok2. Isteri itu pantulan kepada diri suaminya. Kalau Isteri mulutnya kencang, orang akan terbayang...mesti suaminya juga begitu. Begitu juga jika suami bermulut kencang, orang akan cakap...patutlah isterinya pun begitu. Eh, tapi tak semualah begitu, ada juga yang isteri kemain lagi mulutnya..tetap suami sungguh lemah lembut. I like mcm kat facebook di situ. hahahahah.

Bila mendengar cerita cerita dari kawan-kawan dan pengalaman yang dikongsi, saya akan motivasi kawan-kawan saya, bagitahu resipi apa yang saya guna. Saya, bila dah ada anak dua ni, tak suka nak tension-tension, sebab kalau tension nanti penyakit datang, kalau sakit nanti cepat mati..saya tak mahu cepat mati, saya nak hidup bahagia, disamping suami dan anak-anak saya. Terasa hidup lebih lengkap dan bererti, buat apa nak bazirkan. Jadi, saya akan motivasi diri, kalau terasa penat dan lihat hubby pun buat tak reti, saya anak buat juga. cakap dengan diri, tak apa, nanti biar keluar peluh...jadi sihat...nak cantikkkkkk takkkk? hahahahah. Lepas tu bonusnya dapat pahala, kalau marah-marah, melenting-lenting, bising-bising, apa pun tak dapat kan? Saya ni jenis kalau saya minta tolong buat orang tak buat, saya cakap jugalah, tapi towards the end nanti saya buat aje. hahahha. Kalau saya larat, saya buat. Tak larat biar aje. Dan, hubby kenalah terima keadaan seadanya kan. Saya wanita bekerjaya macam saya cakap pada anakanda saya Raisa..hahahha. Kalau tolong, banyak perkara yang pending akan dapat diselesaikan, kalau tak tolong, terima aje la segala kekurangan dengan lapang hati.

Dalam situasi begini, sebagai isteri kita kena berlapang dada. Kalau rasa nak marah atas dasar kekurangan, kontrakan semula dengan kebaikan yang suami telah lakukan. Insyaallah akan sejuk hati. Nama pun manusia, mana ada kesempurnaan dalam diri. Beri dan terima dalam bahasa melayu atau dalam bahasa inggerisnya give and take. Hiks.

Sekian dulu, Nanti tulis lagi. Erti Hidup pada memberi...

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!