Monday, May 16, 2011

Semoga Sembuh Sayang ku Raisa Khadija

Salam pagi Isnin. Hari ni ke ofis dengan hati yang separa redha. Anakanda Raisa demam, kata doktor infection dari sakit mana dia. Kasihan sungguh adik yang asyik menangis sampai bengkak-bengkak mata, dengan babah pun tak mahu. Dia nak mama dukung, mama peluk. Dari semalam saya ni cuma tidur-tidur ayam. Hari ni tidak memandu ke pejabat, hubby yang hantar. Masa salam nak turun kereta... hubby cakap "bertabah la ye.." hahahhaha

So decide nak ambil EL 1/2 hari. Tak boleh betul saya ni nak bekerja kalau mengenangkan Raisa yang demam sambil meragam. Kasihan pada opah dia pun sama. Si adik ni lain benar cara dia dengan si abang. Kalau abang dulu, demam pun diam aje...mata saje yang sayu... merengek pun tidak. Lagi la saya risau. Yang anak dara ni pulak, menangis dengan nada yang paling manja. Kita yang mendengar ni pun nak menangis sama. Petang nanti nak bawa Raisa ke KPJ Selangor, jumpa Datuk Dr. Zulkifli, Doktor kesayangan kami sekeluarga..hahahaha.

Kalau dihitung-hitung, tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kenduri aqiqah Raisa. Semoga anak dara saya segera sembuh..ceria-ceria balik di hari bahagia dia... preparation dah separuh siap. He he he baru nak buat kenduri aqiqah tapi sibuknya mengalahkan nak buat kenduri bertunang Raisa... kata hubby "esok anak-anak kita kawin, kita buat kenduri kat dewan je..rumah dekat dgn Kelab Golf Bukit Kemuning..." hahhahaha. Hello babah, Hadif baru 7 tahun, Raisa baru 6 bulan, dah terasa nak bermenantu kah? hahahahah

Semalam kami ke Ayer Keroh, Melaka; menghadiri jemputan walimatul urus adik ipar kawan keluarga. Tengok kenduri yang gah gitu, hubby tanya...dulu masa Mat Lan tak gah sangat kan yang? hahahaha. Dah tentu 8 tahun lepas, kenduri masa tu pun dah rasa mcm itulah yang paling gahnya...keh keh keh.. Selamat Pengantin Baru buat Nurul adik ipar Mat Lan, saya cakap kat hubby "berbaloi penantian pengantin perempuan, dapat suami handsome" muahahahaha. Tapi handsome itu cuma aksesori, yang paling penting dapat seorang suami.

1 comment:

PM said...

Raisa... moga cepat sembuh... sayang kamu sokmo...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!