Thursday, April 28, 2011

Ke laut..ke laut...ke laut...

Semenjak dua menjak ni mood adalah ke laut! Bila perasaan jadi mati semua yang dibuat semua rasa tak berseri. Saya luangkan masa dgn banyak membaca bagi memotivasi diri. Saya cuba ambil mana yang boleh dijadikan motivasi, dan mana yang boleh buat buat ubat hati. Pernah tak rasa sakit hati, tapi kita tak boleh terjemahkan kerana bila kita terjemahkan salahnya akan balik pada diri sendiri? Akhirnya? kunyah-kunyah telan aje sendiri! Tak semua orang boleh buka hati bila dikritik. Tak semua orang boleh terima apa yang dia buat itu tak boleh diterima oleh orang lain. Manusia, sukar nak ditafsir walaupun insan terdekat dgn diri kita. Tapi tak apa, saya dah biasa, selalunya saya akan telan dan benamkan di dasar hati saya.

Menjenguk dan singgah ke blog Mawar (Bukan nama sebenar) bukan satu blog, tapi dua blog Mawar dgn dua insan yang menulis. Ternyata boleh buat saya ceria semula. Bukan ada apa-apa yang melibatkan diri saya, tetapi semuanya membantu saya memulihkan kecederaan jiwa saya. Buat Mawar bukan nama sebenar 1, macam yang pernah akak katakan, kita akan bertemu orang yang salah sebelum bertemu orang yang betul, insyaallah.

Untuk Mawar bukan nama sebenar 2, minta izin nak tepek apa yang Mawar tulis di blog ini, buat motivasi diri dan ingatan diri. Intan doakan Mawar terus tabah membesarkan embun dan kekwa, semoga kesedihan atas kehilangan suami akan digantikan dengan rasa redha ye. Insyaallah moga dipertemukan di syurga...kehilangan suami tempat bergantung memang suatu perkara yang tak mudah untuk diterima, mawar... intan doakan mawar terus tabah dan terus berjuang demi Embun dan kekwa.

"Beberapa orang yang datang menziarah memnceritakan bahawa dahulunya arwah pernah mahu berkahwin dengannya. Betapa hancur dan luluhnya hati saya mendengarnya. Dalam hati saya berasa amat pelik sekali mengapa ada orang yang sanggup meluahkan@menceritakan masa lalunya di saat pemergiannya?.. tidakkah dia memikirkan perasaan saya?

Arwah tidak pernah sekali membuka rahsia lamanya. Setelah kami berkahwin, segalanya diceritakan kepada saya. Kadangkala saya pernah bertanyakan masa lalunya, lalu dia berkata,"tak penting"..

Tindakan arwah merahsiakan masa lalunya adalah amat tepat sekali. Kerana, untuk sesebuah perkahwinan itu, haruslah pandang ke depan dan melupakan segala masa lalu demi menjaga hati pasangan. Setelah diijab qabulkan, tiada lagi yang harus kita ingat selain suami kita. Tumpuan dan hati itu haruslah pada suami yang sah. Begitu juga dengan suami. Hati dan perasaan isteri haruslah dijaga sebaiknya.

Bagi saya, seseorang yang pernah meminati atau diminati,haruslah simpan perasaan itu sendiri. Tidak haruslah dia menceritakan hal itu kepada orang lain kerana biarlah itu menjadi rahsia diri anda. Saya amat tertarik dengan kata2 seorang blogger yang menyinggah di laman blog suami;

"Walaupun aku seakan-akan Ahmad Fathi(Ayat2 cinta), tidak sesekali aku menceritakan perihal sang gadis-gadis yang meminatiku.
Sesekali tidak!

dan aku menjaga perasaan isteriku"

huaaaa...tiba-tiba air mata turun bagaikan hujan selebat hujan di luar yang sedang mengganas. Hujan di mata, kenapa basahnya di hati?

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!