Thursday, May 26, 2011

Sekian, terima kasih!

Pernah tak rasa perasaan yang begitu menekan? Ye, saya sedang melaluinya. Banyak perkara yang harus saya tempuhi tetapi saya tak tahu bagaimana pengakhirannya. Bagaimana nak mengakhirinya. Bagaimana nak memujuk hati. Kalau ada yang tahu, saya ada update status di FB semalam. Memang saya rasa down. Buka satu dua perkara, tetapi bertimpa-timpa.

Saya berjumpa dengan manusia(manusia-manusia) yang terlalu mementingkan diri. Terlalu egois. Terlalu merasakan dirinya (mereka) berada di tempat yang benar. Ada juga bila diberitahu perkara sebenar terus melenting-lenting dan tidak boleh menerima kekurangan diri. Saya letih. Teramat letih. (tapi ada apa dengan rasa letih, bukan? ianya hanya perasaan yang sama, setiap orang melaluinya)

Saya cuba pujuk hati, manusia, masakan boleh sama, setiap manusia lahirnya berbeza. Saya cuba untuk melupakan. Memaafkan. Tetapi rasanya semakin saya cuba, semakin saya tidak berjaya. Buat masa sekarang, apa yang saya perlukan adalah masa. Masa untuk kembali pulih. Anda-anda sekelian, sekiranya layanan saya terhadap anda-anda sekelian tidak sama seperti selalu, hambar dan tawar...tolong maafkan saya. Saya tidak mampu untuk berpura-pura. Waktu-waktu begini, dalam hati saya cuma ada dua wajah yang ingin saya tatap buat penguat semangat. Hadif dan Raisa.

Mungkin pada pandangan mata kasar sebahagian dari mereka yang mengenali saya mengatakan saya seorang yang tabah, tetapi ketahuilah, sebagai manusia, saya juga manusia biasa. Yang ada kalanya akan rasa kecewa, rasa marah dan rasa ingin memberontak. Saya bukan dari golongan yang sempurna sekalipun saya sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk semua pihak.

Perkara-perkara yang berlalu sejak akhir-akhir ini seperti mimpi ngeri untuk saya. Rasanya saya ingin tidur dan apabila bangun saya sudah lupa apa yang telah berlaku, malangnya ia tidak terjadi. Sudahnya, saya akan terus menangis apabila ingatan muncul kembali. Terima kasih kepada anda (anda-anda) yang pernah melukakan. Walaupun saya cuba bangun dan harap saya berjaya untuk melupakan, sesukar mana pun...insyaallah..saya tidak akan berdendam.

Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

4 comments:

mawar said...

k.intan... usah dikenangkan 'mereka' yang membencimu.. kelak hatimu akan bertambah parah... kenanglah 'mereka' yang menyayangimu kerana hatimu pasti akan bernyanyi riang. walla...

GBS kan ada! hoho!

Intanaziela said...

nani: semakin cuba melupakan semakin ingatan itu datang...how? mujur GBS terkenal dgn lawak2 yang menghiburkan...rasanya akan ilang gusar kalau GBS bawak akak bercuti sama2..hahahaha

nillness said...

Memang dah azali sikap manusia, hasad dengki tak boleh dipisahkan dari diri sendiri, tak boleh tengok kelebihan orang lain..

Dah sedih-sedih....cukup lah sehari je...moh kite bergembira & nikmati hidup ni selagi diberi peluang olehNya...moh kita window shopping ticket flight....hehe

Intanaziela said...

nily: sehari je layan sedih? huh..tak cukup la..hahahaha nily...rasa menyesal tak beli tiket pi medan..kalau tak ada masa utk release tension ek..tapi Raisa dgn hadif tu mcm mana pulak..hahahah mama tak sedo diri..kakakakaka

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!